Drilling Gigi Geraham

July 16, 2017

Assalamualaikum
Hari nie nak bercerita pasal gigi. Tak pernah-pernah bercerita pasal gigi, tetiba hari nie nak bercerita. Maklumlaa, nie pengalaman ngeri aku bila dah dewasa. Ngeri? Ngeri sikit je pun. Bukan ngeri sampai trauma teruk.

Pada 06072017 haritu, gigi geraham aku yang hujung sekali terserpih. Bukan geraham bongsu ya sebab geraham bongsu aku belum tumbuh. Masa terserpih tu aku baru lepas lunch. On the way masuk office, aku rasa lain macam je gigi aku. Main usik-usik gigi tu guna lidah. Tajam weyy! Bila aku try acah-acah kunyah, terus terserpih.

Bila tengok, geraham hujung tu terserpih. Memang rasa tak selesa. Lidah nie rasa nak usik je selalu gigi tu. Bila balik tu, terus aku check lebih detail depan cermin sensorang. Sah! Gigi dah hodoh jadinya. Nasib baik geraham. Tapi selepas seminggu, jadi sakit pulak. Pipi bahagian dalam pun terkena tempiasnya. Luka sebab tajam sangat gigi tu.

So, pagi tadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan pergigian disini. Ramai oii! Sejam tunggu giliran. Bila masuk je, doktor check cakap kecil je serpihan tu tak ada tapi pipi nampak luka. Doktor cakap nak drilled. Aku okay kan je laa sebab taktahan sakit pipi tu.

Doktor tu pass card aku kepada doktor kedua. Bila doktor kedua tu check, dia cakaplaa nak drilled sikit. SIKIT okay SIKIT! Aku pun senyum je laa sambil buka mulut nie luas-luas. Bila doktor drilled, aku tak reti diam. Menggeliat aku atas bed tu. Dia rasa kebas lain macam gigi aku. Kaki pun tak reti duduk diam. Masa tu terus terdetik dalam hati " Apakah ini takdir hidupku hari ini " šŸ˜­

Klimaks drilled gigi nie tadi bila terkena pipi aku bahagian dalam tu. Darah! Doktor terus suruh aku bangun terkumur. Dia cakap sebab geraham tu hujung sangat dan sempit, sebab terkena pipi. Banyak kapas doktor guna untuk hentikan darah aku. Datang doktor lain untuk bantu doktor tu.

Lepas darah berhenti je, terus doktor sambung drilled gigi tu. Selepas hampir 45minit dalam bilik tu, akhirnya siap! Bahagianya rasa bila gigi dah okay. Memang ngeri bagi bila tengah sakit sebab kena drilled, tiba-tiba terdrilled aku punya pipi. Nasib baik sikit je luka walaupun berdarah banyak.

So, lunch kali nie kena makan bubur laa ceritanya šŸ˜µšŸ˜µšŸ˜µ Sebelum masuk office, pergi ke McDonald's beli bubur ayam. Sebagai langkah berjaga-jaga je kalau aku tak boleh nak kunyah nasi. Sampai sekarang masih rasa kebas di gusi dan sakit di pipi šŸ˜¢ Tengah taip entry, masih berbau-bau hangit tengah drilled. Hahahahahahahaaa

Permohonan Keluarga Generasi TTB Perkahwinan Perdana Tahun 2017

July 12, 2017

Assalamualaikum

Syarat-syarat Permohonan
 
1. Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung)
2. Pemohon dan pasangan berumur 18 – 35 tahun.
3. Perkahwinan adalah kali pertama.
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000.00 ke bawah.
6. Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.
7. Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
8. Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000.00 bagi setiap pasangan pengantin  sebagai komitmen penyertaan.
10. Pemohon dan pasangan  bersetuju untuk bernikah pada 16 September, 2017 (Sabtu)  dan  majlis  akad nikah beramai-ramai  akan diuruskan  oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
11. Permohonan  yang  layak  akan dipanggil ke sesi  temuduga pemilihan.
12. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel  Jawatankuasa  Pemilih  yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan,  maka permohonan tuan/puan dianggap  tidak  berjaya.
 
PENTING! Download borang permohonan disini sekarang [BORANG]

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum/pada 16 JULAI 2017 ke Ibu Pejabat YPKT atau di Pejabat YPK Kawasan. Penyertaan adalah terhad.

Tips/Petua : Hilang Jerawat Dan Parut Dengan Mudah

July 11, 2017

Assalamualaikum
Hari nie nak shared tips untuk hilangan jerawat dan parut dengan mudah. Mudah bukan bermaksud dalam masa 24jam akan hilang tetapi mudah untuk kita dapatkan dan guna. Tak leceh pun! Jangan salah faham. Lagipun, aku baru nak masuk tiga bulan kalau tak silap guna produk nie. Bukan local product yang penyebab kulit aku jadi breakout teruk.

St.Ives! Aku guna untuk scrub muka aku yang berjerawat dan berparut nie. Serious talk, selepas aku scrub memang kulit rasa smooth je. Caranya picit je 2cm ke tapak tangan dan sapu ke muka. Buat urutan yang korang suka. PENTING! Sental sikit celah-celah hidung tu. Jerawat suka membiak disitu. Dan selepas puas buat urutan free tu, bolehlaa cuci ya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu!


Paling famous pada abad kali ini! Cetaphil! Okay, please take note ya. Cuci muka guna cetaphil nie selepas buat urutan scrub free tu. Dah scrub tu, kena laa guna cleanser yang macam nie. PENTING! Cetaphil nie tidak berbuih. Jangan ingat expired pulak! Cetaphil nie ada untuk oily skin. Guna sikit pun dah okay. Lepas tu cuci ya.


Selepas scrub dan cuci, aku guna toner Ginvera Marvel White. Super best toner nie! Lepas je spray dimuka, perghh! Fresh weyy! Tak rugi pun kalau cuba. Toner nie ada extract green tea. So, bau tu memang best. PENTING! Toner nie boleh spray terus ke muka dan ratakan dengan kapas atau spray ke kapas dan ratakan ke muka.


Selepas pakai toner, aku sapu nipis moisturizer Organic Aid Vitamin E 1000I.U. Moisturizer nie sangat sesuai untuk hilangkan parut-parut degil. PENTING! Kalau parut teruk sangat, boleh dapat yang 4000I.U.

Bagi yang jerawat masih kembang mekar, jangan pakai toner atau moisturizer sebelum tidur. Selepas scrub dan cuci, just perlu dab dab je Dalacin T. PENTING! Hanya dab dab di jerawat yang kembang mekar tu. Dalacin T nie antibiotik tau. Jangan suka hati nak dab dab merata tempat.

Garnier Make Up Remover. Jangan selepas seharian muka ditempek dengan make up, just scrub dan cuci je. PENTING! Tolong pakai make up remover nie. Buang segala jenis bahan terlarang di kulit muka. Selepas itu, baru scrub dan cuci.

Ini hanyalah tips/petua yang berkesan pada kulit aku. Dan ini semua boleh dapatkan di Watson atau Guardian berdekatan. Harga semua mampu milik mampu dapat. Jangan risau! InsyaAllah bukan seperti local product yang jahanamkan kulit aku.

Kenapa Aku Berpengalaman

July 10, 2017

Assalamualaikum
Bila bercakap tentang pengalaman, aku ada pelbagai pengalaman. Sama ada negatif atau positif. Aku suka berkawan dan memerhati untuk aku kutip pengalaman. Nak cari pengalaman based on travel, I'm not! Aku bukan travel blogger atau orangyang suka melancong. Tapi aku dapat timba pengalaman menggunakan cara yang lain šŸ˜€

Bila bercakap pasal baby atau kanak-kanak, aku ada lima orang anak saudara tapi dah masuk enam tak lama lagi. Aku jaga dua orang sejak dorang lahir. Memang dorang duduk dengan parents aku sampai sekarang.  Parents dorang bekerja di KL dan tak berani nak hantar pengasuh. So, memang parents aku jaga. Jadi, aku ada pengalaman jaga budak-budak kecil nie. Aku tahu susu apa, kalau demam nak buat apa, cara jaga ke apa memang aku tahu. Dah macam ibu tunggal okay šŸ˜‚

Selepas aku habis SPM, aku bekerja sebagai pembantu klinik. Aku kerja di klinik yang lakukan injection, pembedahan kecil dan pelbagai. Aku jugak bantu doktor untuk jahit luka-luka di anggota badan pesakit, tolong doktor dressing luka, inject bontot, pembedahan kecil buang ketuat dan benda-benda yang menggelikan bagi sesiapa yang jenis penggeli.

