Wednesday, 28 June 2017

Salam Lebaran 1438H

Assalamualaikum

Selepas sebulan berpuasa, umat Islam dah sambut bulan Syawal yang mulia nie. Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah Ramadhan. Sahur puasa sahur puasa dah raya. Raya oii raya! Makan tak ingat dunia. Masa puasa turun 5kg, bila raya naik 15kg. Padan muka! Hahahahahahaa 😂😂😂

Jom spam gambar raya yang tak seberapa okay 😇 Hello! Ini masa si tembam nie bergambar dan posing acah acah model plus size. Hahahahahaaa.. Kisah pulak aku orang nak kata apa pun. Nie masa untuk aku enjoy!

Ayah, ma dan satu-satunya anak yang masih bujang 😂
Outfit of the day on 1st Syawal 1438H.

Outfit of the day for 2nd Syawal 1438H.

Outfit of the day for 3rd Syawal 1438H.

Maksu dan anak-anak saudara kesayangannya.
Maksu dan anak saudara kesayangannya.
Sahabat sejak kecil. Thank you tasya for coming..
Okay tu je laa.. Tak banyak update sebab busy. Sekarang letih sangat sebab hari nie buat open house. Alhamdulillah ramai yang datang. Aku busy bakar satay je. Nak bergambar pun tak sempat mana. Penat penat penat! Esok buat self-reward sikit. Nak layan wayang..

Wednesday, 21 June 2017

Iklan Raya 2017 Paling Sedih

Assalamualaikum
video
Iklan raya paling sedih *bagi aku* pada tahun 2017 nie. Aku tengok iklan nie memang aku menangis weyy! Serious talk, korang patut tengok iklan. Aku tengok iklan nie, terbit rasa insaf dalam hati. Jarang tau aku menangis macam potong bawang seguni 😭

Tahniah Pelaburan Mara kerana mencipta idea iklan sebegini. Walaupun ada manusia tweet tweet kenapa buat iklan sedih sedangkan aidilfitri kita patut raikan dengan gembira. Iklan sebegini kadang-kadang insafkan kita.

Dalam iklan nie, kita dapat lihat bagaimana hubungan sesebuah keluarga itu. Sedihkan bila makcik pakcik tak ambil peduli tentang kita. Sanggup nak hantar ke rumah kebajikan sedangkan anak-anak kecil itu baru sahaja menjadi anak yatim piatu sekelip mata. Nasib baik masih ada yang ada hati. Sanggup jaga! Sedihnya! 😭😭😭

Aku suruh HR tengok video nie semalam. Hari nie dia cakaplaa yang dia dah tengok video tu. Dia cerita kat aku sambil menangis weyy! Hati tisu betul mak buyung nie. Nak tergelak pun ada. Truly, video nie sangat menyentuh perasaan 😭😭😭 

❝ By the way, terima kasih iklan raya Tenaga Nasional Berhad kerana hiburkan hati aku dengan gelagat Aida tu 🤣 ❞

Tuesday, 20 June 2017

Baju Raya Tak Jadi

Assalamualaikum
Raya dah dekat tapi baju raya tak jadi. Apa perasaan kau kalau kena macam tu? 😭 Aku punya kecewa tu jangan cakap laa. Aku punya angan-angan nak bergaya di hari raya bukan main tinggi lagi. Sekali baju kau hancur weyy! Hati aku? Hancur jugak!

Ceritanya bila baju aku siap, aku tak ada rasa nak try baju tu. Yelaa mana tahu tiba-tiba baju tu terbesar ke, terkecil ke apa kan. Tapi langsung tak ada rasa nak try baju tu. Selepas seminggu baju tu siap, baru laa terbuka hati nie nak try baju raya tu.

Huwarrggghhhhh! 😭😭😭😭😭 Apa nak buat nie? Apa nak buat? Baju raya yang aku tempah baju kurung moden berkain jenis A-Line tapi kain tu jadi kembang serupa gaun. Apa kau rasa weyy? Apa kau rasa?! Menangis melalak aku tepi katil masa tu.

Boleh dikatakan baju tu jadi sangat buruk! Tak sesuai langsung dipanggil sebagai baju raya. Aku tak buat apa dah. Terus aku simpan baju raya tak jadi tu plastik dan campak dalam almari. Taknak tengok! Mood raya aku dah capai 95% merundum ke 5% je. 90% tu dah hilang bersama-sama baju buruk tu!

