Assalamualaikum


Dashing 2 In 1 Face And Body Wash: Pembersih Wajah Dan Badan Lelaki Maskulin | Bila tengok produk-produk lelaki, terus seperti terdengar-dengar je lagu allahyarham P.Ramlee bertajuk Beginilah Nasib 😭😭😭 Apakah ini tanda-tanda aku perlu cari jodoh secepat mungkin?  πŸ˜‚

Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap produk Dashing sudah sampai
Tiada suami lagi, abang dan ayah yang kebas ♫♬

Jenama Dashing semestinya sudah tidak asing lagi bagi lelaki maskulin. Dashing adalah salah satu jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan lelaki. Yang teguh berdiri lebih daripada 20 tahun, ia telah sebati dengan jiwa lelaki di Malaysia. Selain itu, jenama ini cukup sinonim dengan sangat berkualiti dan wangian yang tahan lama, ia mampu mencorakkan lelaki di zaman moden ini untuk lebih berkeyakinan dengan harga yang berpatutan.

Dashing juga memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Produk ini juga mempunyai daya tarikan tersendiri dan meningkatkan personaliti pengguna sendiri.



Lelaki di zaman moden ini amat mementingkan penjagaan dan penampilan diri. Sebelum menghadapi hari-hari yang mencabar, membersihkan wajah dan badan dapat memberikan kesegaran dan bersih sepanjang hari. Selain itu, membersihkan wajah dan badan selepas penat seharian dapat menyingkirkan segala kotoran pada wajah serta minyak akibat habuk, kelembapan dan pencemaran.


Kini, Dashing telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru dan aku pasti, produk ini mempunyai tarikan terbaru. Dashing 2 in 1 Face And Body Wash yang telah dirumus dengan formulasi dua aksi efektif untuk memberikan anda kulit segar dan sihat sepanjang hari. Pembersih wajah dan badan ini diperkenalkan dengan pek pam bersaiz 700ml.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash mempunyai 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi Dashing eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa FougΓ©re dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.


ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.


HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.

 
Harga Dashing 2 In 1 Face And Body Wash?
Bagi sesiapa yang ingin memiliki Dashing 2 In 1 Face And Body Wash, boleh miliki dengan harga hanya RM17.90 yang bersaiz 700ml. Boleh terus layari http://www.dashing.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut.
Assalamualaikum


Kulit Cantik Hanya Dengan Skin Polisher Arang 2 In 1 Akar.Co | Bila dah lepas raya, muka pun nak kena jaga cantik-cantik. Sentiasa cantik! Takkan nak cantik bila raya je kan? Apatah lagi bila bekerja yang perlu berhadapan dengan orang, lagi perlu jaga muka dan penampilan diri walaupun diri ini seperti seketul doraemon.

Aku yang berkulit wajah sejenis berminyak dan berparut yang kadang kala jerawat buat skuad kawad ini, perlukan produk yang berkualiti tinggi dan dijamin selamat. Dan sekarang, aku dah jumpa produk yang sesuai. Aku dah cuba tau!

Kebaikan Skin Polisher Arang 2 In 1 by Akar.Co

  • Merawat dan menghilangkan jerawat
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Menghilangkan bintik hitam di muka
  • Mampu memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Meringankan kulit wajah

Selepas baca kebaikan skin polisher nie, aku terus teruja nak mencuba! Aku pun apa lagi, hujung minggu tu memang aku rehatkan muka aku dengan skin polisher arang 2 in 1 by akar.co. Perghh! Hasilnya? Memang best!



Dengan bau yang berangin seperti pudina, memang rasa sejuk bila. Produk nie boleh dijadikan sebagai skrub dan masker tau! Aku selalu guna 2 atau 3 kali seminggu. Muka dah selalu make up, jadi aku sental balik dengan skin polisher ini.

