Married Tapi Benci Full Episode

May 20, 2016

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Drama ini mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej yang bernama Kamal dan Rina. Kamal menjadi kegilaan para pelajar wanita memandangkan dia adalah seorang pelumba basikal yang kerap menjadi juara dalam setiap kejohanan yang disertainya. Rina pula adalah seorang pelajar perempuan yang agak kasar dan meminati motorsikal berkuasa besar. Rina bersikap sebegitu kerana dia tidak bersetuju ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda selepas ibunya meninggal dunia.

Kamal tertarik pada kecantikan Rina dan telah cuba untuk memikatnya tetapi Rina pula bencikan lelaki dan telah berjaya memalukan Kamal di depan pelajar kolej yang lain membuatkan Kamal jadi sakit hati. Lebih menyakitkan hati Kamal apabila Rina berkawan baik dengan Daniel yang menjadi musuh ketat Kamal. Tetapi dalam masa yang sama, Kamal ingin menyelamatkan Rina dari Daniel yang merupakan seorang lelaki yang suka ambil kesempatan ke atas wanita.

Satu hari Kamal telah mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motorsikalnya. Tetapi Rina pula yang menjadi mangsa kerana dia telah bertukar motorsikal dengan Daniel. Kamal rasa bersalah dan telah ke hospital untuk melawat Rina. Bermula dari situ Kamal dan Rina mula menjadi rapat.

Daniel menjadi cemburu dan mula berdendam dan dia telah merancang sesuatu untuk merangkap Kamal dan Rina sehingga mereka ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin.

Biarpun telah bergelar suami dan isteri, Kamal dan Rina tetap meneruskan aktiviti lasak tanpa mempedulikan rumahtangga. Namun dalam diam mula terbit bibit bibit cinta. Kebahagian mereka membuatkan Daniel tidak puas hati dan merancang sesuatu untuk memusnahkan kebahagian mereka.

You Might Also Like

2 comments