Menangis aku whatsapp Kak Ida cerita yang baju raya adiknya nie hancur. Siap hantar gambar lagi! Kakak ipar aku pun terkejut tengok baju aku. Tahu laa aku nie besar tapi janganlaa over sangat jahitkan baju aku tu 😭😭😭 

Terus suruh Kak Ida balik tunggu sebab nak ajak teman pilihan baju raya baru kat kedai. Bila Kak Ida balik je, terus aku pergi beli. Habiskan gaji macam tu. Sehelai pun RM200 weyy! Kering kejap gaji aku. Tak apa, demi raya! Bila dah beli dan try baju baru, mood raya aku over tau! Meningkat terus 200%! Hahahahahahaaaa tak sabar nak raya 😄😄😄😄😄

Checklist:-
✔  Baju Raya [Baju Kurung, Jubah, Blouse, Seluar]
✔  Kasut Raya [Sandal, Selipar]
✔  Shawl Raya [Maroon, Mustard and coming soon *ada lagi tak beli*]
✔  Tukar Duit Raya [RM1, RM5]
✔  Handbag Raya [Ini pilihan ma]
✔  Henna Raya [Baru pakai di jari. Lukis belum]
Bakal Suami [Belum berjumpa jodoh lagi]

Semusim Rindu Full Episode

Assalamualaikum
Sinopsis:-
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.

Saksikan drama Semusim Rindu setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di saluran Astro Prima dan Maya HD.

Hero Seorang Cinderella Full Episode

Assalamualaikum
Sinopsis:-
Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?

Thursday, 15 June 2017

Tips/Petua : Memilih Pekerjaan Dan Tempat Kerja

Assalamualaikum
Hari nie nak bagi tips yang berguna kepada semua yang ingin memilih kerja atau tempat kerja. Tidak kira sama ada fresh graduated atau yang ingin berhijrah ke company lain. Harap dapat membantu dan kalau ada tambahan, sila tinggalkan comments. Nanti aku update yang mana berguna..
1. Sesuai Dengan Kelayakan
Sebuah pekerjaan akan lebih mudah dan menyenangkan apabila anda bekerja di bidang yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Anda akan lebih menikmati dan merasa selesa dengan suasana kerja serta tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab anda di tempat kerja kerana kelayakan anda dapat dipraktikkan untuk menyelesaikan semua pekerjaan.

Namun, apabila anda memilih untuk bekerja di luar kelayakan atau 'lari bidang' dengan alasan tertentu, maka adalah sangat penting untuk memiliki tekad dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari hal-hal baru yang sesuai dengan proffesion yang anda pilih. Tidak salah jika 'lari bidang', asalkan anda mempunyai tanggungjawab untuk menghadapi risiko dalam bidang yang baru.

2. Gaji
Kebanyakan orang akan menjadikan gaji sebagai watak utama dalam memilih pekerjaan. Kerana itu ramai yang memilih bertahan di sebuah tempat kerja yang menawarkan gaji besar meskipun skop kerja yang tidak begitu selesa dan menyenangkan, atau mereka yang memilih bertukar kerja ke tempat kerja baru dengan alasan untuk mendapatkan gaji yang lebih besar.

Gaji merupakan faktor yang sangat penting dalam pekerjaan, oleh kerana itu selalu pertimbangkan secara matang dan tidak terburu-buru mengenai hal ini. Bila anda memutuskan untuk berhenti dan mencari pekerjaan, pastikan gaji yang didapatkan di tempat yang baru akan lebih baik dan sesuai dengan jumlah kos yang akan anda perlukan, contohnya duit minyak, tol dan sewaktu dengannya.

3. Prestasi Syarikat
Bekerja pada sebuah syarikat besar akan membuat anda memiliki sebuah kebanggaan dan prestasi tersendiri. Hal ini juga akan mempengaruhi kemudahan yang disediakan dan keselesaan yang anda akan dapat di syarikat tersebut kerana sebuah syarikat besar semestinya memiliki kemampuan lebih untuk menjaga kebajikan pekerja.