Sebab tu bila orang cakap pasal dressing luka, ubat-ubatan, simpton demam atau jenis penyakit tiga serangkai, boleh dikatakan aku tahu. Walaupun enam bulan je aku bekerja sebelum sambung belajar, banyak pengalaman yang aku dapat. Kenapa? Kerana aku bekerja bukan sekadar kerja. Setiap minit aku bekerja itu adalah pengalaman. Tak kira sama ada manis atau pahit. Banyak ilmu perubatan yang aku dapat timba. Alhamdulillah, kenangan berharga!

Semasa sambung belajar, aku berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Jenis muka bertalam, loyang ke acuan semua aku berkawan. Aku mudah berkawan sebab aku mudah sesuaikan diri dengan sesuatu tempat. Bila aku belajar, aku dapat classmates yang ada penyakit Autisme. Disitu aku dapat pengalaman lain. Pengalaman bagaimana nak sesuaikan diri dengan orang autisme. Ditakdirkan pulak aku sebilik dengan dia, diamanahkan oleh ibu bapa dia untuk jaga anaknya yang autisme.

Ya, itulah pengalaman aku. Disitu Allah swt menguji aku punya kesabaran, kejujuran aku untuk menjaga insan yang diamanahkan. Nampak mudah tapi berat ujian tu bagi orang yang tak berapa tebal kesabaran aku nie. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan aku walaupun kadang-kadang aku termarah dan terbuli budak tu. Opss! Bukan buli guna seterika ya tapi buli macam tolong pergi beli makanan je. Hahahahahaa jahatnya aku!

Bila dah semester empat, aku praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun (PPD). Pengalaman terus bertambah disini. Walaupun aku praktikal sebagai budak IT, aku ada tolong kakak-kakak pembantu tadbir. So, aku fahamlaa jugak skop kerja pentadbiran. Dalam tempoh aku praktikal, aku pergi kursus dua kali. Kursus pertama tu yang prasekolah. 

Jadi, sepanjang aku kursus tu, aku serap sebanyak mungkin ilmu linus *sila google apa itu linus prasekolah*.
Aku praktikkan cara itu untuk ajar anak-anak saudara aku. Alhamdulillah, menjadi tapi kena banyakkan bersabar. Biasalaa ajar budak-budak. Kursus kedua tu berkaitan penolong kanan sekolah. Haaa! Ilmu yang aku serap banyak! Cara pentadbiran sekolah, cara atasi masalah pelajar sekolah, cara didikan terbaik untuk pelajar sehingga cemerlang dan banyak lagi.

Semasa aku praktikal aku banyak mengetahui tentang pentadbiran sesebuah sekolah. Macam mana susahnya seorang cikgu nak mendidik pelajar sehingga berjaya. Masalah pelajar yang dimanja oleh ibu bapa sehingga tidak boleh dijentik, masalah ibu bapa yang letakkan 100% diatas bahu cikgu dan macam-macam lagi.

Dan sekarang aku tengah menimba ilmu di tempat kerja aku sendiri. Macam mana aku yang telah lari sub-course nie. Belajar IT (Networking) tapi bekerja dalam IT (Designing). Kau rasa? Hahahaha.. Trust me! Inilah cara aku timba pengalaman walaupun aku tidak travel satu dunia. Alhamdulillah, pengalaman tu mendewasakan aku. InsyaAllah, pelbagai pengalaman pahit dan manis masih menanti.

❝ Kadang-kadang bila bercakap, aku suka kongsi! Tapi aku risau bila aku cerita, orang tak percaya. Yelaa, nanti orang fikir acah-acah tahu sedangkan itu pengalaman aku ada. ❞

Dah Ada Domain Sendiri

July 08, 2017

Assalamualaikum
Baru ada kesempatan nak update. Skop kerja disini makin bertambah, masa semakin sikit untuk aku rehatkan sementara tunggu waktu balik. Niat nak update setiap hari tu memang ada tapi faham-faham laa, mampu taip tajuk entry je lepas tu draftkan. Isinya masih kosong. Masuk office awal sikit baru dapat update.

