Assalamualaikum

Buymall l Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

Adakah anda pernah shopping di Taobao?

Membeli belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana harganya murah lagi ada banyak faktor pilihan. Aku selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang aku beli! Lebih lebih lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, aku dapati satu platform yg best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat juga menghantar barangan yang besar dan berat!

Apa tu Buymall?

Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy For Me dan Ship For Me. Aku guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin!

Kenapa beli taobao dengan Buymall?

Pasti saudara saudari menghadapi challenge yang sama dengan aku, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller?

Tapi dengan Buymall, aku tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti aktiviti pembelian, seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain lain lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg!

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy--For--Me)

Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan start membeli--belah.


Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao.

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran.

Cara beli Taobao Di Buymall (Ship--For--Me)

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Easy kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy--For--Me fee).

Buymall juga provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian:

Cara Penghantaran

Masa penghantaran air freight mengambil masa 4--7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15--22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif.

Pickup Servis

Anda boleh choose pickup sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat utk pick up korang barang bila--bila masa lapang. Ia juga lebih murah berbanding dengan door to door service.

Safe

Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau korang barang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi!

Bukan ini sahaja, anda juga boleh mendapat extra income dari Buymall ! Refer friendmu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan--rakan anda utk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama--sama!

Website : https://www.buymall.com.my/?refid=164068
Instagram : https://www.instagram.com/buymall.official/
Facebook : https://www.facebook.com/buymall.com.my/

Assalamualaikum

Kejutan Hari Lahir Untuk Si Dia | Sementara off day, rajin je laa duduk depan komputer nie nak update blog. Kalau tak, memang tak laa aku nak layan blog. Nie rajin pun sebab dah settle kemas bilik yang bersepah teruk sebab busy kerja. Balik je kerja memang tak layan nak kemas bilik. Aku layan penat dan tidur terus.

Entry nie pun aku kongsikan supaya jadi kenangan untuk aku. Kira macam entry #lovehaterelationship aku. Hihihihii.. gigih kan aku update walaupun dah terlambat hampir seminggu. Masa pun tak sesuai sangat tapi okay laa tu, aku tetapkan nak coretkan kenangan disini.

Pada 02.08.2020 hari tu birthday si dia. Sebulan sebelum hari bermakna tu, aku dah penat google nak bagi hadiah apa. Kalau boleh, nak hadiahkan sesuatu yang dia akan pandang selalu. Dan sebelum dia buat apa-apa, dia fikir dulu bila tenung hadiah yang aku bagi tu.

Apa yang aku hadiahkan? Aku hadiahkan sekeping gambar yang aku telah frame kan. Gambar aku edit biar nampak seakan smudge art walaupun tak. Aku tak pandai nak bermadah macam orang lain, aku tak pandai nak manja and whatsoever. Bila aku mampu buat kejutan simple macam nie pun, bagi aku dah satu kejayaan. Hahahahaa..

Sebenarnya, aku buat hadiah tu simple sangat. Dalam kotak tu, aku letak coklat, frame gambar, perfume, kad ucapan dan 12 nota kecil sebagai luahan hati aku untuk dia. Okay laa tu untuk orang tak reti nak sweet macam aku nie.

Walaupun aku dah wish dalam Whatsapp, wish depan-depan, wish lagi dalam kad ucapan tetapi aku tetap nak coretkan ucapan disini. Kenangan yang tak akan aku dapat atau beli dari mana-mana tempat. Terlalu istimewa untuk aku.

Selamat ulangtahun kelahiran buah hatiku nan satu. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan rezeki yang berlipat ganda buatmu, merahmati hidupmu, panjangkan usia, berikan kesihatan yang baik dan sempura serta bahagia disamping orang yang menyayangi dirimu. Percayalah, semua orang sayangkan dirimu.

Terima kasih kerana selalu ada denganku. Aku terima mu seadanya sebagaimana dirimu menerima diri ini yang serba kekurangan. Dengan bertambahnya usiamu, semakin matang abang dalam menangani masalah yang mendatang. Semoga Allah swt permudahkan urusan abang dan urusan kita.

Happy 30th birthday my man!

Aku menaip nie tetiba terbit rasa sedih. Sedih bila fikirkan banyaknya dugaan yang mendatang. Selalu goyah tetapi bertahan demi perasaan yang mendalam ini. Lalui dugaan demi dugaan. Betul, syaitan akan selalu ganggu orang yang bina masjid nie.

Assalamualaikum


Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku 2 Full Episode | Kesinambungan drama adaptasi novel '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Drama terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Jamal Khan. Akan menemui bermula 2 Julai 2020, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

Sinopsis

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

Baca: Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku Full Episode

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Assalamualaikum

Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku Full Episode | 7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2016 adaptasi novel dengan judul sama karya Siti Rosmizah, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Drama arahan Jamal Khan ini bersiaran di Slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016.


Sinopsis

Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Baca: Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku 2 Full Episode

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?