Assalamualaikum


Video Pernikahan #Fattzura | Mengukuhkan lagi kenyataan mereka sudah bernikah [RUJUK ENTRY INI], pasangan sensasi, Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin sepakat berkongsi video majlis pernikahan yang berlangsung di hotel terkemuka pada 27 November lalu di akaun Instagram masing-masing, malam tadi.


Menerusi video yang mempunyai tiga bahagian itu, pengikut pasangan terbabit berpeluang melihat serba sedikit perjalanan majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.


" Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana. Terima kasih di atas doa anda semua. Salam sayang dari kami ~ Fattah & Fazura, " tulis mereka sebagai keterangan kepada video berkenaan.


Kelmarin, menerusi siaran media yang diberikan pihak pengurusan aktres itu, pasangan sensasi selamat diijabkabulkan dan Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz.

Pasangan ini sebelum itu bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor.