Gaya Hidup

Kopi Organik Terbaik Masa Kini - The Koppi

August 16, 2017

Assalamualaikum
Siapa peminat kopi? Aku bukanlah penggemar kopi dan memang tak suka minum kopi. Kalau depan mata nie ada dua pilihan sama ada air detox dan kopi, aku sanggup minum air detox 😂 Punyalah tak suka kopi sejak dulu.. Kopi ibarat musuh ketat aku sebab adik beradik kopi semua aku tak minum. Kadang-kadang sanggup tak minum air kalau orang hidangkan air kopi.

Tapi selepas diperkenalkan dengan The Koppi iaitu 100% kopi organik, aku dah mula rasai nikmatnya secawan kopi. Kalau korang nak tahu, The Koppi nie hasil usahawan orang kita iaitu Encik Hafizi atau lebih dikenali sebagai Gee. Encik Gee nie ialah Founder The Koppi. Rajin berbakti kepada tanah untuk menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi tanpa kimia dan bebas racun. Biji-biji kopi ini jugak dipetik sendiri.

Racun kimia dan baja kimia tidak digunakan dalam kebun ini tau! Maksudnya, kulit buah kopi yang telah dikopek tu akan ditabur pada pangkal pokok agar ia dikompos menjadi baja. Organik baja okay! Say no to chemical.. Haaa! Ini part paling special! The Koppi juga mencipta baja sendiri okay. Hanya dengan menggunakan kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang kemudiannya diperam selama dua minggu. Ia seperti "Garbage Enzyme".

Untuk pengetahuan semua, kopi ini tiada campuran bahan-bahan lain. Jadi rasa kopi itu lebih "strong" dan kaw. Sebagai contoh campuran bahan-bahan lain seperti marjerin, gula, gandum, garam, bijan dan arang tempurung. Penggunaan marjerin dan gula secara berlebihan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan.




Beginilah kebun The Koppi di Sungkai, Perak. Kebun yang dijaga dengan bersih dan rapi. Kebun yang bersih lebih terjamin dari segala aspek penting. Dan gambar dibawah adalah bunga sebelum jadi buah kopi. Bunga yang sangat wangi seperti bunga melur. Wanginya hanya pada waktu pagi tau! Kalau waktu pagi tu, seluruh kebun kopi tu akan berbau wangi.




Untuk pengetahuan, The Koppi yang dihasilkan ini adalah gabungan dua jenis kopi iaitu Liberica dan Robusta. Liberica bentuknya lebih lonjong dan tirus manakala bijinya lebih besar. Jika dipanggang, baunya semerbak tetapi rasanya tidak sekuat Robusta. Ingat! Robusta lebih pahit. Kandungan kafein sangat tinggi. Kalau ada yang pernah kopi Vietnam, haa itu kopi Robusta ya.


Di atas ini adalah gambar biji kopi yang telah dikopek. Isinya direndam terlebih dahulu. Proses ini dipanggil sebagai "Fermentation". Proses "fermentation" ataupun lebih dikenali sebagai rendam ambil masa minimum 3 hari. Untuk pastikan isi yang manis tadi lekang dari biji kopi, air akan tukar setiap hari sehingga jernih sebelum dijemur.


Haaa ini bila air dah bersih tau! Masa ni biji kopi dah kesat sebab isi yang manis tadi dah. Selepas itu, biji kopi dijemur dalam talam besi atau aluminium supaya cepat kering. Dijemur sehingga betul-betul kering dalam tempurung kopi tu. Kalau cuaca panas terik, masa yang diperlukan untuk jemur 4 hingga 7 hari sahaja. Kalau musim hujan, sehingga dua minggu.


Biji kopi yang dah kering selepas dijemur akan terus ditumbuk sehingga tempurung biji tu pecah. Yang hijau itulah akan digunakan untuk dijadikan kopi. Selepas tumbuk, proses seterusnya ialah mengasingkan tempurung biji kopi dan biji kopi berwarna hijau tu. Tempurung biji kopi tu sangat keras dan tajam.


Proses seterusnya ialah panggang biji kopi itu. Biji kopi dipanggang menggunakan mesin yang khas untuk panggang biji kopi. Suka aku ingatkan disini, biji kopi terendam dalam air lebih lama akan lebih berasid. Sebab itu ada jenis brand kopi ada rasa masam "after taste". Selepas panggang biji kopi, biji kopi akan direhatkan sekurang-kurangnya 3 hari untuk keluarkan minyak dan aroma. Itu dipanggil proses Degasses. Proses panggang menggunakan "roaster" atau pemanggang yang mengenakan angin panas ataupun dikenali "hot blower" pada biji kopi. Bukan macam main masak-masak tu ya 😅


Inilah kopi yang dihasilkan setelah dikisar dan menjadi serbuk. Untuk menghasilkan hasil yang berkualiti dan bermutu tinggi, memang sedikit sukar. Tapi hasilnya mampu puaskan hati. Dan tengok dibawah ini. 

