Assalamualaikum

Hati Yang Tersakiti

Drama Slot Samarinda - Hati Yang Tersakiti Full Episode | Drama bersiri 'Hati Yang Tersakiti' di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Drama bersiri 15 episod arahan Feroz Kader terbitan oleh Art Ornament. Drama ini telah menemui penonton bermula 15 Oktober 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis

Mengisahkan Haris dan Mona yang melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia walaupun belum beroleh rezeki cahaya mata.

Mona kemudian mendapat tahu yang kawan karibnya, Farah sedang berdepan dengan tekanan selepas melalui penceraian dengan bekas suami.

Dengan niat membantu, Mona menumpangkan Farah untuk tinggal bersamanya tanpa mengetahui perkara itu menjadi titik tolak kepada keretakan rumahtangganya apabila Haris dan Farah menyimpan perasaan sesama sendiri.

2 Comments

  1. semua salah mona....sapa ajar org bukan muhrim suami boleh duduk sekali,ikut hukum tak boleh...sedangkan adik perempuan pun tak boleh ,kena ada org lain temankan,tak boleh berdua dengan suami kita bukan muhrim...ini la padahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn! Mona puncanya sebab ajak bukan muhrim macam tu. Tinggalkan pulak dengan suami dia. Arghh emo betul!

      Delete