Follow Us

Monday, 18 September 2017

Penginapan Dengan Harga Yang Terendah Di Premiera Hotel Kuala Lumpur

September 18, 2017 44 Comments
Assalamualaikum


Kuala Lumpur adalah syurga shopping bagi kaum wanita di luar sana tu. Setuju tak? Haruslah setuju, kan? Mana taknya, sekitar Kuala Lumpur nie terdapat banyak tempat shopping yang kita boleh pergi. Nak fesyen apa semuanya ada di Kuala Lumpur! So, apa kata cuti yang akan datang nie korang semua bawaklah anak-anak atau kawan-kawan korang datang menghabiskan masa yang terluang tu datang sini berjalan sambil mencuci mata di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nie. Haaa! Kalau korang tak tahu nak menginap hotel mana dekat Kuala Lumpur nie, haa tak payah pening-pening fikir. Sini aku nak bagi tahu satu hotel yang menawarkan harga yang berpatutan dan yang paling penting hotel nie bertempat di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur okay!

Superior Room
Deluxe Room
Executive Suite Room
Suite Room
Suite Room
Nama hotel yang aku nak kongsi dengan korang tu ialah Premiera Hotel Kuala Lumpur. Uitt! Nama hotel pun dah kerlasss gitu! Hotel nie berhampiran dengan Dataran Merdeka iaitu mengambil masa hanya selama 15 minit dengan berjalan kaki. Terdapat empat pilihan bilik dengan harga yang berbeza iaitu Superior Room, Deluxe Room, Suite Room dan Executive Suite Room. Setiap bilik yang terdapat disini sangat-sangat selesa okay! Aku suka sangat dengan cara penyusunan dan hiasan dalaman dalam bilik di hotel nie sebab it's just a simple room tetapi berkonsepkan elegant gittuu! Kalau korang nak bilik yang lagi selesa, korang boleh pilih Deluxe Room, Suite Room or Executive Suite Room. Kalau korang nak tahu, setiap bilik di sini mempunyai pemandangan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang sangat cantik! Tak nak ke korang oii? Rugi tau! Hihihihihihii...

Okay! Now aku nak cerita antara facilities and service that is provided here. Antaranya ialah fasiliti dalam bilik iaitu Electronic Key Lock System, hairdryer, iron and iron board, coffee & tea making, TV LCD and if korang nak extra bad, korang bolehlah request termasuk surat khabar dan banyak lagi. Facilities yang lain pulak seperti khidmat pembersihan harian, ruang menyimpan bagasi, dobi, tempahan untuk jamuan atau mesyuarat, bilik bebas merokok dan banyak lagi pilihan oiii! Disini juga terdapat restoran yang menyajikan makanan buffet atau ala cart dimana makanan yang disajikan ialah masakan asia dan barat. So, korang bolehlah makan apa yang korang nak. Banyak pilihan menanti anda! Makanan kat sini juga sedap dan lazat! Dan yang penting harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan kelazatan makanan yang disediakan. Tidak rugi!

Macam aku bagitahu tadi, hotel nie berhampiran dengan pusat membeli belah yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Mesti korang nak tahu kan Shopping Mall apa yang berhampiran dengan hotel nie. Antaranya ialah Maju Junction Mall, Sogo, Masjid India, Sunway Putra Mall, Suria KLCC, Berjaya Times Square dan banyak lagi sebenarnya. Haaa banyak kan? Korang boleh berjalan kaki je kalau nak ke tempat yang aku sebut tadi kalau korang stay di Premiera Hotel nie. Tak payah la korang nak pening-pening kepala fikir nak redah jammed nak cari parking lagi. Betul tak? Aku pun tak sanggup nak redah jammed yang gerak macam sifut tu. Hahahaha.. Selain dari tempat shopping nie, korang pun boleh pergi ke tempat yang lebih menarik di sekitar hotel nie antaranya seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan sebagainya..

Haaa.. Selain restaurant yang terdapat dalam Premiera Hotel tu, korang juga boleh makan di Maju Palace Cantonese Cuisine bagi yang menggemarkan makanan Chinese ye. Kalau taknak, korang boleh makan di Sogo dalam tu banyak tempat yang korang boleh pilih untuk makan. Banyak juga pilihan menu yang menarik! Selain itu, di KLCC pun ada tempat makan iaitu di food court KLCC di tingkat atas. Pergghhh! Makanan yang ada kat situ memang sedap weyy! Dahlah banyak pilihan makanan okay. Tak payah korang risau nak makan apa. Tunjuk je!

Untuk pengetahuan korang, Premiera Hotel nie menerima sambutan yang sangat luar biasa dari penginap yang pernah menginap di sini tau antaranya ialah lokasi hotel nie yang sangat strategik, pemandangan yang sangat mengagumkan, bilik yang selesa dan banyak lagi. So, korang jangan buang masa lagi. Apa nie asyik baca entry nie je? Jom la book hotel nie di www.traveloka.com untuk rate yang paling best! JIMAT DENGAN TRAVELOKA DAN NIKMATI HOTEL YANG SELESA!

Monday, 11 September 2017

Salted Caramel Brownies Terbaik Di Dungun

September 11, 2017 26 Comments
Assalamualaikum

Makan brownies sambil update blog memang layan habis weyy 😂 Aku dahlaa hantu sikit bab coklat nie. Pantang nampak atau ada coklat, tak berhentilaa aku mengunyah sampai orang sekeliling stress tengok aku makan 😂 Patutlaa badan besar macam badak. Makan benda berlemak. Hahahahaaa 😂😂😂

Okay.. Aku sebenarnya nak memperkenalkan Salted Caramel Brownies yang terbaik di Dungun *bagi aku*. Nie kali kedua aku repeat order dengan Mellmerah Creations yang bergelar pensyarah di UiTM Dungun. Sekali brownies tu masuk mulut, memang susah nak berhenti. Sedap sangat! 😋😋😋
Tadaaaaaaaaa! Salted Caramel Brownies dengan model naked face okay! Hahahahaa.. Baru siap mandi, Mellmerah Creations dah call bagitau on the way nak hantar brownies. So, bersiap ala kadar je laa.. Lepas je ambil brownies, terus masuk rumah selfie dengan brownies. Hahahahahaaa perangai betul! 😅
Cuba tengok gambar tu. Sedap kan? Walnut banyak gilaaaa atas brownies. Memang aku tak salah pilih dan beli. Sekali hidang, terus banyak tangan yang capai nak makan brownies. Tak dapat nak cerita macam mana sedapnya brownies nie. Hihihihihiii 😄😄😄

Kalau korang nak rasa keenakkan brownies nie, boleh hubungi nombor dibawah. Oppsss! Bukan sekadar brownies ya, banyak lagi yang Mellmerah Creations nie boleh buat. Sedap dan harga pun berpatutan. Nak tengok hasilnya, boleh tengok di Instagram Mellmerah Creations nie.

Contact here:-
Instagram : Mellmerah Creations
Whatsapp : 019-2757 075

Thursday, 31 August 2017

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke 60 Tahun

August 31, 2017 1 Comments
Assalamualaikum

Semangat update blog mentang-mentang bercuti selama enam hari. Gila tak happy?! Hahahahaa.. Bulan September tahun nie ialah bulan cuti-cuti Malaysia. Bekerja berapa hari je. Cuti je lebih 😂 Aku pun terlebih semangat menanti bulan September.

31 Ogos 2017! Genap 60 tahun kita merdeka. Siapa yang berusaha merdekakan negara kita daripada dijajah? Siapa yang laungkan Merdeka Merdeka Merdeka? Ingat tak? Kita ambil tahu tak? Kita bersyukur tak? Cuma persoalan aku sekarang, merdekakah kita sekarang?

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-60 Tahun negaraku Malaysia. 60 tahun merdeka, 22 tahun aku hidup, aku berbangga menjadi salah satu warga Malaysia. Bersyukurlah kita masih aman dan damai di negara sendiri. Tidak lagi dijajah di tanah sendiri.


Doesn't matter how corrupt you are, you still my home, Malaysia. Let's us always remember that unity is our fundamental strength as a Nation. Don't ask what your county can do for you. Ask what you can do for your country.

Resepi : Cucur Viral Lemak Manis Bakar

August 31, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Lepas balik kerja semalam, lapar gila perut. Parents pergi ke kenduri kat Kota Bharu. Memang menyesal gila tak singgah kedai runcit beli roti ke apa 😑 Entah macam mana teringat cucur viral lemak manis tu. Gigih laa aku letak handbag dan barang-barang kerja terus bersilat kat dapur.

