Tuesday, 26 September 2017

Penjagaan Dalaman Dengan Jus Asam Kunyit Madu (JAKM)

Assalamualaikum


Siapa sini pengamal jamu? Angkat tangan cepat! Yang bukan pengamal jamu pun lepas nie confirm akan jadi pengamal tegar jamu. Jamu apa? Haa nie laa masanya untuk aku perkenalkan kepada korang. Jangan terkejut ya! Sebab jamu nie yang muda dara bergetah pun dah boleh minum. Tak payah tunggu kahwin atau lepas bersalin baru nak amalkan. Benda macam nie kena jaga dari awal.

Semalam kongsi JAKM dengan officemate. Mula-mula dia taknak minum tapi aku suruh jugak minum. Hahahahahaa.. Dia minum sikit je tak sampai 60ml pun. Makk aiii! Dia nie masih breastfeed anaknya. Dia cakap susu memang banyak dan tidur lena je. Pergghhh! Nampak tak bagusnya JAKM nie?

Sebelum tidur aku amalkan 60ml JAKM. Sangat sedap! Tidur lena sampai pagi. Bangun pagi nie tak ada laa letih macam semalam. Badan rasa segar je. Bersemangat lain macam nak pergi office. Seriously, JAKM nie memang menjadi dengan tubuh aku. Tak tipu! Tadi pun aku paksa lagi officemate aku minum. Hahahahahaaa.. Benda baik kena kongsi. Kan?


Jom aku perkenalkan lagi JAKM nie dengan lebih lanjut. Jangan risau sebab JAKM bukan macam jamu-jamu yang dipasaran tu. JAKM banyak sangat khasiat tersembunyi. Apa khasiatnya? Khasiatnya tersembunyi kan? Mana boleh bagitahu 😑 Hahahahaaa gurau je..

Khasiat Jamu Asam Kunyit Madu by Forreen Secret:-

😍 Membantu mencegah lesu-lesu badan
😍 Membantu merawat masalah kulit
😍 Membantu proses pencerahan kulit scara alami
😍 Menaikkan aura seri wajah
😍 Merawat haid tidak teratur dan darah-darah kotor
😍 Membantu merawat kolestrol berlebihan
😍 Membantu buang angin dalam badan
😍 Membantu merawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin
😍 Membantu melambatkan proses penuaan (awet muda)
😍 Membantu merawat luka jahitan lepas bersalin
😍 Membantu merawat masalah rahim/peranakan
😍 Membantu merawat masalah bau badan
😍 Membantu atasi masalah keletihan
😍 Membantu atasi migrain/kerap sakit kepala
😍 Menstabilkan gula dalam darah
😍 Membantu meningkatkan kesuburan suami isteri
Kenapa aku cadangkan minum JAKM nie? Aku masih muda. Aku nak jaga dalaman walaupun badan aku besar. Penting! Nak buang kolestrol berlebihan. Kolestrol nie boleh jadi punca penyakit lain. So, bermula dari sini, aku amalkan minum JAKM. Sekali minum terus suka! Sebab rasa tu memang sedap sangat. Rugi siapa tak cuba.

JAKM nie highly recommended kerana produk 100% homemade. Tiada sedikit pun bahan pengawet yang digunakan. Dengan menggunakan ibu kunyit, halia, asam jawa, temu kunci, madu, saffron, habbatussauda dan juga gula melaka sebagai ramuan utama. Bersih dan selamat!


Selepas aku minum JAKM nie, memang badan rasa ringan je. Angin-angin dalam badan keluar dengan pelbagai bentuk contohnya kentut. Kah kah kah kah kahhh 😂 Tapi takpa, angin je keluar bukan bau. Hihihihiii.. Haaa lupa nak bagitahu benda penting nie.

NOTA PENTING!

🔑 Lelaki dan perempuan boleh minum Jus Asam Kunyit Madu (JAKM).
🔑 Amalkan 60ml setiap pagi dan malam.
🔑 Simpan dalam peti sejuk untuk kesegaran
🔑 JAKM tahan selama 2-4 minggu
Hari nie aku promote benda nie dengan staffs Ulek Beach Resort. Finance sebotol, housekeeping tiga botol. Tengah solat pun ada yang call sebab nak order. Hahahahaa.. Tadi pergi ke Binjai Bistro sebab nak settle kerja tapi aku menyelam sambil minum air. Promote terus! Hahahahaaa.. Alhamdulillah.. Ramai yang suka dengan JAKM. Aku pun dah ada orang panggil Mak Jamu. Sebab promote satu resort hari nie..

