Assalamualaikum


Berapa Banyak Jenis Gemuk Yang Ada | Bila badan sendiri membesar bagai belon panas, stress tu hanya Dia je yang tahu. Tapi tak pernah serik. Ada je makanan yang aku suap masuk dalam mulut aku. Entah bila nak ada kesedaran! Lepas tu mula laa bising bila baju dah ketat sana sini. Kain dah tak boleh nak zip!

Atas saranan doktor untuk aku turunkan berat badan, aku pun ada impian untuk pakai sepasang baju impian aku, aku terus wujudkan #misikuruseyqahasnan.Tapi misi nie baru start ye. So, untuk kurus atau kecil dalam masa terdekat nie susah. Yelaa.. aku dah melantak bertahun-tahun. Ingat boleh kurus dalam masa seminggu?

Selain itu, aku pun gigih laa cari jalan macam mana aku nak kurus. Kononnya aku nak kenal aku nie gemuk apa. Eh! Gemuk nie ada banyak jenis ke? Apa jenis-jenis gemuk yang ada? Macam menarik je. Kalau ada yang specific, mudah ke nak kurus? Haa cenggitu aku punya fikir!

Gemuk Air
Dalam badan 45-55% adalah dari cecair; darah,air dalam sel,air liur dan lain-lain. Bukan air kosong seperti yang kita minum tu. Kalau korang minum air lebih, contohnya macam yang nak diet sampai minum lebih 2 liter sehari tu, badan korang tidak akan menyerap air yang banyak-banyak tu tapi air tu keluarkan melalui air kencing.

Jika korang sakit seperti ada masalah buah pinggang, baru korang akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan dan antara simptomnya bengkak kaki dan tangan sampai apabila tekan dengan jari bekas tekan tu tak hilang tau!

So, TIADA ISTILAH gemuk air. Nak gemuk air? Tu tanda-tanda penyakit buah pinggang tau!

Gemuk Angin
Apabila makanan beberapa jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut atau sendawa tetapi mana ada angin tu nak simpan celah kulit, organ dan sebagainya. Kalau ada pun, dalam perut tu haa. Tu pun sekejap je. Lepas masuk toilet, hilanglah angin tu!

Kenapa jadi begini? Sebab ada jenis-jenis makanan terutama yang berubi dan kacang kekacang menjadi probiotik atau keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih. Dapat makan banyak probiotic nie menghasilkan pengeluaran banyak dan ini membawa kepada pengeluaran gas banyak.

Gemuk angin pun TIDAK WUJUD! Kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit.

Gemuk Toksin
Seperti biasa badan adalah perfect jika korang sihat dan mampu keluarkan toksin sendiri. Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang tiptop. So, tak perlu pun nak amalkan detoxification diet, ubat bersihkan kerak usus sebab semua itu badan sudah buat dengan lebih mantap.

Kalau toksin naik sikit je dalam badan, tak perlu sampai ke gemuk toksin pun. Kesannya korang akan terus rasa seperti gatal-gatal kulit, kulit atau putih mata korang warna kuning dan korang letih lesu. Ini semua antara tanda-tanda buah pinggang dan hati makin rosak.

Konklusinya, gemuk toksin nie memang TIDAK LOGIK langsung! Nak sakit ke tu?


Korang, gemuk yang betul-betul gemuk dan wujud ialah gemuk lemak. Ye, lemak dalam badan korang tu. Itu gemuk yang mengandungi lemak ye! So, gemuk air, angin, toksin dan lain-lain itu tak wujud. Jangan terlampau percaya sangat!

Tiada istilah berat tulang kerana tulang makin tua makin ringan ada juga. Selain itu, tiada istilah berat otot. Kalau banyak otot takkan ada satu pack je perut tu. Dan tiada istilah berat dosa. Dosa tak boleh ditimbang di penimbang. Kalau boleh timbang macam tu, confirm semua taubat kan?

P/S: Segala info tentang gemuk nie, aku credit kepada Dietitian Fizah Sobri. Dan aku olah sedikit ayat itu mengikut standard blog aku. Ahh cenggitu! Korang, kalau nanti dah kurus tu, nak shopping apa-apa, jom shopping dalam PG Mall nie.
Assalamualaikum



Shopping Raya Dengan MyRamadhan Campaign Di Platform PG Mall | Bulan Ramadhan tak lama lagi bakal menjelma tidak lama lagi. Begitu juga dengan bulan Syawal. Raya oii! Korang dah siap ke persiapan raya tu? Walaupun sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, raya tetap raya. Kalau tak boleh pergi ke mall, korang boleh shopping online je.


Pernah dengar PG Mall tak? PG Mall nie platform membeli-belah tempatan dalam talian nombor satu di Malaysia tau! Dan untuk pengetahuan korang juga, PG Mall nie mengalu-alukan semua orang walaupun untuk peniaga baru yang ingin menjual secara dalam talian. PG Mall bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Selain itu, walaupun kita dalam mood #stayathome, shopping tetap shopping tau! Dalam PG Mall nie, banyak promosi tengah tunggu korang tu! Nak raya, makin banyaklah promosi tengah menunggu. Tapi korang jangan risau tau! Harga kaw-kaw murah!


Setiap hari akan ada Hot Day Sale tau. Hot day sale ini mempunyai tiga slot setiap hati. Slot pertama pada pukul 10.00 pagi, slot kedua pada pukul 4.00 petang dan slot ketiga pada pukul 9.00 malam. So, korang boleh grab mana-mana sale nie dan diskaun sehingga 80%. Wow! Banyak tu!


Untuk makluman korang, PG Mall akan mengadakan MyRamadhan Campaign bermula 17 April 2020 sehingga 05 Mei 2020 ini. Tak lama dah nak kempen nie nak start nie. Dah boleh buat planning apa je yang nak dibeli untuk raya. Eh eh! Walaupun kempen raya, masih ada diskaun yang menanti korang tau.


Untuk pembelian yang pertama, korang akan dapat RM15 off dengan minimum belian RM50 atas satu resit. Dan untuk 1000 orang yang pertama, korang ada peluang untuk rebut dua keping MyRamadhan Campaign setiap seorang.

Jika korang dah pernah shopping dalam PG Mall nie, korang boleh dapat RM5 off dengan minimum belian RM30 atas satu resit. 1000 orang yang pertama, rebut peluang korang untuk MyRamadhan Campaign tanpa limit pembelian untuk setiap seorang. Wow!

Dan dengan minimum belian RM150, korang boleh dapat RM25 off tau! Tapi nie limited edition tau. Hanya 200 orang yang terawal sahaja yang boleh rebut peluang untuk memenangi MyRamadhan Campaign sekeping setiap orang. Dan semua ini ada terma dan syarat ya!


Dalam pada itu, korang boleh membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay dan korang boleh menikmati 10% cashback dihadkan pada RM10 semasa membuat pembelian dengan pembelian minimum RM30 melalui Maybank QRPay atau MAE. Dan penggunaan ini hanya dua kali sebulan. Promosi membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay ini sah sehingga 20 April 2020 sahaja.


Korang juga boleh menikmati 15% cashback tanpa minimum pembelian dan dihadkan pada RM10 semasa membuat pembelian dan bayar menggunakan Boost! Promosi membuat pembayaran menggunakan application Boost ini sah sehingga 19 April 2020.


Pada waktu yang sama, shopping dengan PG Mall dan korang boleh dapat bonus mata tambahan sebanyak 50% daripada Air Asia Big. Dan jika korang dah ada Air Asia loyalty points, korang boleh guna dalam platform PG Mall itu! Wohooo! Banyaknya yang menarik dengan PG Mall nie.



Ehh jap! Nak bagitahu korang nie. PG Mall ada mengadakan cabutan bertuah dua kali sebulan tau. Dan cabutan dibuat setiap 15 dan 30 hari bulan pada setiap bulan. Sempena Love You 3000Campaign, korang berpeluang mendapat cabutan bertuah PG Mall C-Wallet bernilai RM3000.

PG Mall juga turut memberi ganjaran kepada pembeli dan juga orang lain yang menggunakan referral links untuk membeli dari PG Mall. Dengan membeli-belah dan mengajak orang lain juga untuk menikmati Shop-Share-Earn konsep unik ini dengan korang boleh mendapat cashback sehingga 3.5% untuk selama-lamanya tau! Ehh jap! Korang juga boleh guna c-wallet korang untuk membuat pembelian dalam platform PG Mall tau! Kalau nak top up c-wallet korang? Top up je dalam platform PG Mall tu. Mudah je kan?
Pada era globalisasi ini, semuanya makin canggih tau! Nak shopping apa-apa pun mudah je sekarang. So, apa kata korang install PG Mall dalam handphone korang sekarang dan boleh scan je QR code nie untuk mendaftar dalam PG Mall. Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!
Assalamualaikum


Langkah Terbaik Kurangkan Senggugut | Sebagai perempuan kebiasaannya akan lalui masalah senggugut setiap bulan. Sakit tu hanya Allah swt je tahu macam mana peritnya. Jika korang sebagai seorang perempuan tetapi tidak alami masalah senggugut, korang patut bersyukur. Sakit tau senggugut nie!

Aku pernah alami senggugut masa tengah kerja. Perghh! Satu apa pun aku tak boleh buat. Senggugut aku pulak sejenis ulang alik toilet. Lepas tu perut tu rasa kembung dan penuh dengan angin je. Mood memang teruk! Ditambah pulak dengan cramp dalam perut. Seksa!

Aku pun penat dah makan ubat setiap kali senggugut. Senggugut aku hanya akan okay jika aku makan ubat tahan sakit. Tapi tak sepenuhnya kerana aku masih rasa sakit cuma kurang sikit sakitnya berbanding sebelum makan ubat tu. Dan ubat tahan sakit tu memang aku akan letak dalam handbag sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh kerana itu, aku nak kongsikan juga dengan korang apa yang aku amalkan untuk kurangkan senggugut nie. Alhamdulillah.. selepas aku amalkan cara nie, senggugut aku berkurang walaupun tak sepenuhnya. Dan aku tak perlu lagi makan ubat tahan sakit. Yeayy!

Langkah 1: Melakukan Senaman Ringan
Dengan melakukan senaman ringan, korang dapat memberi kelegaan bagi sakit senggugut. Contohnya korang boleh lakukan squat. Fuhh! Semoga berjaya.

Langkah 2: Amalkan Pemakanan Seimbang
Walaupun korang yang suka food hunting, korang perlu amalkan pemakanan yang seimbang tau. Pemakanan yang seimbang dan sihat yang perlu korang amalkan dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi Vitamin B dan magnesium.

Langkah 3: Minum Air Secukupnya
Minum air kosong secukupnya. Jangan amalkan sangat minum air manis tu. Coffee? No no no! Minum air yang cukup dan sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter sehari. Air tea suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.

Langkah 4: Bertungku
Bertungku! Paling mujarab bagi aku kalau dah tak tahan sangat sakitnya. Aku akan bertungku menggunakan tungku elektrik dan aku akan bertungku pada bahagian perut dan bahagian yang sakit. Jika aku tak ada tungku elektrik, aku akan isi air suam dalam botol air dalam balut dengan tuala.

Langkah 5: Mandi Dengan Air Suam
Jangan bila korang dah sakit sangat, korang malas mandi. Mandi juga mampu mengurangkan ketidakselesaan perut korang akibat senggugut tu. Korang boleh mandi dengan air suam. Best!

Langkah 6: Stress
Bila korang sakit, semestinya korang akan stress kan? Yelaa.. mana nak uruskan kerja lagi, sakit yang datang menyerang. Memang korang nak baring je kan? Haa! Bila banyak fikirkan sakit, korang akan stress dan itu boleh menyebabkan makin sakit. So, belajar uruskan keadaan supaya korang tidak stress.

Langkah 7: Diet
Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan diproses dan caffeine kerana semua tu boleh merangsang sakit senggugut tau. Amat digalakkan untuk makan kekacang, badam, tomato, lada benggala dan sayur-sayuran yang berdaun hijau.

Langkah 8: Halia
Halia nie banyak khasiat tersendiri tau! Jika korang sejenis perut cepat kembung macam aku nie, boleh amalkan minum air tea halia. Ataupun korang lebihkan halia dalam masakan. Halia nie dikatakan boleh membantu melegakan masalah senggugut dan angin.

