Saturday, 7 October 2017

Sepetang Bersama Aeril Zafril Dan Saharul Ridzwan

Assalamualaikum


Semangat nak update blog hari walaupun busy. Cerita dah nak seminggu baru sempat nak tulis dalam blog. Bukan apa, busy dengan kerja-kerja duniawi. Hahahahahaa.. Kononnya laa kan? 😂 Task to do banyak sampai tak pandai nak arrange masa sendiri.

Nampak tak gambar Saharul Ridzwan tu? Haaa masa tu Saharul ada shooting di Ulek Beach Resort tempat aku kerja nie dengan Aeril Zafril dan Raysha Rizrose. Aku yang tengah off day pun kena kerah tenaga pergi office untuk selesai task bersama artis nie.


Aku salah seorang staff yang tunggu artis-artis nie selesai shooting dari petang sampai malam. Penat weyyy! Tunggu hanya untuk dengar ikhlas review tentang Ulek Beach Resort daripada Saharul Ridzwan dan Aeril Zafril. Nampak tak lagi ciri-ciri pekerja berdedikasi untuk company? Hihihihiii 🙈🙊

Sekitar pukul 8.00 malam, production take a break setengah jam. Masa tu nampaklah masing-masing penat gila. Aku pun bagitahu salah satu crew untuk berjumpa Aeril Zafril. Dia cakap okay terus dia suruh PA Aeril bawa aku berjumpa Aeril. Aeril Zafril masa tu duduk bermenung tepi gazebo sorang diri. Hahahahahaaa aku terus je laa tegur dan bagitahu nak minta ikhlas review.

Then...

Recording.....

video

Seriously, mata Aeril Zafril sangat seksi. Pandangan mata dia tu taktahu nak describe macam mana bila dia tak senyum. Huhuhuhuuu.. Tapi memang handsome dengan pandangan mata yang tajam dan seksi tu. Hahahahahaaa ya ampun suami orang weyy!

Selepas ambil video dan gambar dengan Aeril Zafril, aku pergi ke bilik yang Saharul Ridzwan tengah shooting. Borak-borak dengan crew production sekejap. Bila intai-intai, Saharul tengah baring. Berehat sebab penat kot. Aku pun pergi ke Binjai Bistro berehat sambil minum-minum air dulu. Dorang pun terus start shooting tak lama lepas tu.

Aku tengok je laa scene dorang lakukan tu. Maaf, tak boleh upload sebab menyalahi etika production. Nantikan di television okay tak lama lagi. Elok je tengah shooting, hujan pulak. Terus dorang stop! Aku pun pergi ke Saharul Ridzwan yang tengah dengan Aeril Zafril kat tangga bilik.

Bayangkan tengah hujan aku pergi berjumpa artis-artis tu. Bukan sebab aku terlampau minat gila-gila tapi untuk company. Biasalah netizen sekarang. Kalau artis buat review, lagi cepat terpengaruh kan? Sebab tu aku guna medium macam tu. Artis depan mata babe!

Then...

Recording.....

video

Yeayy! Selesai record video artis-artis terhangat masa kini. Tak sombong dan mudah bekerjasama. Apa tunggu lagi? Dorang dah bagi review baik punya. Korang taknak ke? Jom terjah Ulek Beach Resort sekarang!

Kalau ada yang nak tahu cerita apa yang mereka lakokan, nantikan di TV3 tidak lama lagi. Slot Zehra okay! Bertajuk Zahir Tak Terucap. So, dengan rasminya aku dah tahu serba sedikit scene cerita itu. Hahahahahaa..

8 comments: