Dr Check Cracked Heel Cream

August 03, 2017

Assalamualaikum

Sementara ada masa, update entry kejap. Maklumlaa, minggu nie minggu busy dengan pastries. Ada menu terbaru disini. So, aku pun busy editing new promotion dan shoot gambar-gambar kek. Tak sempat nak buka blog, chef panggil cakap kek siap. Baru nak masuk toilet, chef panggil. Baru nak menguap, chef whatsapp bagitau kek siap untuk diambil gambar 😱

By the way, ini bukan review berbayar tau. Nie review or testimonial ikhlas daripada aku pengguna terbaru. Tumit kaki aku cracked semasa rumah under construction hari tu. Sensitif sebab simen kan tajam. Punca simen tu, kaki aku cracked teruk!

Ubat? Dah penat sapu. Aku guna jenama Elgy dan Avon tapi tetap sama. Tak kurang walaupun sedikit. Aku pun malu bila jadi macam tu sebab mesti orang akan perasan tumit kaki merekah. Confirm orang ingat tak reti jaga. Padahal penat tau sapu cream tu setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Sampai minggu lepas aku ke Watson dan jumpa cream untuk tumit merekah nie jenama Dr Check Cracked Heel Cream. Weyy! Seriously nie paling terbaik! Baru berapa hari aku guna, tumit dah nampak sangat perubahan. Dah tak merekah dan hampir menutup sepenuhnya.. Ya Allah, suka betul! Kalau tahu, dah lama aku try yang nie. Murah pun murah walaupun kecil je bekasnya.

You Might Also Like

8 comments

  1. Kalau tumit pecah boleh cari ni , setakat ni ok lagi tumit hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa boleh tu Kak Qaseh.. Nasib baik sekarang dah okay :'D

      Delete
  2. Replies
    1. Most welcome.. Haa Kak Qema cari dan pakai tau

      Delete
  3. owh baru tahu ada brand ni. biasa guna lotion jer.

    Blogwalking here . Jemput singgah blog huda >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je kat watson tu. Colour kotak pun lebih kurang scholl punya je

      Delete
  4. tumit kasar sebab selalu jalan, kalau rajin sapu krim ni mesti selesa dan tak kasar lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu Kak Liza. Kena rajin sapu insyaAllah akan okay :'D

      Delete