Resepi Cucur Viral Lemak Manis Bakar by Eyqa Hasnan

Bahan-bahan

1. 3 cawan tepung
2. 3 cawan air panas yang mendidih
4. 5 sudu gula
5. Secubit garam
6. TV yang tayangkan cerita menyeronokkan

Cara-cara

1. Gaulkan sebati tepung, air panas, gula dan garam.
2. Bentukkan bulat seperti bola ping pong
3. Masukkan ke dalam kuali yang minyak betul-betul panas (deep fry)
4. Pergi tengok tv dalam 6 minit
5. Angkat dan toskan cucur viral lemak manis
6. Sedia untuk dihidangkan!

Selamat Mencuba

Jeng....

Jeng....

Jeng...

Jeng..

Lihatlah! Lihatlah! Hahahahahahahaa.. Bila nak elok entah buat kerja 😂 Haritu dah jadi Keropok Lekor Bakar. Semalam cucur viral lemak manis bakar pulak. Sedap tapi hangit 😁😂 Bergelak-gelak aku sensorang kat rumah. Gara-gara layan cerita Ali Baba Bujang Lapuk punya pasal.

Saturday, 26 August 2017

Permohonan Diluluskan

August 26, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Hari nie masuk kerja selepas MC sehari dan off day sehari. Mungkin sekarang virus demam tengah berleluasa. Dalam office aku, bergilir-gilir demam. Mula-mula HR demam, selepas masuk hari keempat, Finance demam. Tak sampai hari ketiga Finance demam, IT pulak demam iaitu aku 😂 Berjangkit teruk wey!

Semalam happy gila nak masuk kerja sebab sebelum aku MC, semua design aku dah settle. Maknanya kalau aku masuk kerja hari nie, tak ada kerja aku nak buat. Dapatlah aku rehatkan otak yang baru nak pulih demam nie.. Sekali dapat whatsapp daripada boss aku. Suruh siap sedia sebab banyak kerja yang tunggu aku 😑

Tapi entah kenapa bangun pagi tadi aku dapat semangat lain macam. Tak sabar nak pergi kerja. Terfikir-fikir ada berita gembira ke tengah menunggu aku 😂 Masuk je office, terus boss panggil masuk bilik. Discuss pasal project terbaru untuk perbaharui mutu resort.

After discussion, aku memang focus design untuk project terbaru tu sampai tak sedar waktu berjalan weyy! Sedar-sedar dah nak lunch hour. Lepas lunch, focus je buat sampai nak balik. Hahahahaa.. Memang nampak sangat semangat lain macam selepas demam. Kalau tak? Asyik menguap je dan kira berapa jam lagi nak balik.

Elok je lagi setengah jam nak balik, boss yang baru nak keluar dari bilik sebut nama aku. Aku cuak jugak sebab fikir kena overtime sampai design semua siap. Hahahahahaa.. Sekali boss cakap " Mulai esok, awak dah boleh masuk pukul 8.00 pagi dan balik 5.00 petang. Off day dua hari ". Ya Allah! Happy betul aku! Terlupa aku pernah suarakan permohonan aku untuk tukar waktu kerja.

So, mulai 27082017 aku dah boleh start masuk kerja awal. Sebelum nie aku masuk kerja pukul 9.00 pagi dan balik 5.00 petang tetapi off day sehari je. Seriously tak cukup sehari tu. Otak penat, badan penat. Mata penat hadap laptop dan otak fikir design nie tak cukup rehat. Masuk awal sejam tu okay je bagi aku.

Wednesday, 16 August 2017

Kopi Organik Terbaik Masa Kini - The Koppi

August 16, 2017 13 Comments
Assalamualaikum
Siapa peminat kopi? Aku bukanlah penggemar kopi dan memang tak suka minum kopi. Kalau depan mata nie ada dua pilihan sama ada air detox dan kopi, aku sanggup minum air detox 😂 Punyalah tak suka kopi sejak dulu.. Kopi ibarat musuh ketat aku sebab adik beradik kopi semua aku tak minum. Kadang-kadang sanggup tak minum air kalau orang hidangkan air kopi.