Anda juga akan mendapat banyak faedah berbanding syarikat lain sehingga anda tidak ingin bertukar tempat kerja lain. Anda akan kekal di syarikat itu!

4. Lokasi Tempat Kerja
Paling penting untuk dipertimbangkan kerana ini akan mempengaruhi emosi anda di tempat kerja setiap harinya. Bekerja di bandar besar dan tempat kerja yang lokasinya jauh dari tempat tinggal akan membuat anda harus menghabiskan banyak masa di atas jalanraya. Hal ini sangat merugikan dan membuang banyak masa berharga anda.

5. Pengalaman Yang Akan Anda Dapat
Walaupun syarikat tempat anda bekerja hanya sebuah syarikat kecil, anda tetap dapat manfaatnya sebagai tempat untuk belajar sementara dan sebagai batu loncatan untuk dapat menembus syarikat yang lebih besar di waktu yang akan datang.

TAMBAHAN : Tegakkan Integriti
Setiap orang akan menghadapi dugaan masing-masing dalam alam pekerjaan. Walaupun belum berada dalam pekerjaan atau jawatan yang sesuai dengan keinginan, memiliki integriti yang tinggi di setiap pekerjaan merupakan hal yang wajib dimiliki. Kerana setiap kali anda berada di luar zon selesa, akan selalu ada hal yang boleh dipelajari dan digunakan sebagai bekalan untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Dengan begitu, anda harus bersiap sedia dengan pengalaman yang cukup bekerja di tempat yang anda inginkan!
Credit to Cermati

Anak-Anak Ramadhan

Assalamualaikum

Siapa ingat lagi cerita legend bulan Ramadhan? Cerita yang ditunggu-tunggu setiap kali bulan Ramadhan. Cuma sekarang je dah tak nampak cerita nie ditayangkan di tv. Hello! Nie cerita paling banyak sambutan berbanding cerita lain okay!

Anak-Anak Ramadhan the legend! Sanggup aku download cerita sebab nak layan cerita nie. Nak harapkan tv tayangkan lagi entah bila. Asyik tayang cerita based on novel je. Mana syiokkk! Dah dah, jom layan cerita nie sementara boss tak ada dalam office 😅

Wednesday, 14 June 2017

Siapa Yang Menangis?

Assalamualaikum
Selepas update entry Rumah Sewa Puaka, gigihlaa aku nak story lagi satu cerita yang baru lagi aku terkena sebelum Ramadhan. Dalam awal bulan Mei aku terkena benda. Ya Allah, kenapa aku insan terpilih yang tidak bertuah untuk itu? 😭

Kali nie benda nie memang buat aku takut meremang habis weyy! Gila tak meremang kalau kena benda macam tu walaupun hanya dengar sahaja. Kalau aku tegur hari tu, taktahu laa apa yang akan terjadi. Nasib baik hari tu mulut aku nie dapat cover sebaik mungkin. Biasanya mulut aku berpuaka jugak suka tegur.

Kisahnya macam nie, pada hari Rabu bulan Mei tu, aku pergi rumah nenek aku untuk hantar periuk dan lemang. Aku, ayah dan dua orang anak saudara aku je yang pergi. Bila sampai rumah nenek, aku turun sensorang je sebab nak cepat. Bayangkan masa aku sampai rumah nenek petang hari sekitar pukul 6 petang tu, grill pintu terkunci tapi pintu rumah terbuka.

Aku pun assume laa maklong aku tinggal nenek yang sensorang kat rumah sebab nenek aku nie sakit. Katil nenek diruang tamu di tepi pintu utama rumah tu. Kiranya katil nenek nie belakang pintu bila pintu rumah dibuka. Tepi katil nenek tu ada tingkap yang menghadap beranda rumah.

