Assalamualaikum


Selepas terbaca artikel Cikgu Azizan Dibebaskan, aku terdetik dalam hati nak berkongsi suka duka aku sepanjang menjadi seorang anak bongsu yang ibunya macam garang macam harimau dan seorang pelajar. Sejujurnya, aku tabik pada semua guru di dunia ini. Tanpa mereka, tak sepatutnya wujud pepatah bagai lilin menbakar dirinya.

Dulu semasa aku lima tahun pada tahun 2000, aku seorang pelajar yang tak aktif. Maksudnya aku pergi sekolah tapi tak pandai bergaul. Aku hanya berkawan dengan anak-anak jiran. Tetapi cikgu di tadika sana cuba untuk tarik perhatian aku. Biar aku aktif dan pandai bergaul. Dulu aku bijak, nombor satu dalam kelas. Hihihihiii...

Tapi kesan cikgu tadika tarik perhatian aku untuk bergaul tu, membawa bencana kejap. Hahahahaa.. Masa aku dah masuk tahun satu, aku nie terlalu aktif. Duduk kelas pertama, meja paling depan tapi tahu aku buat apa? Aku usik budak kelas aku yang pendiam sampai menangis, aku menyorok dalam longkang besar masa waktu pendidikan jasmani. Ada budak tahun satu perempuan turun dalam longkang besar masa tahun tu? Tak ada.. Aku je. Nakal macam apa je. Tapi masa aku tahun tu kan, subjek Bahasa Inggeris paling budak budak takut sedangkan aku excited. Kalau exam, subjek ini wajib 90% dan ke atas. Pernah aku dapat 88%, penampar aku dapat. Cikgu kasi weyy! Lepas kena lempang, markah aku memang 95% dan ke atas. Rindunya teacher Selvi!

Masa aku nak masuk tahun dua, aku turun kelas. Masuk kelas nombor dua. Mak aku punya marah, dia tak datang daftar sekolah aku. Kakak aku wakilkan 😅 Alasannya, malas nak ambil tahu sebab anak bongsu dia dah nakal. Elok-elok duduk kelas nombor satu, turun kelas nombor dua. Tapi masa tahun dua, nakal aku makin menjadi-jadi. Aku buli budak lelaki sampai budak nie serik duduk sebelah aku. Maafkan aku Syafiq! Hahahahaa..

Tapi tahun dua tu jugak buku aku kena campak luar kelas. Sebab kerja sekolah tak siap dan orang lain dah hantar sebab ustazah nak kutip. Aku dengan kawan aku tak hantar tapi kami tidur tandatangan cikgu tu. Alaaa, tandatangan huruf YA dalam jawi je. Mudah! Hahahahaaa.. Kawan aku siapa? Budak yang usik sampai menangis masa tahun satu tu. Hahahahaa weyy sampai sekarang budak tu ting tong masuk air selepas berkawan dengan aku 😂

Masa tahun tiga tu aku ingat lagi. Masa subjek matematik. Cikgu suruh hafal sifir dan make sure boleh sebut dengan jelas bila cikgu tanya. Tak boleh gagap atau teragak-agak. Aku hanya tergagap, terus kena berdiri luar kelas atas kerusi. Masa tahun lima, aku tak bawa buku ke sekolah. Sama kena denda berdiri atas kerusi luar kelas. Aku buat tanpa bantahan. Tahun lima juga aku kena rotan 25 kali di telapak tangan sebab tak dapat markah 80%. Aku hanya dapat 65%. Tapi sepanjang aku kena denda, tak pernah aku mengadu. Aku sedar itu salah dan silap aku.

Tapi itu laa, ingatkan insaf selepas asyik kena denda. Perangai aku bawa sampai ke sekolah menengah tapi masa sekolah menengah perangai aku macam Firaun sikit. Hahahahaa.. Ya ampun! Nakal gila masa tu. Tapi tak ada laa macam Israel sangat perangai tu. Hahahahaa.. Ehh dah sambung belajar kat IPTA pun still ada perangai Firaun tu. Kalau tak, takkan pensyarah boleh koyakkan kertas aku. Hahahahaa.. Perangai tak berubah!

Betul, aku selalu kena denda. Dari kecil sampai lah besar. Sebab? Perangai aku yang sedikit nakal je. Kalau cikgu rotan aku, aku memang tak mengadu. Pernah aku mengadu bagitahu mak ayah aku, tapi dorang hanya cakap " Dah buat salah, memang kena rotan ". Setiap tahun sejak aku mula-mula aku masuk tadika sampai habis sekolah menengah, mak aku mesti jumpa cikgu aku dan pesan " Kalau Syafiqa salah, rotan je. Saya tak marah ". Dan setiap kali ambil report kad, mak aku memang akan datang untuk bagi pesanan supaya cikgu rotan kalau aku buat salah.

Sebab pesanan penaja mak aku itu lah, aku jadi manusia sekarang. Kalau tak, mungkin manusia tapi perangai tu tak elok. Mak aku jaga anak-anak dia dengan tegas. Setiap hari akan lalu depan sekolah anak-anak untuk pastikan tak ada muka anak-anak dia lompat pagar. Walaupun tegas dan kadang-kadang anak-anak rasa seperti pesalah, ia amat berguna.

Aku tak faham apabila ada segelintir ibu bapa buat laporan polis disebabkan anak-anaknya dirotan guru. Dia taktahu apa masalah anak-anaknya di sekolah, terus buat laporan polis sedangkan anak-anaknya yang bersalah. Kenapa? Nampak perbezaan cara didikan ibu bapa dulu dan sekarang.

5 Comments

  1. Betul tu eyqa. Kita dulu zaman sekolah kena denda, kena rotan ke perkara biasa. Ibu bapa boleh terima. Zaman sekarang semua tak boleh

    ReplyDelete
  2. Lain betul masa kita sekolah dengan sekarang. Dulu kalau masa perhimpunan dapat duduk atas jalan tar tue dah seronok sangat, tapi sekarang nie, budak duduk atas jalan tar parents bising. Kalau jumpa cikgu dekat luar sekolah kemain takut, sebolehnya nak menyorok..

    ReplyDelete
  3. Eyqa anak boongsu gak ke? Waa sama la kitaa... hehe.

    ReplyDelete
  4. Nasib tak pernah merasa rotan. Pernah dijemur, ketuk kuku dgn duster ja. Hihi.

    Btw singgah la baca entry terbaru saya 😊

    ReplyDelete
  5. setuju nak jadikan anak2 berjaya dan berguna didiklah dengan cara yang betul.tak salah nak mengajar anak gunakan rotan

    ReplyDelete