Assalamualaikum
Bila bercakap tentang pengalaman, aku ada pelbagai pengalaman. Sama ada negatif atau positif. Aku suka berkawan dan memerhati untuk aku kutip pengalaman. Nak cari pengalaman based on travel, I'm not! Aku bukan travel blogger atau orangyang suka melancong. Tapi aku dapat timba pengalaman menggunakan cara yang lain 😀

Bila bercakap pasal baby atau kanak-kanak, aku ada lima orang anak saudara tapi dah masuk enam tak lama lagi. Aku jaga dua orang sejak dorang lahir. Memang dorang duduk dengan parents aku sampai sekarang.  Parents dorang bekerja di KL dan tak berani nak hantar pengasuh. So, memang parents aku jaga. Jadi, aku ada pengalaman jaga budak-budak kecil nie. Aku tahu susu apa, kalau demam nak buat apa, cara jaga ke apa memang aku tahu. Dah macam ibu tunggal okay 😂

Selepas aku habis SPM, aku bekerja sebagai pembantu klinik. Aku kerja di klinik yang lakukan injection, pembedahan kecil dan pelbagai. Aku jugak bantu doktor untuk jahit luka-luka di anggota badan pesakit, tolong doktor dressing luka, inject bontot, pembedahan kecil buang ketuat dan benda-benda yang menggelikan bagi sesiapa yang jenis penggeli.

Sebab tu bila orang cakap pasal dressing luka, ubat-ubatan, simpton demam atau jenis penyakit tiga serangkai, boleh dikatakan aku tahu. Walaupun enam bulan je aku bekerja sebelum sambung belajar, banyak pengalaman yang aku dapat. Kenapa? Kerana aku bekerja bukan sekadar kerja. Setiap minit aku bekerja itu adalah pengalaman. Tak kira sama ada manis atau pahit. Banyak ilmu perubatan yang aku dapat timba. Alhamdulillah, kenangan berharga!

Semasa sambung belajar, aku berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Jenis muka bertalam, loyang ke acuan semua aku berkawan. Aku mudah berkawan sebab aku mudah sesuaikan diri dengan sesuatu tempat. Bila aku belajar, aku dapat classmates yang ada penyakit Autisme. Disitu aku dapat pengalaman lain. Pengalaman bagaimana nak sesuaikan diri dengan orang autisme. Ditakdirkan pulak aku sebilik dengan dia, diamanahkan oleh ibu bapa dia untuk jaga anaknya yang autisme.

Ya, itulah pengalaman aku. Disitu Allah swt menguji aku punya kesabaran, kejujuran aku untuk menjaga insan yang diamanahkan. Nampak mudah tapi berat ujian tu bagi orang yang tak berapa tebal kesabaran aku nie. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan aku walaupun kadang-kadang aku termarah dan terbuli budak tu. Opss! Bukan buli guna seterika ya tapi buli macam tolong pergi beli makanan je. Hahahahahaa jahatnya aku!

Bila dah semester empat, aku praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun (PPD). Pengalaman terus bertambah disini. Walaupun aku praktikal sebagai budak IT, aku ada tolong kakak-kakak pembantu tadbir. So, aku fahamlaa jugak skop kerja pentadbiran. Dalam tempoh aku praktikal, aku pergi kursus dua kali. Kursus pertama tu yang prasekolah. 

Jadi, sepanjang aku kursus tu, aku serap sebanyak mungkin ilmu linus *sila google apa itu linus prasekolah*.
Aku praktikkan cara itu untuk ajar anak-anak saudara aku. Alhamdulillah, menjadi tapi kena banyakkan bersabar. Biasalaa ajar budak-budak. Kursus kedua tu berkaitan penolong kanan sekolah. Haaa! Ilmu yang aku serap banyak! Cara pentadbiran sekolah, cara atasi masalah pelajar sekolah, cara didikan terbaik untuk pelajar sehingga cemerlang dan banyak lagi.

Semasa aku praktikal aku banyak mengetahui tentang pentadbiran sesebuah sekolah. Macam mana susahnya seorang cikgu nak mendidik pelajar sehingga berjaya. Masalah pelajar yang dimanja oleh ibu bapa sehingga tidak boleh dijentik, masalah ibu bapa yang letakkan 100% diatas bahu cikgu dan macam-macam lagi.

Dan sekarang aku tengah menimba ilmu di tempat kerja aku sendiri. Macam mana aku yang telah lari sub-course nie. Belajar IT (Networking) tapi bekerja dalam IT (Designing). Kau rasa? Hahahaha.. Trust me! Inilah cara aku timba pengalaman walaupun aku tidak travel satu dunia. Alhamdulillah, pengalaman tu mendewasakan aku. InsyaAllah, pelbagai pengalaman pahit dan manis masih menanti.

❝ Kadang-kadang bila bercakap, aku suka kongsi! Tapi aku risau bila aku cerita, orang tak percaya. Yelaa, nanti orang fikir acah-acah tahu sedangkan itu pengalaman aku ada. ❞