Follow Us

Wednesday, 12 July 2017

Permohonan Keluarga Generasi TTB Perkahwinan Perdana Tahun 2017

Assalamualaikum

Syarat-syarat Permohonan
1. Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung)
2. Pemohon dan pasangan berumur 18 – 35 tahun.
3. Perkahwinan adalah kali pertama.
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000.00 ke bawah.
6. Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.
7. Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
8. Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000.00 bagi setiap pasangan pengantin  sebagai komitmen penyertaan.
10. Pemohon dan pasangan  bersetuju untuk bernikah pada 16 September, 2017 (Sabtu)  dan  majlis  akad nikah beramai-ramai  akan diuruskan  oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
11. Permohonan  yang  layak  akan dipanggil ke sesi  temuduga pemilihan.
12. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel  Jawatankuasa  Pemilih  yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan,  maka permohonan tuan/puan dianggap  tidak  berjaya.
PENTING! Download borang permohonan disini sekarang [BORANG]

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum/pada 16 JULAI 2017 ke Ibu Pejabat YPKT atau di Pejabat YPK Kawasan. Penyertaan adalah terhad.

2 comments:

  1. wahhh, terengganu pun da start bagi nikoh percume...beh ngat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada nikah percuma but not sure tahun bila start. Huhuhuuu

      Delete