Haaa! Kalau korang pun nak rasa Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) nie, korang boleh contact Puan Azrina 👇

Instagram : Jus Asam Kunyit Madu 
Whatsapp : 010-818 1796019-382 8369

Monday, 25 September 2017

Tips/Petua : Bedak Sesuai Warna Kulit

Assalamualaikum
Semalam aku dah kongsi Tips/Petua : Bedak Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah. Hari nie aku nak kongsikan cara memilih atau membeli bedak yang sesuai dengan warna kulit. Nie penting tau! Salah pilih tona warna, nampak peliklaa muka kau sepanjang hari.


Kulit Gelap

Walaupun memiliki kulit gelap, tak semestinya kita mesti hadkan penggunaan bedak. Sebab bedak yang kita gunakan akan membuat wajah kita tampak lebih segar. Bagaimana memilih bedak untuk kulit gelap? Pilihlah bedak yang warna kecoklatan atau tropical beige.

Kuning Langsat

Wanita Asia rata-rata memiliki kulit yang bertona kuning langsat. Jika memiliki warna kulit yang demikian, warna bedak yang harus anda pilih adalah warna yang kekuningan atau yellow beige.

Kulit Sawo Matang

Jika memiliki kulit sawo matang atau kulit yang tidak terlalu gelap namun tidak juga kuning langsat, sila pilih bedak dengan warna natural beige.

Kulit Putih

Bagi yang memiliki kulit berwarna putih, anda bebas memilih warna bedak. Tetapi pilihlah bedak yang warna putih atau yang disebut sebagai white cream.

Kulit Kemerahan

Terakhir! Jika memiliki kulit kemerahan, pastikan untuk memilih bedak warna ivory.

Sunday, 24 September 2017

Tips/Petua : Bedak Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah

Assalamualaikum

Bedak boleh dikatakan menjadi modal penampilan wanita. Dengan menggunakan bedak, seorang wanita terkadang merasa lebih percaya diri dengan penampilannya. Kenapa? Bedak bukan sahaja membuat wajah tampak lebih segar tetapi juga mampu menutup masalah kecantikan pada wajah seperti halnya jerawat, gelap bawah mata dan sebagainya.

Namun, terkadang bedak juga mampu buatkan rasa tidak percaya diri sesetengah wanita seperti wajah terlihat tampak lebih tua, wajah terlihat seperti memakai topeng dan lain sebagainya. Sebetulnya, penyebabnya adalah kerana mereka tidak mengetahui bagaimana cara memilih bedak yang tepat. So, bagaimana cara memilih bedak yang tepat?

Kulit Berminyak

Kulit berminyak sebetulnya memberikan impak yang baik kerana sesetengah orang mampu melambatkan penuaan. Namun sayangnya, kulit berminyak ini membuat wanita merasa risau dan takut dalam memakai bedak yang sangat mudah hilang.

Apakah bedak yang sesuai? Jika anda memiliki kulit wajah berminyak, ianya lebih baik jika anda memilih loose powder yang jenisnya antikilap agar tidak membuat wajah mengkilap. Cara gunakannya biasanya dengan menggunakan puff atau brush yang ditepuk-tepukkan ke wajah dengan lembut.

Kulit Normal

Memiliki kulit wajah normal tentunya diimpikan bagi semua wanita. Selain tidak mudah mendapat masalah kecantikan di wajah, wanita yang memiliki wajah normal bebas memilih jenis-jenis bedak yang diinginkannya sama ada itu bedak tabur, compact powder ataupun two way cake.

Kulit Kering
Bagi yang memiliki kulit kering, bedak yang harus menjadi pilihan untuk melengkapkan penampilan wajah adalah bedak compact two way cake. Kenapa? Kerana bedak ini sudah memiliki foundation yang membuat wajah kelihatan lebih basah atau lembab. Untuk buatkan bedak tahan lama apabila membuat sapuan diwajah, anda perlu basahkan sedikit span dengan air kemudian sapukan pada wajah.

Saturday, 23 September 2017

My Convocation : Diploma In Information Communication And Technology (Networking)


Assalamualaikum

Dah nak seminggu konvokesyen baru update bercerita pasal konvo. Biasala.. Habis konvo terus pecut balik Dungun sebab esok tu aku ada training di resort. Cuti dibekukan. So, nak atau tak kena balik walaupun badan penat gila. Rasa nak cabut pinggang letak dalam luggage.

