Drama

Married Tapi Benci Full Episode

May 20, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Drama ini mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej yang bernama Kamal dan Rina. Kamal menjadi kegilaan para pelajar wanita memandangkan dia adalah seorang pelumba basikal yang kerap menjadi juara dalam setiap kejohanan yang disertainya. Rina pula adalah seorang pelajar perempuan yang agak kasar dan meminati motorsikal berkuasa besar. Rina bersikap sebegitu kerana dia tidak bersetuju ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda selepas ibunya meninggal dunia.

Kamal tertarik pada kecantikan Rina dan telah cuba untuk memikatnya tetapi Rina pula bencikan lelaki dan telah berjaya memalukan Kamal di depan pelajar kolej yang lain membuatkan Kamal jadi sakit hati. Lebih menyakitkan hati Kamal apabila Rina berkawan baik dengan Daniel yang menjadi musuh ketat Kamal. Tetapi dalam masa yang sama, Kamal ingin menyelamatkan Rina dari Daniel yang merupakan seorang lelaki yang suka ambil kesempatan ke atas wanita.

Satu hari Kamal telah mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motorsikalnya. Tetapi Rina pula yang menjadi mangsa kerana dia telah bertukar motorsikal dengan Daniel. Kamal rasa bersalah dan telah ke hospital untuk melawat Rina. Bermula dari situ Kamal dan Rina mula menjadi rapat.

Daniel menjadi cemburu dan mula berdendam dan dia telah merancang sesuatu untuk merangkap Kamal dan Rina sehingga mereka ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin.

Biarpun telah bergelar suami dan isteri, Kamal dan Rina tetap meneruskan aktiviti lasak tanpa mempedulikan rumahtangga. Namun dalam diam mula terbit bibit bibit cinta. Kebahagian mereka membuatkan Daniel tidak puas hati dan merancang sesuatu untuk memusnahkan kebahagian mereka.

Drama

Jasmine Full Episode

May 20, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis Jasmine 
Sinopsis :-

Jasmine dan Ryan adalah sepasang kekasih. Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya? 

Drama

Aku Pilih Kamu Full Episode

May 18, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.


Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya?

Drama

Duda Terlajak Laris Full Episode

May 17, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.

Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu (Bella Nazari) atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis (Wawa Zainal) telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?

Pengalaman

Anti Syampu Safi Shayla

May 17, 2016

Assalamualaikum
Hari nie nak update pasal syampu safi shayla. Taktahulaa sama ada terjadi pada korang atau tak. Tapi benda nie terjadi pada aku. Aku sebagai pengguna, boleh beri feedback aku tersendiri. Am I right?
Okay, haritu ada aku beli syampu safi shayla untuk kawalan minyak yang baru. Disebabkan rambut aku berminyak kalau aku selalu makan benda yang pedas, aku beli laa syampu safi shayla tu. Kononnya nak cuba laa sebab sebelum nie aku pakai syampu lain.
Lepas dua hari pakai syampu tu, makin teruk rambut aku. Berminyak teruk! Sedangkan sebelum tak pernah berminyak seteruk tu. Nak cakap aku makan pedas, aku tak makan pedas untuk dua tiga hari tu. Aku nie syampu kerap sikit sebab rambut dah teruk tapi makin teruk lagi rambut aku.
So, what's the point of oily scalp control? Kenapa rambut aku makin teruk? Makin teruk berminyak tu salah satu cara untuk kawalan minyak ke? I can't get it! One more thing, lepas syampu rambut guna syampu tu, aku jadi pening. Bau tu tak best!
Sebagai pengguna, aku rasa tidak salah jika aku menyuarakan pendapat aku. Aku yang terkena benda tu. Mungkin orang lain tak kena. Dan mungkin juga aku tidak faham proses kawalan minyak untuk jenis rambut berminyak.
P/S : Aku tidak berniat nak burukkan nama sesuatu produk tetapi aku berkongsi pengalaman aku yang terkena.

Drama

Suami Tanpa Cinta Full Episode

May 17, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

Drama

Dia Semanis Honey Full Episode

May 17, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Kenangan

Selamat Hari Guru

May 16, 2016

Assalamualaikum
Selamat hari guru diucapkan kepada semua yang bergelar pendidik. Walaupun yang bergelar pendidik nie dicaci, dikeji oleh ibu bapa yang tak pandai hargai jasa pendidik, aku tetap hargai! Kalau tiada pendidik, macam mana doktor boleh doktor? Siapa yang ajarnya? Kan?

 Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang ajar aku dari kecil until now. Dah berpuluh kali kena rotan sebab tak siapkan homeworks, kena rotan sebab tak dapat score A+ dalam matematik, kena campak buku kat luar kelas sebab meniru and more. Kalau tiada guru, entah kemana aku sekarang. Walaupun tak cemerlang, at least dapat aku sambung diploma sekarang.

Tapi kerana perangai negatif seorang guru, aku diheret masuk ke bilik disiplin. Ponteng kelas pun aku pernah buat! Nakal dan degilnya dulu jangan cakaplaa. Teruk sangat perangai. Tapi bab ponteng kelas tu sampai sekarang family aku taktahu. Pandaikan aku sorok? Hahahahaha..

