Assalamualaikum


Dunia IT Berubah Apabila Dicampak Ke Sana Dan Ke Sini | Bila waktu macam nie aku update blog, maknanya aku memang ada mood nak menaip laa tu. Alaa.. taknak laa blog nie terisi dengan job je. Kan kan?

For the first time in forever, aku nak kongsikan pasal kerja aku. Kalau sesiapa yang baca blog aku nie salah seorang staff kat tempat kerja tu, nak pertikaikan kenapa aku kongsikan disini, it's my blog. Aku kongsikan apa yang aku nak kongsi dan benda tu sememangnya bukan private and confidential.

Pada 10.01.2017 aku jejakkan kaki ke tempat kerja aku sekarang sebagai IT Assistant. Gembira dan gementar bercampur baur. Kali pertama nak bekerja dalam syarikat antara yang dikenali di daerah aku. Tapi aku bangga kerana aku terpilih sebagai pekerja pertama yang menjawat jawatan IT Assistant. Sebelum nie tak pernah wujud jawatan itu. Bila lama-lama aku disitu, aku makin happy walaupun kadang kala wujudnya persekitaran yang tidak sihat antara pekerja. Tapi aku berjaya tepis dan abaikan persekitaran negatif itu. Hampir setahun lebih aku disana, aku di campak ke dunia Sales And Marketing tetapi jawatan dipegang masih sebagai IT Assistant.

Tapi lama-lama aku almost give up. Terlampau banyak task yang perlu aku siapkan. Kekangan masa buatkan aku tak sempat nak sentuh blog aku. Pengurusan masa aku teruk. Aku rasa tertekan dan itu kali pertama aku rasa kerja aku makin teruk. Aku hantar surat resign. Aku nak berehat! Aku luahkan masalah aku pada parents and D, dorang sokong untuk resign. Maybe ada yang lebih baik. Tapi aku ambil masa untuk bertenang dalam tempoh notis tu. Selepas salah seorang Board of Director datang tanya apa masalah, aku luahkan everything, aku rasa lega dan hilang beban dibahu aku.

Tak berapa sebelum tempoh notis aku tamat, aku tarik balik surat resign tu. Aku bekerja seperti biasa. Jiwa aku disini. Walaupun aku perlu multitasking tapi aku enjoy! Now aku dah pandai uruskan masa aku. Politik kerja, berapa banyak jenis orang aku perlu dan hadap. Sama ada pekerja, guest and whatsoever. Tapi cara aku senang je, selagi tak ganggu periuk nasi aku, do whatever you want.


Korang, doakan aku tau! Semoga aku kuat hadapi rintangan yang mendatang dalam usaha mencari rezeki. Banyak impian aku belum tercapai nie! Jika ditakdirkan olehNya disini punca rezeki ku sampai bila-bila, aku terima.