Follow Us

Wednesday, 31 May 2017

Pilihan Terbaik ESP Shaklee

May 31, 2017 5 Comments
Assalamualaikum
Selepas aku membebel dalam entry ESP Shaklee Atau Meal Replacement Herbalife, aku ambil masa yang lama jugaklaa untuk berfikir. Aku buat bancian sensorang yang mana lagi okay dan terbaik sebagai meal replacement 😅

Fikir punya fikir sampai duit cukup, aku pun decided beli ESP Shaklee. Aku beli dengan kawan aku je. Berharga RM127.20, murahla tu. Nak tunggu stok bukan main lama lagi tau! 🌝😪 Semalam baru dapat ESP tu. Excited nak minum okay!

So, sahur tadi first time minum ESP tu. Aku sebenarnya fikir lama sebab aku takut ESP tu rasa macam susu. Aku nie tak minum susu. Hahahahahahaa 😂 Tadi aku bancuh sesudu ESP guna sudu susu anak saudara aku campurkan dengan air milo suam. Yummy! Sedap! 😋
Untuk cara pengambilan ESP bagi newbie macam aku nie, boleh rujuk entry Irine Nadia Cara Minum ESP Shaklee Yang Betul. Aku harap ESP Shaklee nie beri kebaikan laa untuk aku yang masalah kulit dan berat badan nie 🤣🤣🤣

Semalam perut aku pedih jangan cakapla. Rasa nak berbuka je. Selain pedih perut, rasa mengantuk tu macam tak boleh buka mata. Dalam setengah jam aku tidur-tidur ayam depan pc *takut bos tahu* sambil pegang mouse kononnya tengah buat kerja. Hahahahahahaaa macam tak guna je pekerja macam nie.

Okaylaa, nak sambung siapkan design berlambak nie. Kang tak siap, bos marah! Lusa baru off day, macam lama sangat je nak kena tunggu 😢 Waktu tengahari bulan Ramadhan memang syok kalau dapat lelapkan mata weyy!
❝ Lepas nie nak tukar template blog laa. Rasa macam tak matured je design sekarang. Hahahahahahaahahahaaa 🤣🤣🤣🤣🤣  ❞

Monday, 29 May 2017

Buffet Ramadhan Ulek Beach Resort 2017

May 29, 2017 10 Comments

Assalamualaikum
Kalau dah bekerja, apa-apa yang company tu buat mesti kita akan promote baik punya kan? So, aku yang bekerja di resort terkenal di Dungun nie, aku nak promote laa apa yang terbaru resort aku buat.
Taraaa! Nie buffet ramadhan untuk tahun 2017. Resort pun di pantai timur kan. So, buffet kali nie tertemakan Selere Awok-Awok Kite. Confirm! Makanan yang disediakan memang sedap dan ada live stall. Korang order apa korang nak makan dan dibuat secara live depan mata. Lagi satu, buffet line memang meriah dengan makanan.
Haaa! Yang duduk jauh, jangan risau kerana disini ada menyediakan packages bilik. Terbaik punya harga dan accommodations okay! Kalau berminat, boleh call resort ditalian 098482211/1100. Harga kita boleh bincang lagi *bincang dengan aku je*

Facebook : Ulek Beach Resort
Instagram : Ulek Beach Resort

Tips/Petua : Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

May 29, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Hari nie nak kongsi tips atau petua yang aku dapat dari facebook. Taktahulaa menjadi ke tak pada korang tapi untuk kali pertama aku buat semalam, so far okay. Itu pun baru kali pertama aku cuba. Hahahahahaa risau jugak kalau tiba-tiba kulit makin breakout.

So, semalam gigihlaa aku rendam beras setengah jam dan blend bersama-sama kunyit hidup. Sepatutnya kena rendam beras tu semalaman tapi disebabkan level kesabaran sangat tidak subur, aku rendam sekejap je. Hasilnya? Beras tak lembut dan tak hancur sangat. Ehh! Okay apa, aku jadikan scrub.
Aku tempek kat muka selama setengah jam. Selepas sepuluh minit tempek tu, memang kulit akan rasa tegang tapi tak pedih. Gatal-gatal sikit je lepas tu tak rasa gatal dah. Bila dah setengah jam, reti-reti laa pergi cuci muka tu. Tapi janganlaa kau siram macam tu je muka dengan air. Ambil sedikit air untuk basahkan tapak tangan dan kau urut muka tu. Ala-ala pakai scrub mahal gitu.

Tonyoh-tonyoh area t-zone tu, buat bulatan penuh sekali di area pipi dan seluruh muka okay. Dalam 3 hingga 5 minit je. Kang lama-lama, cramp pulak tangan tu. Lepas tu, cuci laa muka sebersihnya. Cuci pakai cleanser selepas guna air biasa. Aku guna cleanser cetaphil je and rasa lembut je kulit lepas scrub macam tu.

Lepas tu, keringkan kulit muka tu, sapu dalacin t area jerawat yang tengah kembang mekar tu. Ingat! Jangan lepas kau scrub muka tu, kau expect jerawat kau terus dituai oleh scrub tu. Rajin-rajinlaa bersihkan muka tu. Aku pun nak try lagi malam nie. Sebab beras dah rendam lagi sejak semalam. Hahahahahahaaa 🤣
Credit to Aya Zuki

Tuesday, 23 May 2017

ESP Shaklee Atau Meal Replacement Herbalife

May 23, 2017 4 Comments
Assalamualaikum

Dah habis update and publish entry Kekal Gemuk Atau Turunkan Berat Badan, terus dapat idea nak update entry nie pulak. Bukan apa, makin stress bila fikir dah nak Ramadhan tapi aku still gemuk dan tak mulakan diet lagi. Ingat tak stress ke woyy!

Aku nak kahwin, aku nak ada anak-anak soleh dan solehah, aku nak ada level self confident yang tinggi. Kalau gemuk macam nie, celah mana nak datang self confident tu. Celah mana nak dapat jodoh weyy? Kebanyakkan lelaki sekarang nak kurus macam bihun, putih macam tepung gomak, flawless macam telur rebus 😒

So, aku nie terfikir nak buat diet atkins sambil consume something sebagai meal replacements. Ada yang suggest Shaklee ESP dan ada yang suggest Herbalife. Kedua-duanya berfungsi sebagai meal replacement dan sesuai jugak untuk diet. Aku pun apa lagi, terus confuse nak pilih mana satu.

Okay, let's go through one by one.
Shaklee ESP
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat. 
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
Herbalife
  • Kajian sains di sebalik kejayaan : Doktor sains dan ahli nutrisi yang ternama di AS menjadi anggota Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Herbalife, untuk memastikan produk-produk Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh dicapai.
  • Keseimbangan alam semulajadi dan sains : Menggabungkan bahan-bahan semulajadi dengan teknologi sains membolehkan Herbalife mencipta suplemen harian perlu yang kaya dengan protein tambahan yang dialu-alukan untuk sebarang gaya hidup.
  • Bahan-bahan Herbalife : Hanya bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi yang paling tinggi kualitinya dari setiap pelosok dunia dimasukkan dalam produk-produk Herbalife.
  • Produk-produk yang mudah diguna dan dibawa ke mana-mana : Ini adalah produk-produk yang tepat untuk anda dan pelanggan-pelanggan anda, samada untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan berat atau seboleh-bolehnya menjadi sihat atau gembira.
Huwargghhh! 😭 Sekarang dah confius nak consume yang mana satu. Kuat rasa hati nie nak consume Shaklee ESP. Bukan apa, budget bulanan tak berapa besar. Kalau terlari budget, merana hari-hari sementara nak tunggu next gaji. Huhuhuu 😭😭😭

Actually, hari nie first day aku nak start diet. Gila laaa kan? Drastik aku nak mulakan diet nie. Kalau tak mampu, aku akan try tukar cara diet lagi. Nak kena latih diri sebelum Ramadhan. So, menu aku hari nie?

Disebabkan aku bekerja, aku masak pagi tadi sebelum pergi kerja. Breakfast nie nugget tiga biji *tak sempat goreng telur sebab dah lambat sangat*, lunch nanti ayam goreng dua ketul dan kangkung goreng. Weyy! Nak telan sayur hijau nie susah sebab aku tak makan sayur. Doakan aku biar cepat kurus. Nak muhasabah diri dan motivasi diri sendiri jap.