Tapi selepas diperkenalkan dengan The Koppi iaitu 100% kopi organik, aku dah mula rasai nikmatnya secawan kopi. Kalau korang nak tahu, The Koppi nie hasil usahawan orang kita iaitu Encik Hafizi atau lebih dikenali sebagai Gee. Encik Gee nie ialah Founder The Koppi. Rajin berbakti kepada tanah untuk menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi tanpa kimia dan bebas racun. Biji-biji kopi ini jugak dipetik sendiri.

Racun kimia dan baja kimia tidak digunakan dalam kebun ini tau! Maksudnya, kulit buah kopi yang telah dikopek tu akan ditabur pada pangkal pokok agar ia dikompos menjadi baja. Organik baja okay! Say no to chemical.. Haaa! Ini part paling special! The Koppi juga mencipta baja sendiri okay. Hanya dengan menggunakan kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang kemudiannya diperam selama dua minggu. Ia seperti "Garbage Enzyme".

Untuk pengetahuan semua, kopi ini tiada campuran bahan-bahan lain. Jadi rasa kopi itu lebih "strong" dan kaw. Sebagai contoh campuran bahan-bahan lain seperti marjerin, gula, gandum, garam, bijan dan arang tempurung. Penggunaan marjerin dan gula secara berlebihan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan.




Beginilah kebun The Koppi di Sungkai, Perak. Kebun yang dijaga dengan bersih dan rapi. Kebun yang bersih lebih terjamin dari segala aspek penting. Dan gambar dibawah adalah bunga sebelum jadi buah kopi. Bunga yang sangat wangi seperti bunga melur. Wanginya hanya pada waktu pagi tau! Kalau waktu pagi tu, seluruh kebun kopi tu akan berbau wangi.




Untuk pengetahuan, The Koppi yang dihasilkan ini adalah gabungan dua jenis kopi iaitu Liberica dan Robusta. Liberica bentuknya lebih lonjong dan tirus manakala bijinya lebih besar. Jika dipanggang, baunya semerbak tetapi rasanya tidak sekuat Robusta. Ingat! Robusta lebih pahit. Kandungan kafein sangat tinggi. Kalau ada yang pernah kopi Vietnam, haa itu kopi Robusta ya.


Di atas ini adalah gambar biji kopi yang telah dikopek. Isinya direndam terlebih dahulu. Proses ini dipanggil sebagai "Fermentation". Proses "fermentation" ataupun lebih dikenali sebagai rendam ambil masa minimum 3 hari. Untuk pastikan isi yang manis tadi lekang dari biji kopi, air akan tukar setiap hari sehingga jernih sebelum dijemur.


Haaa ini bila air dah bersih tau! Masa ni biji kopi dah kesat sebab isi yang manis tadi dah. Selepas itu, biji kopi dijemur dalam talam besi atau aluminium supaya cepat kering. Dijemur sehingga betul-betul kering dalam tempurung kopi tu. Kalau cuaca panas terik, masa yang diperlukan untuk jemur 4 hingga 7 hari sahaja. Kalau musim hujan, sehingga dua minggu.


Biji kopi yang dah kering selepas dijemur akan terus ditumbuk sehingga tempurung biji tu pecah. Yang hijau itulah akan digunakan untuk dijadikan kopi. Selepas tumbuk, proses seterusnya ialah mengasingkan tempurung biji kopi dan biji kopi berwarna hijau tu. Tempurung biji kopi tu sangat keras dan tajam.


Proses seterusnya ialah panggang biji kopi itu. Biji kopi dipanggang menggunakan mesin yang khas untuk panggang biji kopi. Suka aku ingatkan disini, biji kopi terendam dalam air lebih lama akan lebih berasid. Sebab itu ada jenis brand kopi ada rasa masam "after taste". Selepas panggang biji kopi, biji kopi akan direhatkan sekurang-kurangnya 3 hari untuk keluarkan minyak dan aroma. Itu dipanggil proses Degasses. Proses panggang menggunakan "roaster" atau pemanggang yang mengenakan angin panas ataupun dikenali "hot blower" pada biji kopi. Bukan macam main masak-masak tu ya 😅


Inilah kopi yang dihasilkan setelah dikisar dan menjadi serbuk. Untuk menghasilkan hasil yang berkualiti dan bermutu tinggi, memang sedikit sukar. Tapi hasilnya mampu puaskan hati. Dan tengok dibawah ini. 

Nampak jernih kopi tetapi rasa kopi yang sangat kaw! Jernih tak bermakna kurang rasa kopinya tau. Macam mana? Ada yang teringin nak rasa The Koppi? Kopi ini tidak akan meninggalkan rasa masam seperti sesetengah kopi yang lain. Sangat berkualiti dan dijamin halal. Dan ini contohnya secara ringkas perjalanan menghasilkan kopi yang berkualiti.  




Bagi yang teringin nak berminat untuk menikmati keenakkan The Koppi ini, boleh layari terus Facebook ataupun Instagram The Koppi. Istimewanya aroma The Koppi sehingga dilamar untuk menjadi supplier kopi di The Canteen milik Chef Adu. Bukan calang-calang kopi ya. The Koppi juga telah mencipta nama di akhbar Sinar Harian dan Segmen DIY TV Alhijrah. Tahniah The Koppi!

Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak deal dengan Encik Gee, boleh contact:-
Facebook : The Koppi
Instagram : The Koppi
Whatsapp : 018-923 5644

Thursday, 10 August 2017

Resepi : Ayam Sambal Hijau Mudah Dan Ringkas

August 10, 2017 12 Comments
Assalamualaikum


Baru masuk office terus sambung siapkan taip entry nie. Entry nie pending sejak semalam. Huhuhu.. Biasalah, tak pandai nak uruskan masa bila kerja berlambak-lambak. Sebenarnya nak kongsi resepi makanan kegemaran aku walaupun blogger lain dah bertahun kongsi resepi nie.

Bahan-bahan
1. Seekor ayam
2. 3 biji bawang besar**
3. 15 batang cili padi hijau**
4. 2 batang cili besar**
5. Lada hitam
6. Kunyit
7. Serai
8. Belacan [optional]**
9. Asam jawa

Cara-cara
1. Ayam yang telah dibersihkan gaul dengan kunyit, garam dan lada hitam. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Blend bahan bertanda. Kalau tumbuk dengan batu lesung lagi kick. Belacan tu optional okay. Nak rasa super kick, boleh letak.
4. Kurangkan minyak goreng ayam dalam kuali tu dan masukkan serai dan bahan kisar. Masak sehingga bahan-bahan kisar masak.
5. Masukkan garam dan gula untuk rasa menepati citarasa. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan ayam dan balik-balikkan 5-10minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Mudah dan ringkas sangat caranya. Ini boleh dikatakan menu pertama yang aku belajar masa duduk rumah sewa zaman belajar. Suka masak menu nie sebab aku suka makan pedas-pedas berapi gitu. Kadang-kadang makan perut kembung dengan air je.

Tuesday, 8 August 2017

Suri Hati Mr Pilot Full Episode

August 08, 2017 1 Comments
Assalamualaikum
Sinopsis :-
Pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Segmen : Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

August 08, 2017 10 Comments
Assalamualaikum

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini...

Thursday, 3 August 2017

Dr Check Cracked Heel Cream

August 03, 2017 8 Comments
Assalamualaikum

Sementara ada masa, update entry kejap. Maklumlaa, minggu nie minggu busy dengan pastries. Ada menu terbaru disini. So, aku pun busy editing new promotion dan shoot gambar-gambar kek. Tak sempat nak buka blog, chef panggil cakap kek siap. Baru nak masuk toilet, chef panggil. Baru nak menguap, chef whatsapp bagitau kek siap untuk diambil gambar 😱

By the way, ini bukan review berbayar tau. Nie review or testimonial ikhlas daripada aku pengguna terbaru. Tumit kaki aku cracked semasa rumah under construction hari tu. Sensitif sebab simen kan tajam. Punca simen tu, kaki aku cracked teruk!

Ubat? Dah penat sapu. Aku guna jenama Elgy dan Avon tapi tetap sama. Tak kurang walaupun sedikit. Aku pun malu bila jadi macam tu sebab mesti orang akan perasan tumit kaki merekah. Confirm orang ingat tak reti jaga. Padahal penat tau sapu cream tu setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Sampai minggu lepas aku ke Watson dan jumpa cream untuk tumit merekah nie jenama Dr Check Cracked Heel Cream. Weyy! Seriously nie paling terbaik! Baru berapa hari aku guna, tumit dah nampak sangat perubahan. Dah tak merekah dan hampir menutup sepenuhnya.. Ya Allah, suka betul! Kalau tahu, dah lama aku try yang nie. Murah pun murah walaupun kecil je bekasnya.

Saturday, 29 July 2017

Tips/Petua : Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade

July 29, 2017 10 Comments
Assalamualaikum
Tips kali ini aku nak kongsi cara bagaimana nak buat aloe vera gel homemade. Aku suka try benda-benda homemade nie. Sebab lately dah tak berapa nak yakin dengan apa yang ada dipasaran. Banyak menipu je..

Bahan-Bahan
1. 3-4 Keratan Aloe Vera (Lidah Buaya)
2. Air Mawar *boleh lihat link nie cara buat air mawar*
3. Blender Dan Pisau

Cara-Cara
1. Potong kulit hijau aloe vera dan ambil isi putihnya.
2. Masukkan isi putih aloe vera ke dalam blender dan masukkan sedikit air mawar.
3. Blend isi sehingga hancur
4. Simpan didalam botol atau botol spray

Done! Mudah sangatkan? Tak susah pun nak sediakan semua nie dengan syarat, RAJIN! Kalau rajin google, rajin usaha, rajin buat, insyaAllah dapatlaa hasilnya. Tadaaa! Aku dah buat amalkan jugak aloe vera gel homemade nie.

Tapi aku letak air mawar banyak sebab aloe vera aku berbau kuat sangat. So, nak hilangkan bau tau memang letak air mawarlaa ceritanya. Amalkan setiap hari okay.. Setiap kali lepas cuci muka memang aku sapu benda nie.

Kalau kulit muka tu burn, boleh sapu sebab aloe vera nie bersifat sejuk. Sangat-sangat sesuai! Ingat, kena rajin. Baru semuanya akan menjadi. Kalau malas, kirim salam je laa kepada cantik. Memang susah nak cantik.

video

Tips/Petua : Cara Membuat Air Mawar Di Rumah

July 29, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Kalau follow aku di Instagram, mungkin ada yang pernah tengok story instagram aku update cara membuat air mawar homemade. Sangat mudah dan cepat! InsyaAllah lebih berkesan sebab nie homemade dan tiada campuran bahan-bahan asing yang boleh memudaratkan kulit kita.

Bahan-Bahan
1. 7 Kuntum Bunga Mawar (Ros)
2. Air
3. Periuk

Cara-Caranya
1. Ambil kelopak bunga mawar dan masukkan ke dalam periuk yang bersih.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan hidupkan api yang kecil.
3. Masak kelopak bunga mawar sehingga bertukar menjadi warna pucat.
4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Simpan didalam bekas.

Mudah je kan? Lebih berkhasiat sebab air tangan sendiri. Guna bahan-bahan yang dijamin selamat je. Air mawar nie boleh amalkan setiap pagi dan malam. Sapu je kat muka dan rambut. Banyak khasiat tau!

Kelebihan Air Mawar
1. Mengatasi kulit kering dan sensitif
2. Mengatasi kulit berminyak
3. Mengurangkan masalah jerawat
4. Mencerahkan kulit wajah
5. Melambatkan penuaan
6. Menyegarkan mata
7. Menyihatkan rambut

Aku baru je berjinak-jinak cuba benda nie. Alhamdulillah, so far okay. Cuma masih kena amalkan. Nak cantik kena berusaha. Bukan sekelip mata je boleh cantik. So, selamat mencuba!

video

Monday, 24 July 2017

Ceas Atv Outdoor Tasik Puteri, Bukit Besi

July 24, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
Dah selepas seminggu, baru dapat update pasal benda nie. Bukan apa, busy sangat sepanjang minggu sampai tak sempat update. Bila bos ada di resort nie, memang kerja aku menambah. Design bertambah weyy. Tak boleh dah nak balik awal 😭

15072017 hari tu aku pergi main Ceas Atv Outdoor Tasik Puteri,Bukit Besi. Niatnya nak pergi mandi air terjun situ je. Bila sampai sana, nampak atv. Aku pun apa lagi, terus cakap kat ayah nak naik atv nie. Kumpul semua, terus sewa atv. Atv nie banyak pilihan tapi aku pilih yang paling murah dan tak extremes. Weyy! Menakutkan kot sebab first time nak try. Kalau dah pandai control semua, baru pilih yang extreme.

Aku pilih packages paling rumah iaitu RM10 sebuah atv. Aku sewa lima buah atv sebab cousins aku pun join sekali. Berat! Itu je aku boleh cakap. Susah nak control sebab macam berat sangat sampai susah nak gerakkan masa selekoh. Lama-lama tu baru okay sikit.

Yang bestnya walaupun RM10, bagi aku extreme jugak. Naik bukit, masuk lompak air, lalu celah-celah pokok.. Huhuhuuu menjerit aku sebab takut siap nak terbalik atv aku buat aku. Nasib baik abang atv tu tolong. Dah dah, jom tengok gambar dan video. Taktahu nak update apa dah.. Seriously dalam gambar nie muka gelap sebab kesan burn gotong royong tepi pantai.










video

Sunday, 16 July 2017

Drilling Gigi Geraham

July 16, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hari nie nak bercerita pasal gigi. Tak pernah-pernah bercerita pasal gigi, tetiba hari nie nak bercerita. Maklumlaa, nie pengalaman ngeri aku bila dah dewasa. Ngeri? Ngeri sikit je pun. Bukan ngeri sampai trauma teruk.

Pada 06072017 haritu, gigi geraham aku yang hujung sekali terserpih. Bukan geraham bongsu ya sebab geraham bongsu aku belum tumbuh. Masa terserpih tu aku baru lepas lunch. On the way masuk office, aku rasa lain macam je gigi aku. Main usik-usik gigi tu guna lidah. Tajam weyy! Bila aku try acah-acah kunyah, terus terserpih.

Bila tengok, geraham hujung tu terserpih. Memang rasa tak selesa. Lidah nie rasa nak usik je selalu gigi tu. Bila balik tu, terus aku check lebih detail depan cermin sensorang. Sah! Gigi dah hodoh jadinya. Nasib baik geraham. Tapi selepas seminggu, jadi sakit pulak. Pipi bahagian dalam pun terkena tempiasnya. Luka sebab tajam sangat gigi tu.

So, pagi tadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan pergigian disini. Ramai oii! Sejam tunggu giliran. Bila masuk je, doktor check cakap kecil je serpihan tu tak ada tapi pipi nampak luka. Doktor cakap nak drilled. Aku okay kan je laa sebab taktahan sakit pipi tu.

Doktor tu pass card aku kepada doktor kedua. Bila doktor kedua tu check, dia cakaplaa nak drilled sikit. SIKIT okay SIKIT! Aku pun senyum je laa sambil buka mulut nie luas-luas. Bila doktor drilled, aku tak reti diam. Menggeliat aku atas bed tu. Dia rasa kebas lain macam gigi aku. Kaki pun tak reti duduk diam. Masa tu terus terdetik dalam hati " Apakah ini takdir hidupku hari ini " 😭

Klimaks drilled gigi nie tadi bila terkena pipi aku bahagian dalam tu. Darah! Doktor terus suruh aku bangun terkumur. Dia cakap sebab geraham tu hujung sangat dan sempit, sebab terkena pipi. Banyak kapas doktor guna untuk hentikan darah aku. Datang doktor lain untuk bantu doktor tu.

Lepas darah berhenti je, terus doktor sambung drilled gigi tu. Selepas hampir 45minit dalam bilik tu, akhirnya siap! Bahagianya rasa bila gigi dah okay. Memang ngeri bagi bila tengah sakit sebab kena drilled, tiba-tiba terdrilled aku punya pipi. Nasib baik sikit je luka walaupun berdarah banyak.

So, lunch kali nie kena makan bubur laa ceritanya 😵😵😵 Sebelum masuk office, pergi ke McDonald's beli bubur ayam. Sebagai langkah berjaga-jaga je kalau aku tak boleh nak kunyah nasi. Sampai sekarang masih rasa kebas di gusi dan sakit di pipi 😢 Tengah taip entry, masih berbau-bau hangit tengah drilled. Hahahahahahahaaa