Assalamualaikum

Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Di KUALA LUMPUR Untuk Keluarga | Siapa yang datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti mesti tertanya-tanya dimanakah tempat yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga. Haaa.. Sekarang aku akan kongsikan 10 tempat menarik di Kuala Lumpur. Aku akan cuba alihkan minda korang yang selalu berfikir jika ke Kuala Lumpur, hanya ada shopping mall.

1. Upside Down House Kuala Lumpur


Kalau sebelum nie pernah terbaca Upside Down House di Sabah, kali ini aku perkenalkan Upside Down House di Kuala Lumpur. Tarikan terbaru rumah terbalik ini di Menara KL. Rumah terbalik pertama di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian dua tingkat. Yang lebih menarik, dalam rumah ini sama seperti rumah yang betul. Ada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur dan bilik air.

Hubungi:
03-2020 5444

Lokasi:
Menara Kuala Lumpur, No. 2 Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Tiket masuk terakhir pada 9.30 malam)

Harga Tiket:
Dewasa: RM19.00 *dengan mykad
Kanak-Kanak
: RM14.00 *dengan mykid
2. District 21 Di IOI Mall Putrajaya


Bagi yang suka aktiviti lasak boleh sertai pengembaraan di taman tema pertama di Malaysia yang menyediakan aktiviti menarik seperti ini. Sangat sesuai untuk seisi keluarga yang stress. Sebab? B0leh menjerit puas-puas dalam nie. Dimana? District 21 di IOI Mall, Putrajaya.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Wall Climbing, Roller Glider, Pump Track, Low Rope, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Trampoline, Tubby Ride, Carousel dan Go Pedal.

Hubungi:
03-8328 8888

Lokasi:
District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.

Waktu Operasi
Park Attractions: Isnin - Jumaat : 12.00 Tengahari - 8.00 Malam ,  
Sabtu - Ahad & Cuti Umum; Cuti Sekolah: 10.00 Pagi - 8.00 Malam
Ticketing & Customer Service Counter: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Level 2 Amusement: 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Harga Tiket:
Isnin - Jumaat : RM68 (Active Pass) & RM10 (Non-Active Pass)
Sabtu - Ahad & Cuti Umum; Cuti Sekolah :
RM10 (Active Pass & Non-Active Pass)

3. Taman Eko Rimba Bukit Nenas Kuala Lumpur


Hutan Simpan Bukit Nenas merupakan hutan simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Paling menariknya hutan simpan ini berada di tengah-tengah Kuala Lumpur yang berperanan sebagai Green Lung.

Yang lebih menarik, terdapat tiga denai iaitu Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong. Terdapat juga kemudahan aktiviti lain seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta trek untuk jogging.

Hubungi:
03-8000 8000

Lokasi:
Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan, Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari: 7.00 - 6.00 petang

Harga Tiket:
Percuma

4. Rumah Penghulu Abu Seman Di Kuala Lumpur


Rumah zaman dahulu makin luput. Nak tunjuk pada anak-anak pun susah. Rumah batu je banyak. Jadi, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke Rumah Penghulu Abu Seman di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Rumah ini mempunyai ukiran yang sangat cantik sesuai dengan rumah-rumah zaman dahulu.

Hubungi:
03-2144 9273

Lokasi:
Badan Warisan Malaysia di Jalan Stonor, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 3.00 Petang (Isnin - Sabtu)
Harga Tiket:
Hanya derma dengan minimum RM10

5. Blok Space Mont Kiara, Kuala Lumpur


Yang mana ada anak-anak untuk menguji kreativiti mereka, apa kata pergi ke Blok Space. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun - 14 tahun boleh menikmati setiap saat mereka disini dengan memasing lebih daripada 300+ permainan LEGO dan DJECO yang disediakan.

Hubungi:
03-6211 6126

Lokasi:
1. IPC Shopping Centre Damansara
2. The School Jaya One
3. Main Place USJ 21
4. Empire Shopping Gallery
5. 1 Mont Kiara

Waktu Operasi:
10.00 Pagi - 9.30 Malam (Waktu berbeza setiap cawangan)
Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


6. The Cooking House, Bangsar


Sambil bercuti, apa kata kita belajar? Haa di The Cooking House ada buka kelas belajar memasak. Bukan untuk anak-anak sahaja, ibu bapa juga boleh turut serta untuk kelas ini. Pelbagai jenis masakan boleh belajar disini. Tenaga pengajar bukan sembarangan orang okay.

Hubungi:
012-395 1243

Lokasi:
The Cooking House, 173, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.30 Pagi - 6.00 Petang (Isnin - Jumaat)
Sesetengah kelas ada waktu tertentu

Harga Tiket:
Bergantung kepada kelas yang didaftarkan

7. Sky Box, KL Tower


Siapa yang berani dengan ketinggian, boleh menikmati pengalaman terbaru di Sky Box, Menara Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 300 meter, pemandangan menarik sekitar Kuala Lumpur. Yang mana minat bergambar, disini tempatkan!

Hubungi:
03-2020 5444

Lokasi:
Menara Kuala Lumpur, No. 2 Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam

Harga Tiket:
Dewasa: RM75.00 *dengan mykad
Kanak-Kanak
: RM39.00 *dengan mykid

8. Jadi Batek Gallery, Jalan Imbi


Kalau dulu nak mencating batik mesti sinonim ke Terengganu. Sekarang kalau nak belajar mencanting batik, tak perlu ke mana-mana dah. Di Kuala Lumpur dah ada tempat mencanting batik. Kalau nak rasai pengalamannya, pergi je ke Jadi Batek Gallery. Menariknya!

Hubungi:
03 - 2145 1133

Lokasi
:
Jadi Batek Gallery Sdn Bhd, No 30 Jalan Inai, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
-

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


9. Planetarium Negara

Lawatan sambil belajar hanya dengan keluarga. Anak-anak asyik lawatan sambil belajar bersama rakan-rakan. Apa kata bersama keluarga? Jom pergi ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Yang menariknya disini, tarikan utama planetarium ini adalah ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas. Disini juga ada replika jam matahari Stonehenge dan lain-lain balai cerap purba yang dibina berhampiran dengan bangunan kubah ini.

Hubungi:
03-2273 4301

Lokasi:
Planetarium Negara, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, No53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 Pagi - 4.30 Petang (Selasa - Ahad)

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


 10. Cosmos World, Berjaya Times Square Theme Park


Fikir-fikir nak pergi mana, apa kata ajak sekeluarga ke Berjaya Times Square? Taman tema tertutup terbesar di Malaysia yang mempunyai roller coaster terbalik yang paling panjang di Asia Pasifik. Menariknya! Jom anak-anak ajak ibu bapa anda ke sini!

Hubungi:
03-2117 3118

Lokasi:
Berjaya Times Square Theme Park Sdn. Bhd. (352052-U), No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 12.00 Tengahari – 10.00 Malam
Sabtu - Ahad & Cuti Umum : 11.00 Pagi – 10.00 Malam

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah