Titian Cinta Full Episode

By Eyqa Hasnan - October 27, 2017

Assalamualaikum
 
Sinopsis:-
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Cerita ni kat tv dah habis ke?

    ReplyDelete
  2. Isnin ni last episod dah, selalunya saya memang tak follow pun cerita tv, tapi yang ni follow dari awal.

    ReplyDelete
  3. Cerita ni belum habis lagi kan eyqa?

    ReplyDelete
  4. Best citer ni, saya memang layan dari episod 1 sebab minat kat Zul Ariffin.hehehe. Tapi ada jugak episod yang terlepas.huhu. TQ eyqa sebab share

    ReplyDelete
  5. nak tunggu episod 29 tu berdebar macam nak pergi berperang..

    ReplyDelete
  6. ramai yg bagi rating best utk drama ni... nanti nak tengok juga kalau ada kelapangan.. kena tengok online , coz mrs pip mmg tak da astro ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis pun citer ni. Rating tinggi juga yea..

      Delete