Assalamualaikum
Rasa macam dah lama sangat je tak update blog. Bukan apa, lately aku asyik update pasal movie je kan. Nie pun ada lagi tak update new episode. Maaf! InsyaAllah malam nie atau esok aku akan update new episode. Harap sabar menunggu!

By the way, alhamdulillah aku dah dapat kerja. Hari nie dah hari kedua aku bekerja disini. But macam biasalaa rules kalau bekerja. Tiga bulan pertama dalam observation lagi. After three month baru kita tengok permanent or fired!

Tak sangka dapat kerja nie okay! Bulan disember haritu aku submit resume, 05012017 office call suruh datang interview 08012017. Masa tu berdebar macam apa je. Bayangkan untuk position tu, hanya lima orang terpilih. Empat lelaki dan seorang perempuan! Tapi yang datang hanya tiga orang. Dua lelaki, seorang perempuan! Aku laa perempuan tu!

Masa tu aku rasa percentage untuk aku dapat positon hanya 0.01% je sebab kena fight dengan lelaki. Weyy! Mostly company nak lelaki for that position kan! Tapi bila office call pada 09012017 suruh masuk kerja 10012017 tu rasa nak melompat je! I win!

Doakan aku berjaya habiskan tempoh probation nie dan dapat permanent position disini. Alaaa, position IT technician je. Bak kata staff sini, aku staff pertama department IT. Sebelum nie tak ada lagi staff IT sebab hanya ada student praktikal je. Alhamdulillah..