Follow Us

Friday, 22 May 2015

Review - Celcom First Basic 38

May 22, 2015 4 Comments
Assalamualaikum


Hari nie nak review pasal Celcom First Basic 38 nie. Meletop gitu! Baru-baru nie Celcom telah melancarkan pelan postpaid terbaru mereka yang mendapat sambutan ramai iaitu Celcom First Basic 38. Pelan postpaid ini berbeza dengan pelan postpaid sedia ada yang ditawarkan oleh telco-telco lain di Malaysia kerana menawarkan pakej harga serta kelebihan yang mampu membuatkan ramai pengguna prepaid dan pelanggan telco selain Celcom untuk jump ship.

Actually, aku nie memang pengguna setia Celcom tapi prepaid laa. Aku student, tak mampu nak guna postpaid. Setiap bulan nak bayar, mana nak cari duit? Parents bank in duit tiap-tiap minggu untuk makan, minum and beli barangan studies je. Boros? No!

Tetapi disebabkan ada pelan postpaid terbaru nie, ayah belikan aku nombor baru postpaid yang Celcom First Basic 38. Seriously, berbaloi sangat! Aku suggest kepada semua untuk bertukar ke Celcom!


Okay macam nie ceritanya pasal gambar tu. Setiap bulan just perlu bayar RM38. Data 3GB dan WiFi 3GB. Mendapat 50 minit panggilan dan 50 SMS ke semua telco. Setiap bulan akan dapat okay! Siapa nak bagi? Celcom laa! Kalau korang terlebih guna minit panggilan dan SMS tu, korang kena bayar lebihlaa. Kadar panggilan 15sen/minit dan 15sen/SMS/MMS. Haaa lagi satu! Baki kuota internet korang yang tak habis pakai nie, akan dibawa ke bulan yang seterusnya. Yang special lagi, tiada pay-per-use okay. Kalau kuota internet habis, tak ada bayar lebih. Cuma internet korang je jadi slow.

Korang boleh je nak convert prepaid to postpaid. Nak bertukar? Pergi ke Celcom Blue Cube berdekatan dan bagitau je nak convert prepaid to postpaid. Semudah 1 2 3 je. So, selamat mencuba!

Wednesday, 13 May 2015

Lesen Kereta

May 13, 2015 2 Comments
Assalamualaikum


Selepas beberapa hari, baru boleh update blog. Kesuntukkan masa buatkan aku susah nak update blog. Bila ada masa, idea lari entah kemana pulak. Sedih kan? So, sementara ada sedikit masa lagi nie, bolehlaa aku merepek kejap.

Hari sabtu 09052015, aku pergi kursus untuk ambil lesen kereta. Umur 20tahun baru nak buat lesen kereta, Masa habis sekolah dulu, tak sempat nak ambil lesen kereta sebab busy dengan kerja je. Sekarang tengah cuti semester, baru boleh ambil lesen kereta.

So, petang tadi sempatlaa pergi ujian komputer. Markah lulus sekurang-kurangnya 42/50. Ingat mudah? Hahaha.. Berdebar macam nak final exam je tadi. Alhamdulillah, luluslaa 46/50. So, lepas nie tunggu lesen L siap and bolehlaa start buat latihan.
❝ Berdebar bila nak drive kereta gear manual nie. Tak pernah drive kereta manual. Biasa drive kereta auto je. ❞