Saturday, 29 July 2017

Tips/Petua : Cara Membuat Air Mawar Di Rumah

Assalamualaikum
Kalau follow aku di Instagram, mungkin ada yang pernah tengok story instagram aku update cara membuat air mawar homemade. Sangat mudah dan cepat! InsyaAllah lebih berkesan sebab nie homemade dan tiada campuran bahan-bahan asing yang boleh memudaratkan kulit kita.

Bahan-Bahan
1. 7 Kuntum Bunga Mawar (Ros)
2. Air
3. Periuk

Cara-Caranya
1. Ambil kelopak bunga mawar dan masukkan ke dalam periuk yang bersih.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan hidupkan api yang kecil.
3. Masak kelopak bunga mawar sehingga bertukar menjadi warna pucat.
4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Simpan didalam bekas.

Mudah je kan? Lebih berkhasiat sebab air tangan sendiri. Guna bahan-bahan yang dijamin selamat je. Air mawar nie boleh amalkan setiap pagi dan malam. Sapu je kat muka dan rambut. Banyak khasiat tau!

Kelebihan Air Mawar
1. Mengatasi kulit kering dan sensitif
2. Mengatasi kulit berminyak
3. Mengurangkan masalah jerawat
4. Mencerahkan kulit wajah
5. Melambatkan penuaan
6. Menyegarkan mata
7. Menyihatkan rambut

Aku baru je berjinak-jinak cuba benda nie. Alhamdulillah, so far okay. Cuma masih kena amalkan. Nak cantik kena berusaha. Bukan sekelip mata je boleh cantik. So, selamat mencuba!

video

6 comments:

  1. Cantiknya tgk bunga mawar tu kembang... Hihihi.. Okay pas ni boleh try.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa, boleh cuba tu. Tips cantik...

      Delete
  2. Mudah rupanya nak buat air mawar ni kan.. Lepas ni bolehla try buat ikut resepi eyka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mudah je Kak Tati. Haa boleh, nanti cantik sesama..

      Delete
  3. Mudah rupanya nak buat air mawar ni , just rebus kelopak bunga mawar . Ok next time CCL akan cuba . Boleh pakai time tidur ni campur dengan bedak sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je.. Bila pakai pun best je rasa kulit nie..

      Delete