Assalamualaikum

Be The Best Among The Rest | Odyssey - Dari Lembah Ke Puncak | Bila pandang kanak-kanak yang sedang membesar, perasan tak? Itu satu permulaan. Permulaan untuk mulakan bersedia hadapi asam garam kehidupan. Bila kanak-kanak nak belajar berjalan, mereka akan lalui proses berbaring, mengiring, meniarap, merangkak dan mengundur ke belakang. Selepas itu, baru mereka belajar duduk, berdiri dan bertatih. Kemudian, barulah melangkah yang kadang kala jatuh juga untuk stabilkan kedudukan. Begitu juga kehidupan dan perniagaan.

Aku pernah terbaca buku Odyssey - Dari Lembah Ke Puncak terbitan Zy Printpack Sdn Bhd. Bila terbaca kisah yang tertulis, hati aku tersentap sendiri! Betulkah apa yang sedang buat ini? Aku terlalu berkira-kira untuk melangkah lebih jauh. Kerana terlampau takutkan rintangan dan halangan yang bakal aku terima. Sedangkan pasangan ini berdua mampu melakukannya tanpa berputus asa. Kenapa bukan aku?!

Catatan kisah hidup Zaidi Yusoff dan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly. Kehidupan dua insan yang sangat unik, versatile, merendah diri dan penyayang. Suami isteri sehati sejiwa, seiring sejalan. Bukan setakat untuk dibaca tetapi untuk dijadikan teladan dan motivasi kepada mereka yang mahu berjaya dan menghargai hidup. Ia kisah hidup yang sangat menginsafkan, berbekalkan usaha, ketabahan, kesabaran dan tentunya kasih sayang.

Dari Lembah Ke Puncak berkisarkan sepasang suami isteri yang bermula dari bawah. Susah senang hadapi bersama sehingga berjaya sekarang! Pelbagai yang dilalui bersama jatuh, bangun, dikhianat dan ditikam oleh sahabat sendiri. Bukan mudah nak berjaya.


10 tahun yang lalu, tiada siapa yang kenal mereka. Bagaimana jerih perih dalam perniagaan yang hanya memulakan kilang di rumah sewa. Selepas baca buku nie, aku memang bangga kerana ada anak melayu yang berjaya walaupun mungkin akan ada yang mengalah jika diberikan ujian sebegitu.

" Saya yakin semua yang berlaku adalah rencana Allah swt " - Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly
Perniagaan yang dulunya dimulakan dengan RM3000 sahaja kini sudah menjangkau RM30 juta. Begitu besar nilainya. Inilah ganjaran apabila mereka tidak pernah lupa golongan yang memerlukan walaupun sesibuk mana mereka bekerja. Dan sebahagian hasil keuntungannya mereka akan salurkan melalui Yayasan Qaseh ZY Phyto.

" Saya ingat satu perkara, di dalam hak kita ada hak orang lain, rezeki Allah bagi untuk jadi jambatan kepada orang lain, bukan semua hak kita. Sebab itu Allah bagi dan terus bagi, Dia mahu melihat ke mana kita gunakan rezeki itu. Pada masa yang sama Dia tunjukkan kita jalan ke Jannah. Persinggahan akhir yang abadi. " - Zaidi Yusoff
Banyak kisah suka dan duka dalam buku ini. Terlalu pahit untuk diluahkan tetapi pasangan ini berani berkongsi kisah dukanya di dalam sebuah buku. Aku sanggup habiskan masa aku membaca buku yang suntikkan semangat aku. Hanya 23 bab dengan setebal 180 mukasurat sahaja.


Dapatkan segera! Dengan berharga RM49.90 untuk sebuah buku yang mampu buatkan korang tersenyum, menitik airmata dan sentiasa bermotivasi diri untuk terus bersemangat dalam mencapai sesuatu dalam hidup walaupun banyak kali gagal. Melalui buku ini diceritakan segala-galanya dengan harapan menjadi inspirasi kepada orang lain terutama golongan muda bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya jika sanggup berusaha keras.

Jadikan kejayaan seseorang sebagai penguat semangat dan inspirasi kita untuk berjaya. Bukan dicemburui. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kalau korang pun berminat nak miliki buku ini, boleh dapat contact Putri https://www.wasap.my/601128868898. Seriously, memang takkan menyesal! Sangat bermanfaat untuk kita. Jangan down jika kita gagal, sebenarnya kegagalan itu adalah satu permulaan.

" Satu perkara yang perlu kita ingat, siri-siri kegagalan kecil sepanjang kegagalan adalah perjalanan paling mahal dalam hidup kita. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengambil pengajaran dari kegagalan tersebut. '' - Odyssey - Dari Lembah Ke Puncak