Kerana Anisa Full Episode

January 16, 2017

Assalamualaikum
Kerana nisa
Sinopsis :-
Kerana Anisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Anisa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan berjaya dalam hidupnya. Dia berkawan dengan Syukri yang banyak memberikan semangat dan dorongan buatnya.

Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian manakala Anisa yang juga lulus dengan begitu cemerlang, merancang untuk menyambung pengajian di universiti tempatan. Biarpun berjauhan mereka tetap berhubung melalui surat.

Persahabatan antara Anisa dan Syukri tidak disenangi oleh Long Yahya yang merupakan ayah kepada Anisa. Malah niat Anisa untuk menyambung pengajian juga dihalang oleh ayahnya. Zahid yang menjadi pilihan Long Yahya kerana kekayaannya orang tuanya menghantar rombongan meminang Anisa. Biarpun Anisa membantah, Long Yahya tetap memaksa Anisa berkahwin dengan Zahid.

Zahid bukan lelaki yang baik. Selepas berkahwin, dia melayan Anisa dengan begitu teruk sekali. Boleh dikatakan hampir setiap hari Anisa di seksa Zahir dan Batin. Lebih memburukan keadaan bila Zahid mendapat tahu tentang hubungan antara Anisa dan Syukri.

Apa akan terjadi kepada Anisa. Adakah kebahagiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti?

You Might Also Like

2 comments

  1. Kalo layan ni, mau seminggu kene layan bru habis. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak layan drama Melayu. Hihi

    ReplyDelete