Assalamualaikum


10 Januari 2018, genap setahun diterima kerja disini. Setahun sudah menabur bakti bekerja di resort ini. Susah senang aku siapkan kerja, suka duka, dimarah dan segalanya aku lalui disini. Disini juga aku mula tahu serba sedikit tentang dunia hotel. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk ilmu dan pengalaman berharga ini.

Suka atau tidak? Jujur aku katakan, aku suka dengan kerja aku sekarang. Walaupun kadang kala aku stress dengan cara kerja aku. Mustahil tak stress kan? Kerja apa-apa pun mesti ada akan tekanan. Kalau tak, takkan masa temuduga, penemuduga akan tanya " Boleh bekerja dibawah tekanan ? ". Betul tak? Sedangkan kau nak buang air besar pun kau boleh stress, ini kan pulak kerja 🤣

Kalau rakan sekerja, biasalah. Bila bekerja, kau akan jumpa pelbagai jenis perangai manusia. Baik dan sopan, suka ambil kesempatan, baik di depan tetapi dibelakang lebih busuk dari sampah, bising tetapi jujur, diam tetapi api dalam sekam dan banyak lagi. Kalau aku senaraikan, tak jadi entri blog dah tapi jadi novel bersiri. Banyak weyy! 😂

Sejenis perangai-perangai yang macam nie lah buat aku lebih berhati-hati untuk berkawan. Bukan mudah nak jadikan seseorang itu kawan kita. Kawan yang dalam masa yang sama boleh jadi lawan. Kadang kala jumpa yang tak jujur. Itu bahaya! Nak selidik dia jujur atau tidak tu memang perlukan masa. Apatah lagi bagi aku, setahun tu baru je lagi aku terjun ke dalam syarikat ini.

Tak boleh nak cerita lebih, sulit kerana ianya kerjaya aku. Mana tahu dalam apa stalker kan? Aku bercerita sekadar suka-suka. Tiada nama yang disebut, tiada hint yang aku berikan. Hanya sekadar cerita yang dikongsikan. Tetapi seperti aku selalu sebut, siapa makan cili dia akan rasa pedasnya!

9 Comments

  1. tahniah dah genap setahun, kerenah ofismate ni macam2, kadang tak terlayan dibuatnya...huhu

    ReplyDelete
  2. bersabar jela bila bekerja ni..akk pun pernah kerja dan macam2 ragam jumpa orang

    ReplyDelete
  3. Rakan kerja yg buat kita stress memang ada di mana. Mungkin kawan kerja yg lain pulak kata kita yg buat mereka stress. Mungkin kan?

    ReplyDelete
  4. nak buang air besar mmg stress eyqa.. apatah lagi kalau sembelit. Wahahaha..! Apa pun, tahniah eyqa dah genap setahun... bagus eyqa jenis tak mudah bosan. hehe.

    ReplyDelete
  5. Oh ya.. bahaya kalau ada stalker. hehehe. Kalau dah habis kerja sini baru leh citer eyqa. hiks.

    ReplyDelete
  6. Mana2 tempat kerja ada je perangai malaun haha , bertabahla yg tak elok .. niat kerja cari rezeki ..

    ReplyDelete
  7. Fatin pon baru nak mula dekat tempat kerja baru. Now baru masuk sebulan. Harap mampu bertahan lebih lama. Nak kutip experience memang kena bertabahlah dengan karenah manusia sekeliling.

    ReplyDelete
  8. kerja kat mana-mana pun sama. Sebab hati orang lain-lain kan..

    ReplyDelete
  9. wah dah setahun yer.. pejam celik. pejam celik

    ReplyDelete