Perasan tak sesiapa yang masuk blog aku sekarang? Perasan tak perasan tak? Eh ehh! Blog nie ada domain sendiri. Yeayyy! Dulu guna blogspot.com je. Sekarang dah tukar. Dah lama niat nak guna domain tapi dulu macam tak serius berblog. Berbulan-bulan tak update! Sekarang dah rajin sikit update walaupun jarak waktu update tu jauh.

Terima kasih kepada blogger Hafiz Rahim sebab tolong settle kan domain nie. Hahahahaa gigih aku whatsapp dia cakap nak beli domain. Semuanya dia tolong sampai laa domain nie aktif! So, aku harap aku makin rajin laa update blog šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

❝ Rasa makin cantik blog bila guna domain walaupun isi dalam blog macam šŸ’©šŸ’©šŸ’©Hahahahahaaa overnya!!! šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ ❞

Encik Suami Mat Salih Celup Full Episode

July 02, 2017

Assalamualaikum

Sinopsis:-
Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal  pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim , Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora.  Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus.

Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya. Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua Iman meminta Iman 'memelayukan' Ian yang selama ini membesar di luar negara.

Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.

Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali. Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama.

Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman . Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana untuk membuat persediaan perkahwinan mereka.

Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang menggunung  telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua.
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 01
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 02
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 03
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 04
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 05
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 06
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 07
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 08
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 09
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 10
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 11
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 12
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 13
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 14
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 15
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 16
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 17
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 18
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 19
  • Encik Suami Mat Salih Celup Episode 20

Mencari Atau Dicari

July 01, 2017

Assalamualaikum
Apa kegunaan PM kita? Apa? Eh ehh.. Jangan salah faham tau! PM kali nie bukan Perdana Menteri tetapi private messages. Kang ada yang salah faham, tak sia-sia aku kena check in hotel bertaraf besi. Bukan boleh pakai sangat netizen sekarang. Asyik salah faham je lepas tu bash tak tentu pasal. K k sorry!

Okay, jom kita mulakan topik kita hari nie berkaitan private messages. Aku update entry nie sebab dah menyampah dengan segelintir makhluk Allah swt yang malas berusaha. Asyik tunggu disuap je. Nasib baik dia tunggu disuap je, kalau dikunyah? Aku bagi terajang 7 petala langit dan bumi šŸ˜”

Sepanjang aku bekerja disini dan aktif media social, aku selalu lihat hamba Allah swt posting status mencari kerja kosong. Aku faham dia nak mencari rezeki yang halal. Aku tidak menafikan! Tapi apa yang korang rasa kalau dah ada yang nak tolong dia untuk kerja tu tapi eh ehh boleh pulak dia reply comment "PM".

Tak ke menyirap?! Orang dah nak tolong tapi dia suruh orang tu pulak private messages. Persoalan aku sekarang. Siapa yang nak siapa? Cuba jawab! Jawab! Usaha mana usaha? Yang paling tak tahan kalau dia posting status, dia siap tinggalkan nombor telefon. Dengan ayat "TOLONG WHATSAPP/CALL JIKA ADA KERJA KOSONG".

MasyaAllah! Siapa yang nak kerja nie? Pemberi atau penerima? Jawab! Aku memang selalu terkena macam nie. Aku post jawatan kosong dalam group di whatsapp mahupun media social. Elok aku tinggalkan sekali dengan nombor telefon tapi apa yang aku dapat bila orang comments? "Kakak, tolong whatsapp nombor nie", "Adik, PM kejap".

Hehh! Aku dah tolong nie. Korang cuma tolong usaha call dan hantar resume je. For more information, call je nombor tu. Apa yang susah sangat? Kalau mencari kerja pun kau malas berusaha, kau jangan impikan kau nak pegang jawatan itu. Usaha dan naik tangga untuk berjaya!

❝ Maaf, aku dah terlalu menyirap dengan 'melayu' yang berperangai sebegitu. Kenapa melayu? Sebab semua yang reply macam tu adalah melayu! Bila kita nak maju kalau kita malas? Jangan jawab tapi fikir. ❞