Assalamualaikum
Hari nie nak bercerita pasal gigi. Tak pernah-pernah bercerita pasal gigi, tetiba hari nie nak bercerita. Maklumlaa, nie pengalaman ngeri aku bila dah dewasa. Ngeri? Ngeri sikit je pun. Bukan ngeri sampai trauma teruk.

Pada 06072017 haritu, gigi geraham aku yang hujung sekali terserpih. Bukan geraham bongsu ya sebab geraham bongsu aku belum tumbuh. Masa terserpih tu aku baru lepas lunch. On the way masuk office, aku rasa lain macam je gigi aku. Main usik-usik gigi tu guna lidah. Tajam weyy! Bila aku try acah-acah kunyah, terus terserpih.

Bila tengok, geraham hujung tu terserpih. Memang rasa tak selesa. Lidah nie rasa nak usik je selalu gigi tu. Bila balik tu, terus aku check lebih detail depan cermin sensorang. Sah! Gigi dah hodoh jadinya. Nasib baik geraham. Tapi selepas seminggu, jadi sakit pulak. Pipi bahagian dalam pun terkena tempiasnya. Luka sebab tajam sangat gigi tu.

So, pagi tadi aku buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan pergigian disini. Ramai oii! Sejam tunggu giliran. Bila masuk je, doktor check cakap kecil je serpihan tu tak ada tapi pipi nampak luka. Doktor cakap nak drilled. Aku okay kan je laa sebab taktahan sakit pipi tu.

Doktor tu pass card aku kepada doktor kedua. Bila doktor kedua tu check, dia cakaplaa nak drilled sikit. SIKIT okay SIKIT! Aku pun senyum je laa sambil buka mulut nie luas-luas. Bila doktor drilled, aku tak reti diam. Menggeliat aku atas bed tu. Dia rasa kebas lain macam gigi aku. Kaki pun tak reti duduk diam. Masa tu terus terdetik dalam hati " Apakah ini takdir hidupku hari ini " 😭

Klimaks drilled gigi nie tadi bila terkena pipi aku bahagian dalam tu. Darah! Doktor terus suruh aku bangun terkumur. Dia cakap sebab geraham tu hujung sangat dan sempit, sebab terkena pipi. Banyak kapas doktor guna untuk hentikan darah aku. Datang doktor lain untuk bantu doktor tu.

Lepas darah berhenti je, terus doktor sambung drilled gigi tu. Selepas hampir 45minit dalam bilik tu, akhirnya siap! Bahagianya rasa bila gigi dah okay. Memang ngeri bagi bila tengah sakit sebab kena drilled, tiba-tiba terdrilled aku punya pipi. Nasib baik sikit je luka walaupun berdarah banyak.

So, lunch kali nie kena makan bubur laa ceritanya 😵😵😵 Sebelum masuk office, pergi ke McDonald's beli bubur ayam. Sebagai langkah berjaga-jaga je kalau aku tak boleh nak kunyah nasi. Sampai sekarang masih rasa kebas di gusi dan sakit di pipi 😢 Tengah taip entry, masih berbau-bau hangit tengah drilled. Hahahahahahahaaa