Wednesday, 7 June 2017

Ganjaran Aku Bersedekah

Assalamualaikum
Pernah dengar " tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima " dan " tangan di atas beli baik daripada tangan yang berada di bawah "? Haaa amaran! Entry nie tidak ada bermaksud riak atau takbur ya. Kang ada yang salah anggap, aku cepuk kang!

Aku selalu dengar ayat tu. Sedekah sedekah sedekah.. Aku nie punya laa kedekut nak bersedekah dulu. Bagi aku, duit aku akan habis kalau bersedekah nanti. Tak cukup nak beli apa-apa kalau bersedekah. Jahilnya aku! 😭

Sampai laa satu masa tu, Allah swt bukakan mata aku tentang sedekah. Masa tu aku baru habis belajar dan tengah cari kerja. Dah hantar resume kat banyak tempat. Selalu berdoa agar dapat kerja. Ada hari tu, aku tengah makan tengahari kat dapur. Datanglaa kucing mengiau depan pintu dapur. Entah kenapa aku rajin nak bagi kucing tu makan sedangkan sebelum nie aku malas. Huhuhuu 😑

Masa aku hulur kucing tu makan, aku bercakap dengan kucing. Serius weyy! Aku cakap nie kat kucing tu " Doakan aku dapat kerja ya ". Mungkin Allah swt menghantar kucing nie untuk uji aku sama ada aku akan bersedekah atau tak. Start hari tu, aku selalu cakap macam tu kalau kucing tu datang minta makanan.

Ditakdirkan aku dapat panggilan interview dan dapat kerja. Aku percaya tu kerja Allah swt. Aku dapat kerana aku bersedekah dan membantu insan lain walaupun binatang. Doa seekor kucing! Percayalah.

Nie bila aku dah kerja, aku rasa gaji aku tak cukup. Yelaa, gaji kecil je tapi bayar kereta, ptptn and more, habislaa. Kadang-kadang sampai taktahu aku spend duit aku kat mana je. Sekali lagi aku diuji! Aku selalu terserempak dengan orang-orang mintak sedekah. Aku ajar diri aku untuk bersedekah. Ajar diri aku biar tangan aku berada diatas.

Alhamdulillah, dengan perlahan-lahan aku rasa gaji aku cukup. Walaupun dah banyak aku berbelanja, gaji aku masih cukup aku survives sampai next gaji. Tengok! Jangan kedekut. Takkan papa/muflis seseorang itu kalau bersedekah. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku.

11 comments:

  1. Betul eyqa.. The power of sedekah yg ramai buat2 tak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess :( Terasa jahil bila dah tua baru sedar.

      Delete
  2. Betul. Mr D pun selalu pesan dengan Migha, jangan pernah merasa susah atau duit berkurang bila bersedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, harap lepas nie tak terlupa dah untuk selalu bersedekah.

      Delete
  3. nikmat dan rahmat sedekah bila kita ikhlas memberi tu is priceless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cuma kita sedar atau tidak je

      Delete
  4. betul tu eyqa, IQ pun rasa macam tu, dua bulan lepas rasa macam tak cukup je gaji, bulan ni lain plak rasa, rajin2 bersedekah...Allah akan cukupkan rezeki kita. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Alhamdulillah rasa cukup je gaji. InsyaAllah :)

      Delete
  5. duit yang kita bersedekah adalah betul-betul duit milik kita. yang bayar2 untuk expences & even simpanan, bukan duit kita.

    ReplyDelete