Nampak jernih kopi tetapi rasa kopi yang sangat kaw! Jernih tak bermakna kurang rasa kopinya tau. Macam mana? Ada yang teringin nak rasa The Koppi? Kopi ini tidak akan meninggalkan rasa masam seperti sesetengah kopi yang lain. Sangat berkualiti dan dijamin halal. Dan ini contohnya secara ringkas perjalanan menghasilkan kopi yang berkualiti.  




Bagi yang teringin nak berminat untuk menikmati keenakkan The Koppi ini, boleh layari terus Facebook ataupun Instagram The Koppi. Istimewanya aroma The Koppi sehingga dilamar untuk menjadi supplier kopi di The Canteen milik Chef Adu. Bukan calang-calang kopi ya. The Koppi juga telah mencipta nama di akhbar Sinar Harian dan Segmen DIY TV Alhijrah. Tahniah The Koppi!

Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak deal dengan Encik Gee, boleh contact:-
Facebook : The Koppi
Instagram : The Koppi
Whatsapp : 018 923 5644

Gaya Hidup

Resepi : Ayam Sambal Hijau Mudah Dan Ringkas

August 10, 2017

Assalamualaikum


Baru masuk office terus sambung siapkan taip entry nie. Entry nie pending sejak semalam. Huhuhu.. Biasalah, tak pandai nak uruskan masa bila kerja berlambak-lambak. Sebenarnya nak kongsi resepi makanan kegemaran aku walaupun blogger lain dah bertahun kongsi resepi nie.

Bahan-bahan
1. Seekor ayam
2. 3 biji bawang besar**
3. 15 batang cili padi hijau**
4. 2 batang cili besar**
5. Lada hitam
6. Kunyit
7. Serai
8. Belacan [optional]**
9. Asam jawa

Cara-cara
1. Ayam yang telah dibersihkan gaul dengan kunyit, garam dan lada hitam. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Blend bahan bertanda. Kalau tumbuk dengan batu lesung lagi kick. Belacan tu optional okay. Nak rasa super kick, boleh letak.
4. Kurangkan minyak goreng ayam dalam kuali tu dan masukkan serai dan bahan kisar. Masak sehingga bahan-bahan kisar masak.
5. Masukkan garam dan gula untuk rasa menepati citarasa. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan ayam dan balik-balikkan 5-10minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Mudah dan ringkas sangat caranya. Ini boleh dikatakan menu pertama yang aku belajar masa duduk rumah sewa zaman belajar. Suka masak menu nie sebab aku suka makan pedas-pedas berapi gitu. Kadang-kadang makan perut kembung dengan air je.

Drama

Suri Hati Mr Pilot Full Episode

August 08, 2017

Assalamualaikum
Sinopsis :-
Pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Segmen

Segmen : Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

August 08, 2017

Assalamualaikum

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini...

Review

Dr Check Cracked Heel Cream

August 03, 2017

Assalamualaikum

Sementara ada masa, update entry kejap. Maklumlaa, minggu nie minggu busy dengan pastries. Ada menu terbaru disini. So, aku pun busy editing new promotion dan shoot gambar-gambar kek. Tak sempat nak buka blog, chef panggil cakap kek siap. Baru nak masuk toilet, chef panggil. Baru nak menguap, chef whatsapp bagitau kek siap untuk diambil gambar 😱

By the way, ini bukan review berbayar tau. Nie review or testimonial ikhlas daripada aku pengguna terbaru. Tumit kaki aku cracked semasa rumah under construction hari tu. Sensitif sebab simen kan tajam. Punca simen tu, kaki aku cracked teruk!

Ubat? Dah penat sapu. Aku guna jenama Elgy dan Avon tapi tetap sama. Tak kurang walaupun sedikit. Aku pun malu bila jadi macam tu sebab mesti orang akan perasan tumit kaki merekah. Confirm orang ingat tak reti jaga. Padahal penat tau sapu cream tu setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Sampai minggu lepas aku ke Watson dan jumpa cream untuk tumit merekah nie jenama Dr Check Cracked Heel Cream. Weyy! Seriously nie paling terbaik! Baru berapa hari aku guna, tumit dah nampak sangat perubahan. Dah tak merekah dan hampir menutup sepenuhnya.. Ya Allah, suka betul! Kalau tahu, dah lama aku try yang nie. Murah pun murah walaupun kecil je bekasnya.