Langkah 9: Urutan
Jangan malas untuk melakukan urutan. Korang amat digalakkan untuk membuat urutan pada bahagian abdomen selama 5 minit sehari kerana urutan itu boleh membantu melegakan senggugut kerana urutan itu membantu untuk melancarkan aliran darah.
Assalamualaikum


Lentikkan Bulu Mata Dengan Mudah | Seseorang yang mempunyai bulu mata yang  lentik, sangat menawan tau! Ditambah pulak dengan bibir mungil dan senyuman yang manis. Sangat cantik! Walau bagaimanapun, kita perlu bersyukur dengan kurnian olehNya. Semua orang cantik dengan kecantikan tersendiri.

Tapi macam mana cara nak lentikkan bulu mata nie? Lentikkan secara semulajadi tau! Tak perlu korang pergi mana-mana tempat yang buat eyelashes extension. Bahaya tau buat eyelashes extension tu. Kang ada side effect apa-apa, botak bulu mata tu baru tahu.


Cara 1: Bedak Bayi
Untuk pengetahuan korang, bedak bayi mampu melentikkan bulu mata. Bedak bayi mempunyai tekstur yang lembut sehingga mampu melekat pada bulu mata dan boleh menjadikan bulu mata lebih lentik.

Selepas korang pakai mascara tu, korang ambil sedikit bedak bayi dan usapkan pada bulu mata korang. Kalau korang ada brush mascara yang tak pakai dah, boleh laa korang guna brush tu. Kalau tak ada, guna jari pun boleh. Lepas dah letak bedak tu, pakai mascara sekali lagi tau!


Cara 2: Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi banyak manfaat. Jangan korang taktahu pulak bahawa minyak zaitun nie juga mampu melentikkan bulu mata tau! 

Cara yang sangat mudah bila guna minyak zaitun nie. Korang hanya ambil sedikit minyak zaitun dan sapu rata pada bulu mata korang tu. Masa nak sapu tu, pejam laa mata tu. Kang masuk dalam mata, benda lain pulak yang lentik kang! Bila dah kering, korang boleh bilas dengan air sejuk. Jangan guna air panas, kang masak pulak bulu mata tu.


Cara 3: Madu
Madu bukan sebarang madu. Madu yang boleh dimakan. Bukan madu yang suami korang bawa balik rumah tu. Tu madu boleh buat gaduh. Madu yang aku nak korang guna nie madu yang boleh buat korang cantik.

Kalau nak letak, pilih laa madu yang berkualiti kerana banyak khasiat madu tau! Caranya sama je macam minyak zaitun tu. Sapu rata pada bulu mata korang dan biarkan madu meresap elok. Nak cuci boleh bila dah kering atau korang nak biarkan dulu pun boleh.


Cara 4: Kulit Lemon
Seperti yang aku pernah kongsikan sebelum ini, lemon antara buah-buahan citrus yang banyak khasiat. Kerana lemon juga bagus untuk kulit kita. Jadi, untuk cara nie korang boleh gunakan lemon tau!

Perahkan jus lemon ke dalam bekas yang berisi minyak zaitun dan korang boleh masukkan sekali kulit lemon tu. Biarkan selama empat hari dalam bekas yang tertutup. Selepas itu, korang boleh guna campuran itu pada bulu mata korang. Korang boleh amalkan cara nie dua hari sekali untuk hasil mantap. Janganlah setiap hari sebab campuran citrus kan.


Cara 5: Masker Lidah Buaya
Lidah buaya seperti yang kita tahu sangat banyak khasiat dan sangat terkenal dengan pelbagai kegunaan. Kalau kulit korang sunburn pun, korang boleh lidah buaya nie. Boleh je kalau korang nak beli aloe vera gel yang dijual dalam packaging tapi lagi best bila buat sendiri. Langsung tak ada campuran apa-apa.

Caranya korang ambil keratan lidah buaya tu dan korang jemur sehingga layu. Tapi jangan sampai kering sangat. Bila dah layu tu, korang ambil lendirnya sahaja. Kulit tu tak payah tau! Lepas tu, korang guna lendir tu dan sapu rata pada bulu mata korang.

Mudah je cara-cara yang kongsikan tu. Semoga bermanfaat untuk korang semua. Aku pun nak amalkan tips nie. Maklumlah, bulu mata pun lentik jugak! Hahahaa.. taknak pakai fake eyelashes. Nampak cacat bila aku pakai fake eyelashes sebab tak pandai!
Assalamualaikum


Apakah Punca Bibir Kering Dan Berdarah | Tengah dalam #misigantipuasaeyqahasnan nie, memang aku kurang minum air. Yelaa.. sahur tu aku ada laa minum dalam dua gelas air masak. Selepas berbuka pulak aku minum air masak tapi tak banyak mana. Sekarang aku dah tanggung akibatnya! Stress betul aku.

Apa yang jadi? Bibir aku kering dan berdarah. Bila aku buka mulut nak bercakap, memang pedih sebab bibir jadi tegang kan. Bila aku rasa bibir kering, aku terus jilat bibir aku kononnya nak basahkan tapi aku lakukan kesilapan besar. Jilat bibir boleh menyebabkan makin teruk. Alamak!

Apabila bibir kering, tindak balas untuk melembapkan dengan air liur. Betul tak? Kerap menjilat bibir disebabkan ketidakselesaan bibir menyebabkan kekeringan. Memang boleh menjadi rumit untuk mengekalkan kulit terhidrat, terutamanya kepada bibir yang lembut. Dengan angin kering di musim panas dan kekurangan kelembapan di udara, kulit kita boleh menjadi kering, terutama sekali bibir kita! Pada musim panas, keadaan bibir kita juga boleh merosot kerana pendedahan kepada matahari.

Walaubagaimanapun, ia bukan sahaja cuaca yang menyebabkan bibir kering. Terdapat beberapa sebab yang berbeza dan kaedah yang berbeza untuk menyelesaikannya. Korang tahu tak bahawa bibir kering biasanya merupakan tanda masalah dalam saluran pencernaan? Apabila korang dehidrasi, badan korang menarik air dari bahagian lain badan (seperti usus) untuk menghidratkan sel-sel. Ini boleh menyebabkan kekeringan di dalam kolon yang membawa kepada sembelit dan kekeringan di seluruh badan; bibir dan kulit.

Apakah Punca Bibir Kering?

Jangkitan Yis 
Korang tahu bahawa bibir retak ini mungkin tanda jangkitan yis? Ini terutamanya jika korang mempunyai keretakan di sudut mulut. Bibir retak mungkin bermakna korang menghasilkan terlalu banyak yis. Yis ini boleh tumbuh dalam keadaan hangat, lembap yang dihasilkan dari menjilat bibir anda. Langkah penyembuhan terbaik adalah untuk mengekalkan tahap hidrasi; minum banyak air dan elakkan menjilat bibir korang.

Alahan
Kalau bibir korang bengkak, ini mungkin reaksi alergi. Korang boleh mengalami alergi terhadap produk bibir yang korang gunakan. Korang juga boleh alah kepada makanan tertentu. Ambil perhatian tentang apa yang korang makan dan hanya gunakan produk yang sesuai dengan korang.

Dehidrasi
Bibir, mulut dan mata kering adalah semua tanda-tanda dehidrasi. Untuk mengelakkan dehidrasi, disyorkan supaya korang minum lapan hingga dua belas gelas air setiap hari. Kalau korang seorang pesakit diabetes atau atlet, korang haruslah meminum lebih banyak air! Dehidrasi menimbulkan ketidakseimbangan semula jadi mineral di dalam badan kita yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita dan menyebabkan bibir kita pecah.

Kerosakan Matahari
Pendedahan matahari dan angin terutamanya semasa musim sejuk, boleh menjadi penyebab bibir pecah dan sakit. Sekiranya korang berada di udara kering dan musim sejuk, pastikan korang menggunakan produk bibir yang mengandungi bahan pelindung matahari.

Kekurangan Vitamin
Vitamin B2 atau riboflavin, diperlukan untuk fungsi sel, metabolisme lemak dan mengekalkan tahap normal ​​asid amino homocysteine dalam darah. Jika bibir korang pecah dan bengkak, mungkin penyebab dari kekurangan riboflavin. Korang haruslah memakan banyak makanan yang kaya dengan vitamin B2 seperti telur dan daging tanpa lemak.

Terlalu Banyak Vitamin A
Bibir kering bermakna korang mengambil terlalu banyak vitamin A. Tahap Vitamin A yang bahaya boleh berlaku jika korang mengambil terlalu banyak supplement, korang perlu lebih berhati-hati dalam mengambil supplement vitamin A kerana kebanyakan sumber dari pemakanan korang sudah mencukupi. Jika korang mempunyai terlalu banyak vitamin A dalam sistem tubuh korang, kulit dan bibir korang boleh menggelupas dan retak. Ini kemungkinan besar berlaku kepada orang remaja yang makan supplemen vitamin A untuk jerawat mereka.

Ubat-ubatan
Kalau korang mengambil ubat untuk hipotiroidisme, jerawat atau tekanan darah tinggi, korang mungkin mempunyai reaksi alergi terhadap ubat-ubatan ini dan boleh menyebabkan bibir korang menjadi kering dan mengeras. So, korang perlu berjumpa dengan doktor dan bagitahu alergi ubat-ubatan korang itu.

Cara Merawat Dengan Pantas
Cara mudah nak merawat bibir kering sehingga berdarah nie senang je. Korang perlu banyakkan minum air masak dan sapu lip balm. Dan korang perlu ingat! Jangan jilat atau basahkan bibir korang dengan air liur tu. Nanti makin teruk tau!

Nanti bila bibir dah okay, aku pun bolehlah amalkan semula tips yang aku kongsikan dulu. Bibir pun nak cantik oi! Tips apa aku kongsikan? Cara merawat bibir yang hitam dan kusam. Penting nie! Nak bibir mungil je. Hihihi...
Assalamualaikum


Resepi Sotong Masak Kicap Lemon | Sekarang aku masih dalam #misigantipuasaeyqahasnan. Maklum laa, aku nie suka sangat ganti puasa last minutes. Taktahu apa masalah aku. Padahal boleh je nak ganti awal-awal tapi malas. Kalau last minutes macam nie, reti pulak speed sikit ganti tu.

So, sahur tadi aku rajin sikit. Biasanya aku goreng ikan makan dengan sambal belacan je atau aku goreng ayam. Tapi sahur tadi aku buat sotong masak kicap lemon tapi kicap tu aku tak letak banyak pun. Aku tak nak sotong aku hitam sangat sebab perapan pun dengan kunyit.

Bahan-bahan

1. 3 ekor sotong sederhana besar *potong, cuci dan toskan
2. 1 biji bawang holland *dipotong bulat
3. 2 biji bawang merah *blend
4. 2 ulas bawang putih *blend
5. 2 biji cili padi *potong
6. 2 batang bendi *potong
7. 1 sudu kecil blackpepper
8. 1 sudu kecil lada sulah
9. 2 sudu kecil jus lemon
10. 1 sudu kecil serbuk kunyit
11. 3 sudu besar kicap

Cara-cara

1. Perapkan sotong yang telah dicuci dengan serbuk kunyit, lada sulah, blackpepper, jus lemon, bawang merah dan bawang putih selama 20 minit
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Masukkan sotong yang telah diperap dan biarkan sehingga separuh masak
3. Masukkan bendi dan gaul seketika
4. Masukkan kicap dan korang boleh tambah sedikir air jika nak berkuah
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Taburkan bawang holland dan cili padi yang telah siap dipotong
7. Gaul biar sekata dan siap!

Tahu tak? Kalau korang perap lagi lama, lagi best tau! Rasa masam lemon tu cukup. Bila dah letak lemon nie, perasa lain tak payah letak banyak pun tak apa. Dah sedap! Tak percaya? Korang boleh cuba sekarang..
Assalamualaikum

4 Punca Liang Pori Terbuka | Kalau sebelum nie aku kongsi dengan korang tips berkenaan kenali dulu masalah kulit kita. Dan itu sangat penting ya! Bila korang dah tahu, korang boleh buat rutin penjagaan kulit korang tu supaya sentiasa terjaga.

Tapi, kalau kulit korang mempunyai masalah liang pori terbuka, korang perlu tahu apa puncanya. Dan bila korang dah tahu puncanya, baru korang boleh merawat masalah itu dan teruskan dengan rutin penjagaan kulit muka korang.

Produksi Minyak Berlebihan
Setiap kulit memiliki kelenjar minyak tetapi apabila produksi minyak berlebihan dan ditambah lagi dengan sel-sel kulit mati yang berkumpul, boleh menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan minyak tidak akan keluar secara semulajadi akan menyebabkan ukuran liang pori besar dan terbuka.

Tidak Membersihkan Wajah
Kalau korang malas membersihkan wajah setiap hari boleh menjadi salah satu punca liang pori tersumbat. Kotoran sisa make up dan debu boleh kekal dalam liang pori tu. So, korang tidak boleh malas! Peluh pun boleh membawa kotoran masuk ke dalam liang pori tau!

Jarang Melalukan Eksfoliasi
Liang pori yang tersumbat menyebabkan liang pori makin besar. Kalau korang jarang scrub muka tu, memang tetap akan sama laa. Scrub muka korang dua hingga tiga kali seminggu tau! Scrub nie penting untuk menghilangkan sel-sel kulit mati.

Tidak Pakai Sunscreen
Perlu korang tahu manfaat vitamin D dari sinar matahari pagi. Tetapi selepas pukul 9.00 pagi atau 10.00 pagi, sinar matahari akan berubah menjadi berbahaya untuk kulit. Pancaran sinar matahari siang dapat melemahkan kolagen yang mampu menjaga untuk kekuatan pori. Jadi sangat penting untuk korang pakai sunscreen untuk melindungi kulit kita sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Duduk dalam rumah pun wajib pakai sunscreen okay!
Assalamualaikum


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 | Tepat pukul 4.00 petang tadi, sekali lagi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.

Dibawah ini aku kongsikan dengan korang berkenaan teks ucapan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera..

Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di rumah. Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan apabila balik ke rumah jangan lupa mandi dulu. Kemudian barulah buat apa-apa aktiviti bersama keluarga.

Di awal ucapan saya ini, saya nak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat.

Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta. Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID 19, hospital swasta menerima pesakit-pesakit bukan COVID 19 untuk dirawat.

Terima kasih juga kepada anggota polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya. Anda berpanas, berhujan, tetapi terus menjalankan tugas. Syabas saya ucapkan.

Juga kepada anggota Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang turut membantu. Saya ucapkan terima kasih.


Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka buat secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat.

Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Samada grab food, food panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko. Orang lain duduk di rumah, anda keluar rumah untuk pastikan orang lain boleh makan. Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia. Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motor laju-laju. Anda juga insan yang hebat.

Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Saudari-saudari yang saya kasihi,
Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.

Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.

Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenalpasti menjadi punca penularan wabak ini.

Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.

Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.

Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.

Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari, saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya.

Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.

Walaupun keadaan di negara kita insyaAllah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita.

Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus. Pendatang asing tanpa izin biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini. Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara kita. Na’uzubillah.

Jadi, saya telah arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya perketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara.

Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.

Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.

Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask.

Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. Untuk itu, kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garispanduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Sebuah jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahankan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.

Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.

Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara.

Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirit and continue to fight. If we persevere, insyaAllah we will win.

Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Tahap pematuhan PKP di negara kita adalah tinggi dan ini menunjukkan saudara-saudari semua faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Teruskanlah sikap yang terpuji ini. Teruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada Allah jualah kita berserah.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Demi kesihatan dan keselamatan semua, aku sanggup #stayathome nie lagi walaupun aku bosan sebab tak boleh keluar. Covid19 nie kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil dan tak nampak, sekali dia menyerang, ramai yang hilang nyawa.

So, korang please #stayathome #kitajagakita. Semoga kita sama-sama dapat putuskan rantaian Covid19 ini. Ramadhan bakal menjelma! Walaupun kita perlu patuhi PKP, bersyukur kerana kita masih bersama keluarga untuk menyambut Ramadhan kali nie..