Rumah Sewa Puaka

June 11, 2017

Assalamualaikum
Maybe ada yang pernah baca dan mungkin tak baca entry aku update tahun lepas berkenaan Hantu Atau Ilusi. Alaa kisah rumah sewa aku masa zaman belajar 😑 Hari baru teringat nak update lagi pasal rumah sewa tu walaupun dah berbulan-bulan aku habis belajar 😉

Selepas aku dengan housemates di "usik" oleh benda tak berapa nak bertuah tu. Kami sekali lagi diusik pada siang hari okay! Masa tu waktu lunch dan kami makan kat ruang tamu sambil borak-borak. Tetiba aku tercerita kisah hantu serata Malaysia nie laa. Aku kan pembaca tegar Fiksyen Shasha.

Bayangkan masa tu pintu bilik L1 dan L2 memang tertutup tapi secara tiba tiba pintu bilik tu macam dihempas dengan kuat. Gedegang! Kami semua terus pandang sesama sendiri dan pandang kedua-dua pintu bilik tu. Aikk! Pintu memang tertutup tapi kenapa bunyi? 😓

Lepas bunyi yang pertama, aku sambung bercerita lagi *dasar degil*. Tak sampai lima minit, sekali lagi pintu kedengaran dihempas dengan kuat. Weyy! Pintu tu memang tertutup kot 😭 Apa nie main pintu siang hari? Kau ingat kami semua nie Ahmad Albab ke? 😞

Pernah jugak time maghrib, aku tengah siap bahan-bahan nak masak kat dapur. Aku sensorang je kat dapur sambil potong bawang dan housemates tengah layan cerita Tundukkan Playboy Itu. Kaki aku tak reti duduk diam. Sambil potong bawang, aku letak kaki aku atas kekuda kabinet bawah. Entah tiba-tiba ada tangan dari kabinet dalam sentuh kaki aku. Menjerit weyy time maghrib!

Tangan siapa? Takkan housemates aku cerdik pandai nak duduk dalam kabinet yang super gelap, panas dan bersepah tu. Memang rasa macam taubat je taknak letak dah kaki kat situ 😭 Sampai sekarang macam dapat rasa lagi "tangan" yang sentuh kaki aku tu.

Sejujurnya, memang rumah sewa tu berpuaka. Masa aku semester akhir lagi beberapa nak habis, jiran depan dah lari dari rumah sebab kena usik teruk sangat. Tapi bukan rumah je berpuaka, penghuni rumah-rumah sewa dalam pagar tu semua berpuaka. Gelak tak ingat tak kira waktu 😚 Hahahahahaa dah habis dah pasal rumah sewa. Nextime aku story lagi pasal satu lagi kena usik waktu petang.

You Might Also Like

10 comments

  1. Baca entry ni terasa plk kaki kena sentuh ni haaa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa jangan macam-macam bulan puasa nie

      Delete
  2. Hahahaha seramnyaaa! Cant imagine if i be you. Rasa nak sawan pun ada. Tu baru usik dengar dengar je. Kalau dia munculkan diri depan kita, ya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa pernah muncul tapi jarak jauh. Kalau depan depan, mahunya berterabut lari :D

      Delete
  3. sambung..sambung..nak baca lagi...hehe. Miera suka baca cite hantu. tp sebenarnya penakut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa kena cari mood dulu :D Hahahahahaaa

      Delete
  4. Berani jugak ye? Akak ni takut-takut jugak, tapi minat kisah-kisah mistik cenggini.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat-buat berani sebab jauh dari parents. Hahahahaa tapi tahan rasa takut tu lama jugak laa. Bila malam je, takut lain macam. Kisah mistik memang best akak oi..

      Delete