Aku nie masa sampai intai-intai je laa dalam rumah sambil bagi salam. Bila tengok sunyi je, aku letak periuk dan lemang atas kerusi tepi pintu luar tu. Masa aku letak periuk, aku dengar suara nenek menangis mendayu-dayu je kat tepi tingkap katil dia. Sangat mendayu weyy! Aku pun terdetik dalam hati taknak tegur sebab nanti nenek suruh aku teman dia sampai maklong balik. Hahahahahahaa cucu derhaka betul 😅

Aku pun terus blah sebab malas nenek tahu aku datang. Masa tu tak ada apa-apa yang berlaku pun. Selepas seminggu, aku pun pergi rumah maksu sebab nak ambil bubur pulut hitam. Bila sampai rumah maksu, maksu ajak aku borak-borak sebab dah lama aku pergi rumah dia sejak aku kerja. Busy je memanjang 😇

Entah macam mana, aku cerita pasal dengar nenek menangis dan aku blah sebab taknak nenek tahu yang aku datang. Terus maksu aku terkejut! Maksu cakap nenek mana ada kat rumah hari tu. Nenek pergi rumah nenek saudara aku. Malam baru nenek rumah. Rumah tu memang kosong masa tu sebab tu maklong kunci macam tu je rumah.

What?! Siapa yang menangis weyy? Selepas maksu aku cakap macam tu, automatik aku meremang teruk. Sampai aku tak bagi ma ayah tinggal aku sensorang kat rumah 😅 Sebab aku dengar sebijik suara nenek aku menangis mendayu-dayu tepi tingkap. Balik rumah terus aku cerita ma ayah. Dorang ingat aku tahu nenek tak ada kat rumah tapi dorang taktahu yang aku dengar suara nenek tu.

Terus rasa serik jadi cucu derhaka. Hahahahahahaaa baru sekejap niat taknak layan nenek, terus dengar suara nenek menangis macam tu. Nasib baik sekarang dah bulan Ramadhan, tak ada laa takut sangat 😓😓😓

Sunday, 11 June 2017

Rumah Sewa Puaka

Assalamualaikum
Maybe ada yang pernah baca dan mungkin tak baca entry aku update tahun lepas berkenaan Hantu Atau Ilusi. Alaa kisah rumah sewa aku masa zaman belajar 😑 Hari baru teringat nak update lagi pasal rumah sewa tu walaupun dah berbulan-bulan aku habis belajar 😉

Selepas aku dengan housemates di "usik" oleh benda tak berapa nak bertuah tu. Kami sekali lagi diusik pada siang hari okay! Masa tu waktu lunch dan kami makan kat ruang tamu sambil borak-borak. Tetiba aku tercerita kisah hantu serata Malaysia nie laa. Aku kan pembaca tegar Fiksyen Shasha.

Bayangkan masa tu pintu bilik L1 dan L2 memang tertutup tapi secara tiba tiba pintu bilik tu macam dihempas dengan kuat. Gedegang! Kami semua terus pandang sesama sendiri dan pandang kedua-dua pintu bilik tu. Aikk! Pintu memang tertutup tapi kenapa bunyi? 😓

Lepas bunyi yang pertama, aku sambung bercerita lagi *dasar degil*. Tak sampai lima minit, sekali lagi pintu kedengaran dihempas dengan kuat. Weyy! Pintu tu memang tertutup kot 😭 Apa nie main pintu siang hari? Kau ingat kami semua nie Ahmad Albab ke? 😞

Pernah jugak time maghrib, aku tengah siap bahan-bahan nak masak kat dapur. Aku sensorang je kat dapur sambil potong bawang dan housemates tengah layan cerita Tundukkan Playboy Itu. Kaki aku tak reti duduk diam. Sambil potong bawang, aku letak kaki aku atas kekuda kabinet bawah. Entah tiba-tiba ada tangan dari kabinet dalam sentuh kaki aku. Menjerit weyy time maghrib!

Tangan siapa? Takkan housemates aku cerdik pandai nak duduk dalam kabinet yang super gelap, panas dan bersepah tu. Memang rasa macam taubat je taknak letak dah kaki kat situ 😭 Sampai sekarang macam dapat rasa lagi "tangan" yang sentuh kaki aku tu.

Sejujurnya, memang rumah sewa tu berpuaka. Masa aku semester akhir lagi beberapa nak habis, jiran depan dah lari dari rumah sebab kena usik teruk sangat. Tapi bukan rumah je berpuaka, penghuni rumah-rumah sewa dalam pagar tu semua berpuaka. Gelak tak ingat tak kira waktu 😚 Hahahahahaa dah habis dah pasal rumah sewa. Nextime aku story lagi pasal satu lagi kena usik waktu petang.