Haaa lupa nak story! Aku ada nak green tea boh dan lemon. Nak try detox jap. Aku harap tak ulang alik toilet banyak kali. Penat weyy kalau asyik ulang alik toilet je. Perut aku nie dah laa jenis sensitif macam mana. Pantang salah makan, buka booth lepak laa dalam toilet tu nanti 😭

Monday, 22 May 2017

Kekal Gemuk Atau Turunkan Berat Badan

May 22, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Masa macam nie baru nak update blog. Bukan apa, idea tengah melimpah ruah nie *rezeki*, baik aku update blog. Kalau lambat update, alamaknya hilang idea. Yang ada sifat malas yang amat tu je laa. Okay, let's go through with this merepek aku 😏

Pernah dengar beauty is pain? Pernah dengar tak? Mustahil tak pernah dengar, kan kan? Yang mana bergelar gadis, perempuan atau wanita nie, mustahil tak pernah dengar. Aku nie banyak betul masalah sekarang. Masalah dengan penampilanlaa. Sedihnya!

Siapa yang follow blog aku, mesti pernah terbaca kisah terbaru aku pasal Muka Breakout Disebabkan Tati Skincare dan Cosmoderm Atau Sebamed. Taktahulah apa nasib hidup aku. Mungkin aku nie tak bermotivasi diri sendiri. Hidup tak berdisiplin dengan betul 😭

Selain muka bermasalah, aku ada masalah lagi besar iaitu berbadan besar. Hahahahahaa besar weyy dah macam mak mak orang. Sampai orang selalu panggil aku 'kakak' walaupun aku nie baru 22 tahun dan orang yang panggil aku 'kakak' tu berumur 32 tahun. What theeeeeee 😑

Selepas aku buat upacara tilik diri sendiri depan cermin, aku rasa terbit sedikit rasa nekad dalam hati nie nak kurus. Nak kurus sebelum raya dan konvo. Sebab level confident makin menurun bila tengok bentuk tubuh sendiri. Apa yang rasa nak sangat buat, aku nak diet atkins.

Diet atkins zero carbohydrates. Masalahnya aku nie jenis tekak orang kampung yang takleh tinggalkan nasi langsung. Wajib makan nasi. So, teragak-agak nak beratkins. Ada readers aku nie yang sedang beratkins? Boleh kongsikan tak pengalaman korang?

Aku jadi nekad nak beratkins bila semalam ayah membebel pasal tubuh aku dah semakin gemuk sejak habis belajar. Yelaa, makan makin sedap je. Everyweek seafood, mana tak gemuk weyy! Seriously, aku nak kurus dan sihat. Aku nak pakai kebaya, nak pakai baju cantik-cantik. Dah taknak ada spare tyres 😭
❝ Eyqa, kuruslaa. Ayah takut tengok tubuh tu. Dah gemuk semacam je. Jangan sampai ada penyakit, susah nanti. Sekarang ayah ada, bolehlaa tolong hantar berubat. Kalau ayah tak ada nanti, macam mana ? ❞ - Ayah 😭😭😭

Sunday, 14 May 2017

Review : Tri-Pearl Eyecare

May 14, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Siapa sini ada masalah mata? Rabun? Silau? Ada tak ada tak? Kalau ada masalah macam tu, aku ada penyelesaiannya. InsyaAllah berkesan. Tapi jangan lupa tau! Pergi check mata untuk rawatan lanjut. Mata nie aset penting. Jangan tak jaga pulak.

Aku nie ada masalah mata sejak umur 14tahun. Tapi tak pakai cermin mata pun okay. Sebab bagi aku tak teruk sangat. Bila dah masuk belajar, baru laa rasa mata nie makin teruk. Dah semester empat baru check mata dan buat cermin mata. Power? 75 je. Silau tinggi sikit!

Bila dah masuk alam pekerjaan nie, belajar pakai lens pulak. Over kan? Disebabkan rasa macam terseksa je bila rabun nie, aku minum Tri-Pearl Eyecare nie. Ya ampun! Excited okay minum sebab tak sabar nak hidup tanpa cermin mata. Bebas! Pandangan tu unlimited.


Ramuan berkhasiat yang terdapat dalam tu ialah Lutein, Jus Oren, Madu, Lobak Merah, Tomato, Bilberry, Sunflower Seed dan Brokoli. Seriously sedap sangat rasa Tri-Pearl Eyecare nie. Banyak ramuan dalam satu botol. Siapa taknak hoii?

Kelebihan? Haruslaa ada kelebihan tersendiri. Tri-Pearl Eyecare merawat masalah-masalah mata seperti rabun jauh, rabun dekat, silau, mata merah dan eyebag. Haaa! Memang sesuai dengan aku yang super rabun nie. Siapa nak mata yang sihat dan cantik raya nanti sempat lagi minum nie.

Dibawah nie antara testimoni customer yang pernah cuba. InsyaAllah tak menyesal.



Ohh yaaa! Lupa nak bagitau. Cara nak minum Tri-Pearl Eyecare nie mudah je. Korang boleh minum dua kali sehari. Dua je okay! Pernah makan ubat antibiotik tak? Ubat tu tak boleh skip kan? Kena habiskan, bukan? Samalaa macam yang nie. Makan dengan konsisten. Baru hasilnya da'bomb!

Harga mampu milik nie RM60 (Sebotol)

Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak deal dengan orang dia, boleh contact:-

Facebook : Tri-Pearl Eyecare
Whatsapp : 013-3690717 (Encik Zul Saleh) 

Thursday, 11 May 2017

Cosmoderm Atau Sebamed

May 11, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
Alhamdulillah, lepas aku share pasal ' Muka Breakout Disebabkan Tati Skincare ' nie, ada yang bagi kata-kata semangat dan kongsi pendapat apa yang patut or tak patut guna. Di twitter pun ada jugak yang bagi cadangan. Terharu sis!

Sekarang aku tengah search lagi skincare kat drugstore or farmasi. Memang sekarang ada dua skincare yang menarik hati aku. Oh ya! Buat masa sekarang dan dah serik nak pakai skincare di mana-mana kedai kosmetik. Menjahanamkan muka je! Siapa yang pengasas skincare tu, tanggunglaa akibatnya sebab rosakkan kulit orang. Sakit hati aku! Dah tahu produk tu merbahaya, jangan jual. Kita nie semua beli sebab asyik promote dijamin selamat. Cehh!


Haaa nie laa dua pilihan yang aku ada sekarang. Taktahu nak pilih yang mana satu. Aku nak yang betul-betul sesuai dengan kulit muka aku. Sebab kulit aku jenis combination. Oily, berparut, kusam, berjerawat dan gelap gelita macam gerhana. Apa yang sesuai oii? Rasa hati nie nak guna cosmoderm je.

Siapa yang dah pernah guna cosmoderm? Macam mana korang punya feedback tu? Positive or negative? Jom kongsi korang punya feedback tu. Thank you in advanced.

Tuesday, 9 May 2017

Muka Breakout Disebabkan Tati Skincare

May 09, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Rajinkan diri nie untuk update blog walaupun busy macam apa je sekarang. Yelaa, tengah siapkan segala mak nenek designs untuk Buffet Ramadhan tak lama lagi. Aku taip entry nie taktahu ada yang baca ke tak. Takpelaa, at least jadi diary aku. Okay, stop mukadimah!

Haritu aku pakai Tati Skincare. Muka aku yang kusam gara-gara tersalah pakai local product Babies Blink jadi flawless. Parut pudar, jerawat tak ada, cerah yang berbeza. Sampai ramai yang tegur dan housemates aku cuba pakai Tati Skincare. Memang lawa oii!

Bila aku stop pakai, jerawat naik satu persatu. Besar besar okay! Lepas tu muncul jerawat pasir atas dahi. Kulit slowly bertukar gelap dan kusam sampai buruk je rasa. Masa tu hanya Allah swt je tahu level confident jatuh merundum sampai sekarang.

Tapi bulan lepas aku cuba beli Nano White di drugstore. Excited tu jangan cakaplaa. Siap terbayang-bayang muka dah cantik tak lama lagi. Bila guna Nano White tu, jerawat tak naik cepat sangat. Tapi muka jadi makin gelap dan kusam. Allahu! Sedihnya!

Sampai masa aku nak meeting dengan bos haritu, bos siap perli lagi tanya makan collagen ke. Sedih weyy masa sebab tahu laa muka aku terlampau teruk breakout. Masa standby sebab ada wedding kat resort, budak barista datang tegur aku depan-depan tanya kenapa makin gelap. Rasa nak menangis je masa tu.

So, aku ambil jalan terbaik! Aku dah set nak mulakan rawatan dari dalam. Hari nie first day aku consume supplements. Aku makan Virgin Coconut Oil (VCO) D'Aura dan Vitamin C Pahang Pharma. Keberkesanan taktahu lagi macam mana. Testimoni banyak yang cakap kulit makin okay. Skincare je taktahu nak guna apa. Ingat aku try Cosmoderm Vitamin E tu. Cuma sunblock taktahu nak try mana satu. Any suggestion?
❝ Doakan supaya kulit muka aku kembali pulih ya. Penat tau bila selfie, kena edit letak filter sebab malu nak upload gambar muka breakout! ❞