Follow Us

Thursday, 10 August 2017

Resepi : Ayam Sambal Hijau Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum


Baru masuk office terus sambung siapkan taip entry nie. Entry nie pending sejak semalam. Huhuhu.. Biasalah, tak pandai nak uruskan masa bila kerja berlambak-lambak. Sebenarnya nak kongsi resepi makanan kegemaran aku walaupun blogger lain dah bertahun kongsi resepi nie.

Bahan-bahan
1. Seekor ayam
2. 3 biji bawang besar**
3. 15 batang cili padi hijau**
4. 2 batang cili besar**
5. Lada hitam
6. Kunyit
7. Serai
8. Belacan [optional]**
9. Asam jawa

Cara-cara
1. Ayam yang telah dibersihkan gaul dengan kunyit, garam dan lada hitam. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Blend bahan bertanda. Kalau tumbuk dengan batu lesung lagi kick. Belacan tu optional okay. Nak rasa super kick, boleh letak.
4. Kurangkan minyak goreng ayam dalam kuali tu dan masukkan serai dan bahan kisar. Masak sehingga bahan-bahan kisar masak.
5. Masukkan garam dan gula untuk rasa menepati citarasa. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan ayam dan balik-balikkan 5-10minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Mudah dan ringkas sangat caranya. Ini boleh dikatakan menu pertama yang aku belajar masa duduk rumah sewa zaman belajar. Suka masak menu nie sebab aku suka makan pedas-pedas berapi gitu. Kadang-kadang makan perut kembung dengan air je.

12 comments:

  1. Replies
    1. Sedap sangat akak.. Sila cuba ya :)

      Delete
  2. IQ pun suka makan ayam sambal hijau ni. sedaapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan IQ? Sedap sebab pedas gituuuu..

      Delete
  3. sedapnyaaa. sy mmg suka masakan warna hijau pedas2 ni.. nnti boleh cuba. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba ya :) Pedas pedas cili hijau memang kaw kaw

      Delete
  4. 15 batang cili padi hijau yea...pedas meletup ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa memang pedas berapi kali nie..

      Delete
  5. Asal ada cili padi, mesti sedap! Siqah pun suka masakan camni. Pedas tapi sedap dan buat nak makan je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, kannn? Ada cili padi confrim sedap!

      Delete
  6. Memang sedap..selalu buat sambal hijau ni..

    ReplyDelete