Sebenarnya konvo aku tidak berjalan terlalu lancar tetapi alhamdulillah.. Walaupun tidak begitu lancar, Allah swt permudahkan urusan aku. Tak apa, asalkan aku dah naik pentas, dah pakai jubah dan mortar board, parents dah tengok anak bongsu dia nie konvo, itu terlalu cukup untuk aku.

16092017 adalah hari pengambilan jubah dan mortar pada waktu pagi dan raptai konvokesyen pada waktu petang. Waktu free tu sempatlah aku bergambar pre-convocation. Tapi gambar masih tak siap lagi. Photographer still on editing.



Inilah aku dan #gengpekakdotcom. Yang setia daripada semester satu sampai sekarang. Duduk hostel sama-sama, kena tendang duduk rumah sewa pun sama-sama. Sewa dan tinggal di rumah puaka pun sama-sama 😂 Mana nak cari oii sahabat yang sanggup susah senang bersama walaupun kadang kala ada selisih faham.







Okay, aku konvo nie aku ada hired seorang make-up artist gitu. MUA yang berasal dari Sekinchan. Sanggup ya pukul 5.00pagi gerak dari Sekinchan dan 5.30pagi sampai Sabak Bernam terus make-up aku. Simple but sweet look make-up gitu. Murah je! RM60 sahaja.. Kalau ada sesiapa yang nak tengok lebih lanjut gambar-gambar MUA nie make-up, terjah instagram MakeUpByLiyanaJ.


Alhamdulillah.. Setelah tiga tahun berpenat lelah belajar untuk dapatkan segulung diploma, akhirnya aku berjaya! Walaupun dipuji dan pada masa yang sama diherdik oleh pensyarah, aku berjaya! Berjaya buktikan diherdik bukan penghalang untuk aku. TIDAK SAMA SEKALI! Sambung degree tu nanti aku fikir-fikirkan. Nak cari pengalaman bekerja.

TAHNIAH EYQA HASNAN KERANA BERJAYA HABISKAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (RANGKAIAN) DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM SELAMA TIGA TAHUN!

Monday, 18 September 2017

Penginapan Dengan Harga Yang Terendah Di Premiera Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum


Kuala Lumpur adalah syurga shopping bagi kaum wanita di luar sana tu. Setuju tak? Haruslah setuju, kan? Mana taknya, sekitar Kuala Lumpur nie terdapat banyak tempat shopping yang kita boleh pergi. Nak fesyen apa semuanya ada di Kuala Lumpur! So, apa kata cuti yang akan datang nie korang semua bawaklah anak-anak atau kawan-kawan korang datang menghabiskan masa yang terluang tu datang sini berjalan sambil mencuci mata di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nie. Haaa! Kalau korang tak tahu nak menginap hotel mana dekat Kuala Lumpur nie, haa tak payah pening-pening fikir. Sini aku nak bagi tahu satu hotel yang menawarkan harga yang berpatutan dan yang paling penting hotel nie bertempat di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur okay!

Superior Room
Deluxe Room
Executive Suite Room
Suite Room
Suite Room
Nama hotel yang aku nak kongsi dengan korang tu ialah Premiera Hotel Kuala Lumpur. Uitt! Nama hotel pun dah kerlasss gitu! Hotel nie berhampiran dengan Dataran Merdeka iaitu mengambil masa hanya selama 15 minit dengan berjalan kaki. Terdapat empat pilihan bilik dengan harga yang berbeza iaitu Superior Room, Deluxe Room, Suite Room dan Executive Suite Room. Setiap bilik yang terdapat disini sangat-sangat selesa okay! Aku suka sangat dengan cara penyusunan dan hiasan dalaman dalam bilik di hotel nie sebab it's just a simple room tetapi berkonsepkan elegant gittuu! Kalau korang nak bilik yang lagi selesa, korang boleh pilih Deluxe Room, Suite Room or Executive Suite Room. Kalau korang nak tahu, setiap bilik di sini mempunyai pemandangan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang sangat cantik! Tak nak ke korang oii? Rugi tau! Hihihihihihii...

Okay! Now aku nak cerita antara facilities and service that is provided here. Antaranya ialah fasiliti dalam bilik iaitu Electronic Key Lock System, hairdryer, iron and iron board, coffee & tea making, TV LCD and if korang nak extra bad, korang bolehlah request termasuk surat khabar dan banyak lagi. Facilities yang lain pulak seperti khidmat pembersihan harian, ruang menyimpan bagasi, dobi, tempahan untuk jamuan atau mesyuarat, bilik bebas merokok dan banyak lagi pilihan oiii! Disini juga terdapat restoran yang menyajikan makanan buffet atau ala cart dimana makanan yang disajikan ialah masakan asia dan barat. So, korang bolehlah makan apa yang korang nak. Banyak pilihan menanti anda! Makanan kat sini juga sedap dan lazat! Dan yang penting harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan kelazatan makanan yang disediakan. Tidak rugi!

Macam aku bagitahu tadi, hotel nie berhampiran dengan pusat membeli belah yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Mesti korang nak tahu kan Shopping Mall apa yang berhampiran dengan hotel nie. Antaranya ialah Maju Junction Mall, Sogo, Masjid India, Sunway Putra Mall, Suria KLCC, Berjaya Times Square dan banyak lagi sebenarnya. Haaa banyak kan? Korang boleh berjalan kaki je kalau nak ke tempat yang aku sebut tadi kalau korang stay di Premiera Hotel nie. Tak payah la korang nak pening-pening kepala fikir nak redah jammed nak cari parking lagi. Betul tak? Aku pun tak sanggup nak redah jammed yang gerak macam sifut tu. Hahahaha.. Selain dari tempat shopping nie, korang pun boleh pergi ke tempat yang lebih menarik di sekitar hotel nie antaranya seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan sebagainya..

Haaa.. Selain restaurant yang terdapat dalam Premiera Hotel tu, korang juga boleh makan di Maju Palace Cantonese Cuisine bagi yang menggemarkan makanan Chinese ye. Kalau taknak, korang boleh makan di Sogo dalam tu banyak tempat yang korang boleh pilih untuk makan. Banyak juga pilihan menu yang menarik! Selain itu, di KLCC pun ada tempat makan iaitu di food court KLCC di tingkat atas. Pergghhh! Makanan yang ada kat situ memang sedap weyy! Dahlah banyak pilihan makanan okay. Tak payah korang risau nak makan apa. Tunjuk je!

Untuk pengetahuan korang, Premiera Hotel nie menerima sambutan yang sangat luar biasa dari penginap yang pernah menginap di sini tau antaranya ialah lokasi hotel nie yang sangat strategik, pemandangan yang sangat mengagumkan, bilik yang selesa dan banyak lagi. So, korang jangan buang masa lagi. Apa nie asyik baca entry nie je? Jom la book hotel nie di www.traveloka.com untuk rate yang paling best! JIMAT DENGAN TRAVELOKA DAN NIKMATI HOTEL YANG SELESA!

Monday, 11 September 2017

Salted Caramel Brownies Terbaik Di Dungun

Assalamualaikum

Makan brownies sambil update blog memang layan habis weyy 😂 Aku dahlaa hantu sikit bab coklat nie. Pantang nampak atau ada coklat, tak berhentilaa aku mengunyah sampai orang sekeliling stress tengok aku makan 😂 Patutlaa badan besar macam badak. Makan benda berlemak. Hahahahaaa 😂😂😂

Okay.. Aku sebenarnya nak memperkenalkan Salted Caramel Brownies yang terbaik di Dungun *bagi aku*. Nie kali kedua aku repeat order dengan Mellmerah Creations yang bergelar pensyarah di UiTM Dungun. Sekali brownies tu masuk mulut, memang susah nak berhenti. Sedap sangat! 😋😋😋
Tadaaaaaaaaa! Salted Caramel Brownies dengan model naked face okay! Hahahahaa.. Baru siap mandi, Mellmerah Creations dah call bagitau on the way nak hantar brownies. So, bersiap ala kadar je laa.. Lepas je ambil brownies, terus masuk rumah selfie dengan brownies. Hahahahahaaa perangai betul! 😅
Cuba tengok gambar tu. Sedap kan? Walnut banyak gilaaaa atas brownies. Memang aku tak salah pilih dan beli. Sekali hidang, terus banyak tangan yang capai nak makan brownies. Tak dapat nak cerita macam mana sedapnya brownies nie. Hihihihihiii 😄😄😄

Kalau korang nak rasa keenakkan brownies nie, boleh hubungi nombor dibawah. Oppsss! Bukan sekadar brownies ya, banyak lagi yang Mellmerah Creations nie boleh buat. Sedap dan harga pun berpatutan. Nak tengok hasilnya, boleh tengok di Instagram Mellmerah Creations nie.

Contact here:-
Instagram : Mellmerah Creations
Whatsapp : 019-2757 075