Kandungan Skin Polisher Arang 2 In 1 by Akar.Co


Sejujurnya, aku highly recommended kalau sesiapa mencari skin polisher terbaik! Bukan boleh pakai di muka je, di seluruh badan dan bibir pun boleh okay. Aku nie always sapu di bibir sebab nak elakkan bibir gelap. Seronoknyaaaa! Ada sesiapa nak dapatkan produk ini? Baca maklumat dibawah cepat!

Macam mana nak dapatkan Skin Polisher Arang 2 In 1 Akar.Co ini? Boleh layari laman sesawang dibawah:-

HARGA: RM85 (100 gram)
WEBSITE: https://akarco.com/
FACEBOOK: Akar.co
INSTAGRAM: @Akar.co
Assalamualaikum


9 Kebaikan Bersama BB Jelly Lovera | Sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, mesti tahu tentang BB Cream kan? BB Cream berfungsi lapisan yang melindungi serta sebagai oil control yang juga memberikan kelembapan pada kulit. Tapi korang tahu satu produk nie yang ada 9 kebaikan untuk kulit kita?

Jeng.....

Jeng....

Jeng...


BB Jelly ini yang aku gunakan untuk melindungi kulit aku. Memang best! Dengan bertekstur gel yang sangat ringan, sejuk dan cepat menyerap. Calit-calit dan sapu je, menyerap terus! Tak melekit tau! Bau pun best je. Tidak seperti BB Cream yang biasa ada dipasaran sekarang.

Haa bukan itu je. BB Jelly ini juga mempunyai 9 kebaikan. Wahh banyak tau kebaikan BB Jelly ini. Makin buat aku jatuh cinta betul. Jom kita tengok apa 9 kebaikan itu..

9 Kebaikan BB Jelly Lovera
  1. Mencerahkan kulit
  2. Menutupi parut dan cela
  3. Membantu masalah jerawat
  4. Sunblock SPF20
  5. Mengecilkan pori-pori
  6. Menambahkan seri dan mencantikan kulit wajah
  7. Sekatakan warna kulit
  8. Lembabkan kulit
  9. Lembutkan kulit

Selain itu, ada kebaikan tersembunyi tau! Siapa pernah baca khasiat daun zaitun? Daun zaitun mempunyai manfaat antioksidan, dapat membuang kotoran serta boleh melembabkan dan melembutkan kulit. Mungkin ini kebaikan tersembunyi tetapi paling bagus untuk BB Jelly ini.
 

Kenapa Perlu Milik BB Jelly Lovera?
Untuk pengetahuan korang, BB Jelly ini mesra wudhuk dan tidak berminyak serta melekit. Lagi best bila senang dicuci. Jadi, kalau tertinggal make-up remover pun, tiada masalah. Calit-calit je BB Jelly nie, terus glowing. Boleh katakan tidak kepada kulit kusam!


Bahan-bahan pun selamat digunakan. Semuanya bahan semulajadi antaranya aloe vera, Vitamin B dan ekstrak daun zaitun serta pudina. Memang ini yang jadikan bau yang wangi. Haa lupa nak cakap! BB Jelly ini sesuai untuk semua jenis kulit. Sila dapatkan sekarang tau!



Macam mana nak dapatkan BB Jelly ini? Boleh layari laman sesawang dibawah:-

HARGA: RM45 (30ml) tidak termasuk kos penghantaran
FACEBOOK: Lovera Malaysia
INSTAGRAM: @LoveraMalaysia
Assalamualaikum

Salam Lebaran 1439H | Lamanya tak update blog. Bukan taknak tapi kekangan masa yang sangat kritikal. Ini lah terjadi apabila kerja hakiki terlalu banyak dan serabutkan otak. Balik kerja je terus rehatkan otak tanpa tengok laptop. Nak rehatkan masa setelah 9jam bersama laptop. Huhuhuu.. Ujian semua nie.