Thursday, 8 June 2017

Ku Kirim Cinta Full Episode

Assalamualaikum
Sinopsis:-
Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air.

Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa.

Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Andainya Takdir Full Episode

Assalamualaikum
Sinopsis:-
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

Resepi : Keropok Lekor Bakar

Assalamualaikum
Hari nie rajin update sikit sebab tengahari nanti aku tidur. Mengantuk mata hoyy! Masuk office kena check email lagi, social media official yang resort and semak apa-apa yang patut. Memang mengantuk mata nie mengalahkan orang tak tidur seminggu 😂

Okay, resepi hari nie ialah keropok lekor bakar. Dengar nama pun dah terbayang keropok lekor bakar tu kan? Jangan terbayang cendol bakar pulak. Keropok nie aku bakar betul. Bila fikir balik, nie kali kedua aku buat keropok bakar. Kali pertama masa ramadhan tahun 2014. Hahahahahaaa after three year, aku buat lagi.

Resepi Keropok Lekor Bakar by Eyqa Hasnan

Bahan-bahan

1. Keropok lekor
2. Minyak masak
3. Handphone

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas
2. Masukkan keropok lekor yang dah sudah dipotong ke dalam kuali
3. Main handphone sambil scroll newfeeds facebook, chatroom whatsapp group, scroll timeline twitter
4. Angkat keropok yang sudah rentung terbakar setelah puas bermain handphone
5. Hidangkan bersama-sama sos

Selamat Mencuba
Lihatlaa dunia! Inilaa hasil keropok lekor rentung terbakar 😂 Hahahahahaaa buat kerja tak pernah nak elok. Kononnya nak hidangkan untuk ayah bila dia balik solat terawih, sekali rentung. Eh ehh! Bagi yang nak mencuba, silakan. Nanti share hasilnya tau! 😋

Wednesday, 7 June 2017

Ganjaran Aku Bersedekah

Assalamualaikum
Pernah dengar " tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima " dan " tangan di atas beli baik daripada tangan yang berada di bawah "? Haaa amaran! Entry nie tidak ada bermaksud riak atau takbur ya. Kang ada yang salah anggap, aku cepuk kang!

Aku selalu dengar ayat tu. Sedekah sedekah sedekah.. Aku nie punya laa kedekut nak bersedekah dulu. Bagi aku, duit aku akan habis kalau bersedekah nanti. Tak cukup nak beli apa-apa kalau bersedekah. Jahilnya aku! 😭

Sampai laa satu masa tu, Allah swt bukakan mata aku tentang sedekah. Masa tu aku baru habis belajar dan tengah cari kerja. Dah hantar resume kat banyak tempat. Selalu berdoa agar dapat kerja. Ada hari tu, aku tengah makan tengahari kat dapur. Datanglaa kucing mengiau depan pintu dapur. Entah kenapa aku rajin nak bagi kucing tu makan sedangkan sebelum nie aku malas. Huhuhuu 😑

Masa aku hulur kucing tu makan, aku bercakap dengan kucing. Serius weyy! Aku cakap nie kat kucing tu " Doakan aku dapat kerja ya ". Mungkin Allah swt menghantar kucing nie untuk uji aku sama ada aku akan bersedekah atau tak. Start hari tu, aku selalu cakap macam tu kalau kucing tu datang minta makanan.

Ditakdirkan aku dapat panggilan interview dan dapat kerja. Aku percaya tu kerja Allah swt. Aku dapat kerana aku bersedekah dan membantu insan lain walaupun binatang. Doa seekor kucing! Percayalah.

Nie bila aku dah kerja, aku rasa gaji aku tak cukup. Yelaa, gaji kecil je tapi bayar kereta, ptptn and more, habislaa. Kadang-kadang sampai taktahu aku spend duit aku kat mana je. Sekali lagi aku diuji! Aku selalu terserempak dengan orang-orang mintak sedekah. Aku ajar diri aku untuk bersedekah. Ajar diri aku biar tangan aku berada diatas.

Alhamdulillah, dengan perlahan-lahan aku rasa gaji aku cukup. Walaupun dah banyak aku berbelanja, gaji aku masih cukup aku survives sampai next gaji. Tengok! Jangan kedekut. Takkan papa/muflis seseorang itu kalau bersedekah. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku.