Follow Us

Saturday, 1 July 2017

Mencari Atau Dicari

Assalamualaikum
Apa kegunaan PM kita? Apa? Eh ehh.. Jangan salah faham tau! PM kali nie bukan Perdana Menteri tetapi private messages. Kang ada yang salah faham, tak sia-sia aku kena check in hotel bertaraf besi. Bukan boleh pakai sangat netizen sekarang. Asyik salah faham je lepas tu bash tak tentu pasal. K k sorry!

Okay, jom kita mulakan topik kita hari nie berkaitan private messages. Aku update entry nie sebab dah menyampah dengan segelintir makhluk Allah swt yang malas berusaha. Asyik tunggu disuap je. Nasib baik dia tunggu disuap je, kalau dikunyah? Aku bagi terajang 7 petala langit dan bumi 😡

Sepanjang aku bekerja disini dan aktif media social, aku selalu lihat hamba Allah swt posting status mencari kerja kosong. Aku faham dia nak mencari rezeki yang halal. Aku tidak menafikan! Tapi apa yang korang rasa kalau dah ada yang nak tolong dia untuk kerja tu tapi eh ehh boleh pulak dia reply comment "PM".

Tak ke menyirap?! Orang dah nak tolong tapi dia suruh orang tu pulak private messages. Persoalan aku sekarang. Siapa yang nak siapa? Cuba jawab! Jawab! Usaha mana usaha? Yang paling tak tahan kalau dia posting status, dia siap tinggalkan nombor telefon. Dengan ayat "TOLONG WHATSAPP/CALL JIKA ADA KERJA KOSONG".

MasyaAllah! Siapa yang nak kerja nie? Pemberi atau penerima? Jawab! Aku memang selalu terkena macam nie. Aku post jawatan kosong dalam group di whatsapp mahupun media social. Elok aku tinggalkan sekali dengan nombor telefon tapi apa yang aku dapat bila orang comments? "Kakak, tolong whatsapp nombor nie", "Adik, PM kejap".

Hehh! Aku dah tolong nie. Korang cuma tolong usaha call dan hantar resume je. For more information, call je nombor tu. Apa yang susah sangat? Kalau mencari kerja pun kau malas berusaha, kau jangan impikan kau nak pegang jawatan itu. Usaha dan naik tangga untuk berjaya!

❝ Maaf, aku dah terlalu menyirap dengan 'melayu' yang berperangai sebegitu. Kenapa melayu? Sebab semua yang reply macam tu adalah melayu! Bila kita nak maju kalau kita malas? Jangan jawab tapi fikir. ❞

4 comments:

  1. We have the same thought anyway, hg nak hg pm lah. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa kaannn? Menyirap betul dengan orang yang perangai macam tu..

      Delete