Jpj

Test JPJ

June 24, 2015

Assalamualaikum

Waah

Previous post aku bulan lepas about lesen kereta dah selesai. 22062015 aku dah test jpj. I cuak okay! Dahlaa 22062015 tu hari pertama aku praktikal. Terpaksa buat permohonan keluar untuk test jpj. Nasib baik diluluskan!

So, aku sesi pertama test jpj. Ingatkan test dalam litar dulu. Rupa-rupanya test jalanraya. Cuak gila! Aku bernombor 25. Sementara tunggu orang lain test dulu, aku rasa nak menangis je. Sesiapa test dengan jpj lelaki tu, confirm tak lulus. Sebab? Jpj drive kereta tu bila balik ke driving school. Kau rasa? Hahahahaa..

Aku berdoa sangat agar tak test dengan jpj lelaki tu. Cerewet mengalahkan jpj perempuan. Tunggu punya tunggu, tibalaa turn aku. Jeng jeng jeng! Dapat dengan jpj lelaki bermisai. Pergh! Macam sarjan misai okay! Menakutkan!

Masa mula-mula drive tu, aku terlupa nak turunkan handbreak. Hahahaha.. Bila sampai dekat simpang tiga pertama, aku terlupa nak masuk gear 1. Kau rasa? Banyak je kesalahan aku kan? Berzikir je aku sepanjang drive tu. Nasib baik enjin tak mati sepanjang perjalanan tu.

Bila dah sampai driving school, tunggu dalam kereta sementara jpj kira markah aku. Aku terus cakap aku nak lulus. Berani okay! Bila dia tanya kenapa nak lulus, aku cakaplaa aku nie student. Tengah praktikal hari pertama minta permohonan keluar untuk test jpj. Jpj terus cakap markah nie berdasarkan apa yang buat semasa test tadi. Hmm hmm..

Bila dia hulurkan kertas tu, menjerit aku dalam kereta. Lulus! Tahu apa perasaan aku? Happy nak gila okay! Tak sangka lulus. Hahahahaa.. Excited nak mampos! Bila selesai je test jalanraya, aku ada test RPK, RSM and litar.

Aku cakap kat jpj yang aku nak buat awal sebab nak masuk office. So, RPK tu aku tak sempat nak terang sangat , terus jpj suruh aku buat RSM. Part RSM nie memang lawak okay! Jpj stress dengan aku. Aku tak dapat nak pakai seat belt and bunyikan hon dengan betul, aku bising salahkan kereta depan jpj. Hahahaha.. Tergelak besar jpj lelaki dua orang tu.

Jeng jeng jeng! Test dalam litar. Yang lagi menakutkan sebab ramai yang tak lulus. Aku perhati je siapa yang tak lulus part bukit, selekoh z, selekoh s, side parking and tiga penjuru. Ramai yang tak lulus. Bila turn aku, alhamdulillah. Tayar depan kereta 100% dalam garisan kuning masa naik bukit. Selekoh z and selekoh s pun tak ada masalah. Masa nak masuk side parking, aku tengok kereta depan tengah parking. Cun okay! Tapi bila nak keluar, dia terlanggar divider. Failed! Aku makin berdebar-debar. Bila aku parking, alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Tiga penjuru! Tak ada masalah jugak.

Terus aku pergi parking kereta and berjalan ambil result. Dup dap dup dap! Bila sampai pondok jpj tu, jpj terus hulur kertas. Haa menjerit lagi aku depan tu. Hahaha.. Tiga orang jpj lelaki dalam pondok tu tergelak. Gembira sangat! Lulus dengan jayanya. Balik rumah muka happy je. Sekarang tengah tunggu lesen siap. Yeayh! Dah ada lesen kereta.