Walaupun macam baik atau buruknya seorang pendidik tu, terima kasih! Kerana pendidik itu yang ajar aku macam mana nak mengeja dan mengira. Kerana pendidik itu yang ajar aku macam mana cekalkan hati apabila semua orang menunding jari pada aku kerana fitnah! Terima kasih..

Gaya Hidup

Engineering But Not Engineer

May 13, 2016

Assalamualaikum
annoyed-gif-220
❝ It annoys me that Engineering students call themselves 'Engineers'. You don't hear medical students calling themselves doctors or art students calling themselves unemployed. ❞
Bila aku baca ayat di atas tu, aku gelak! Tersangat betul okay! Okay, firstly bukan aku judge tapi bila fikir sikit, tak semua akan jadi engineers. Ada je yang belajar Engineering tapi bila dah habis belajar, buka gerai burger.
Setiap kata-kata adalah doa, betul! Tapi janganlaa kau asyik show off sangat kau tu student Engineering. Kau tahu tak gaya kau tu really annoying! Please behave yourself!

Bloglist

Pencarian Bloglist Bulan Mei/Jun 2016 By Eyqa Hasnan

May 06, 2016

Assalamualaikum

Dengan ini aku rasmikan sebuah Segmen : Pencarian Bloglist Bulan Mei/Jun 2016 By Eyqa Hasnan. Bila tamat segmen nie, aku akan create bloglist untuk blogger yang join. Bloglist selama sebulan!
Syarat Penyertaan:-
1. Follow blog ini Eyqa Hasnan
2. Tinggalkan url blog anda di ruangan comment.
Tarikh Segmen:-
04 Mei 2016 - 06 Mei 2016
Update : Tukar syarat penyertaan untuk lebih mudah.

SENARAI PESERTA

Bloglist selama sebulan 07 Mei 2016 - 07 Jun 2016 

SEGMEN TAMAT 

Bloglist

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Bulan Mei/Jun 2016 By Eyqa Hasnan

May 06, 2016

Assalamualaikum
Okay, aku nak senaraikan url blog yang join Segmen : Pencarian Bloglist Bulan Mei/Jun 2016 By Eyqa Hasnan. Alhamdulillah, ramai yang join segmen pertama aku nie. Terkejut kejap!


Jika ada lagi yang join, aku akan update. So, jom meriahkan lagi segmen nie! Segmen nie akan tamat pada 06 Mei 2016 tepat jam 11.59 malam ini. Kalau ada link blog yang tak tersenarai even dah join, sila bagitahu ye. Dengan link nie, bolehlaa blogwalking. Tambah followers, tambah rakan baru. Hidup nie jangan sombong dan jangan cepat melatah!

Bloglist selama sebulan 07 Mei 2016 - 07 Jun 2016 

Gaya Hidup

Perbezaan Lelaki Dan Wanita Ketika Mengisi Minyak Kereta

May 02, 2016

Assalamualaikum

 
Situasi Lelaki

Sampai stesen minyak, matikan enjin. Sebelum keluar kereta, tarik tuil untuk buka penutup tangki minyak. Keluar kereta, tutup pintu kereta terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil keluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.

Lepas bayar, pergi ke kereta terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tangki, picit, lock dan tinggal. Lepak-lepak kejap, nozzle berhenti. Simpan balik ke tempatnya, tutup tangki dan gerak.

Situasi Wanita

Sampai stesen minyak, matikan enjin. Cari purse dalam handbag dulu. Keluar kereta, tutup pintu terus ke kaunter bayaran. Patah balik ke pintu besar atau jenguk tengok ke luar sebab lupa tengok pam nombor berapa.

Sudah bayar, pergi ke kereta, buka pintu kereta sebab nak simpan purse dulu. Tutup pintu kereta! Bergerak nak buka penutup tangki. Oppsss! Terlupa nak tarik tuil penutup tangki.

Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Oppsss! Tersilap tarik tuil nak buka bonet belakang kereta. Pergi tutup bonet dulu. Pergi ke pintu kereta dan tarik tuil penutup tangki. Kali nie baru betul tarik tuil!

Buka penutup tangki, cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung kereta. Pergi pan, angkat nozzle, hulur muncung nozzle dalam tangki, picit, lock dan tinggal sekejap.

Sambil tunggu minyak diisi, terpandang cermin tingkap belakang. Betulkan tudung yang senget! Guna jari jolok anak-anak rambut yang terkeluar. Nozzle terhenti, angkat dan letak ke tempatnya.

Nak tutup tangki tapi terlupa penutup tangki letak dimana. Cari melilau! Ooo atas bumbung rupa-rupanya. Ambil dan tutup penutup tangki sampai ketat. Masuk kereta dan jalan...
Hahahahahaa.. Kenapa complicated sangat wanita nak isi minyak nie? Tergelak masa baca artikel nie. Credit artikel untuk majalah Mastika.