Hari nie dah masuk raya ke-5. Baru sempat nak update blog gituuuu. Hari nie aku dah masuk kerja. Cuti aku 5 hari sahaja. Sehari sebelum raya sehingga raya ke-4. Malas nak ambil cuti lama-lama sebab tak beraya ke mana pun selepas raya ke-3. Hanya duduk di rumah je, so baik aku masuk kerja. Tak ada bosan sangat kan πŸ˜‚

Raya pertama macam biasalah. Lepas beraya rumah jiran dan nenek, akan terus ke Kuala Terengganu. Beraya bersama belah keluarga ayah sampai petang je selalunya. Bila petang, gerak balik ke Dungun. Tahun nie tak beraya sangat sebab hari Jumaat. Kekangan masa bila nak pergi sembahyang Jumaat lagi.

#OOTD Raya Pertama
Hari raya kedua, beraya di Dungun sahaja. Biasanya pergi beraya ke rumah jiran-jiran terdekat dan rumah nenek saudara. Memang aktiviti wajib setiap kali raya. Raya pertama tak beraya sangat di Dungun. Seriously, waktu macam ini lah baru kenal saudara mara weyy!

#OOTD Raya Kedua
Dannnnnnnnn, raya ketiga! Raya ketiga setiap tahun ialah beraya di rumah sahaja. Sebab raya ketiga rumah aku buat open house. Alhamdulillah.. Tahun nie ramai gilaaaa weyy yang datang. Sampai full tak ada tempat duduk. Ruang tv, ruang tamu utama dan beranda luar memang penuh. Ada keluarga kawan aku tak sempat makan sebab terlalu penuh. Sempat bersalam-salaman je.

#OOTD Raya Ketiga
Tapi bagi aku, tahun nie raya paling best. Sebab adik beradik aku semua balik. Biasanya kakak kedua aku tak dapat cuti raya. So, cukuplah tahun nie #anakanakhasnanrosalinda beraya. Huhuhuuu.. Dan terima kasih #gengdesso yang datang beraya rumah aku. Gila susah nak jumpa geng sekolah nie dulu!

Semuanya masih single. Berminat? PM tepi tau! Hihihihiii..


Paling menarik dan berpuas hati berpenat lelah siapkan Crunchy Florentine Caramel nie, sekelip mata habis weyy! Laku kerasssss! Tetamu yang datang ramai yang makan cookies tu. Entah berapa kali tambah pun aku tak tahu. Sampai angkat dengan balang besar sekali tau! Nak resepi? Click je link tu. 

Dan selepas raya ketiga berpenat lelah sepanjang open house, raya ke-4 ialah hari yang aku tertunggu-tunggu. Aku bantai tidur sampai puas! Hahahahaa.. Bukan selalu weyy boleh rehat macam nie. Kaki sakit nie terasa sampai sekarang. Tapi! Aku tak boleh duduk rumah je. Aku pergi melepak tepi pantai dengan kawan aku. Baju raya dah habis!!!

Pakai t-shirt je yang memang aku selalu pakai. Dah nasib kan baju raya sikit je tahun nie
Dah puas empat hari aku beraya sakan tak sakan, raya ke-5 menjelma jua. Tak boleh nak lari dah oii. Raya ke-5 aku disambut dengan ucapan SELAMAT KEMBALI BEKERJA!!! Weyy apasal cuti aku nie rasa sekejap sangat. Huhuhuu.. Tabahlah bekerja dalam mood raya tak habis lagi.


Sepanjang bulan Ramadhan hari tu aku tak make up pergi kerja. Tempek bedak dan lipstick je. Kali nie masuk kerja, meriah aku bersiap! Muahahahahaa..

So, dengan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Aku dengan rendah diri mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan aku sama ada sengaja atau tidak. Taknak bermasam muka, bertalam-talam nie. Semoga ini menjadi iktibar untuk aku dan kita semua.

Tapi..

Tapi...

Tapi....

Tapi.....

Tahukah anda disebalik gambar #OOTD aku, ada yang menghancurkan? πŸ˜‘

Behind the scene #OOTD raya pertama πŸ˜‘
Behind the scene #OOTD raya kedua πŸ˜‘
Behind the scene #OOTD raya ketiga πŸ˜‘
Behind the scene selfie raya ke-4 πŸ˜‘