Assalamualaikum


Drama Slot Samarinda - Aku Yang Kau Gelar Isteri Full Episode | Drama bersiri 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, dan Atiq Azman. Drama seram 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Ditayangkan mulai 17 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Assalamualaikum


Jenis Politik Kerja Yang Sangat Menjengkelkan | Ditempat kerja, mustahil tiada politik kerja. Apatah lagi apabila dah cukup korum untuk korang membentangkan 'budget' untuk korang umpatkan. Situasi sama seperti dewan parlimen tau! Banyak jenis politik kerja nie.

Ditempat kerja aku sekalipun, haruslah politik kerja itu wujud. Bagaimana politik kerja di tempat aku? Mana boleh cerita! Nie aku kongsikan jenis-jenis yang selalunya wujud. Alaa dalam drama berlambak okay politik kerja macam nie. Jangan cakap korang tak perasan pulak.


Kuih Talam Basi

Kuih talam basi ini sangat familiar dalam organisasi dan sememangnya wujud! Walaupun korang nampak dia baik tersengih-sengih depan korang, ambil berat tentang permasalah korang, percayalah. Itulah kuih talam basi. Sekali korang bercerita, confirm sekejap je benda tu tersebar.

Si Gila Kredit

Semua benda dalam pejabat tu, senang-senang je dia take credit walaupun itu hasil titik peluh keringat siang malam korang. Kalau dia tolong korang sekejap je, dia bangga diri seperti dia yang buat. Akhirnya dia mendapat ganjaran tapi bukan korang!

Akulah Segalanya

Haa yang nie confirm ada. Confirm! Walaupun dia baru masuk kerja, dia punya acah-acah tahu macam dah 5 tahun kerja disitu. Dialah segala tempat sumber maklumat. Hanya dia! Tiada yang lebih penting dari dirinya!

Si Mastermind Yang Licik

Licik dan berbakat memang gelaran untuk si mastermind nie. Dia mampu mempengaruhi orang lain untuk ikut cara dorang secara tak langsung. Jadi, kita pun susah nak tahu dia nie macam mana. Tetapi cara mudah, berhati-hati dengan akal pemikiran logik dorang dan nilaikan sendiri. Mastermind yang licik nie sama macam kuih talam basi.

Penasihat 25%

Walaupun ada politik kerja yang negatif, masih wujud politik kerja yang positif walaupun nilai peratusan tu sangat rendah. Dengan si penasihat ini, mungkin keadaan mampu jernihkan kembali keadaan yang keruh sesama pekerja.

Jika korang jumpa atau tersenarai dalam politik kerja ini, avoid! Sila hindari segera. Percayalah, itu petanda yang tidak baik dan persekitaran yang tidak sihat. Kalau kita sebagai mangsa, jangan lawan mulut. Jangan jadi bodoh! Kita balas dengan menggunakan psikologi. Trust me, it's work and worth!

Some people enjoying politic because they want the power. They want and always wanted to be the most influential at the office. And sometimes, they just want to win the war. Tapi kita rugi jika taksub dengan politik kerja. Musnah periuk nasi jika salah langkah!

Work wise until you don't have to introduce yourself. Work hard until your idols become your rivals.  Don't stop until your signatures become your autograph.
Assalamualaikum


Tips/Petua : Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat | Bila main masak-masak, pegang cili dan haa! Mula laa rasa pijar teruk tangan nie. Rasa panas je.. nie pulak tengah #stayathome, memang masak je laa. Aku pulak sejenis suka makan yang pedas. Tangan kerap pijar okay!

Pernah tangan aku pijar teruk sebab pegang cili padi tu, aku buntu gila cari jalan nak hilangkan pijar nie. Sampai satu tahap aku genggam ais tau tapi tetap jugak tak hilang. Pijar tu sampai pedih je rasa tapak tangan. Disebabkan aku tahu macam mana rasa pijar tu, mehh sini aku kongsikan dengan korang cara mudah nak hilangkan tangan yang pijar tu dengan cepat.

Cara 1: Lumurkan Garam Atau Gula

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa. Ataupun korang boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda. Selain menggunakan garam, ada juga yang menggunakan gula dengan kaedah yang sama untuk hilangkan pijar.

Cara 2: Genggam Beras

Cara kedua korang boleh letak tangan korang yang pijar tu ke dalam bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Tapi pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya. Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.

Cara 3: Sapu Susu Pekat

Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus. Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.

Cara 4: Sapu Minyak Masak

Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama iaitu dengan menggunakan minyak masak. Korang ambil sedikit minyak masak dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pijar tu.

Cara 5: Guna Hampas Kelapa

Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.

Cara 6: Rendam Dalam Air Asam Jawa

Satu lagi cara yang boleh korang cuba adalah menggunakan asam jawa. Letak sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.

Cara 7: Gosok Tangan Pada Keluli

Petua yang akhir ini mungkin macam kelakar tapi berkesan tau! Korang boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega. Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Assalamualaikum


4 Hal Berkaitan Broken Link | Broken link, pernah dengar? Semua link itu harus menuju pada tempat yang betul dan jangan sampai ada link yang mengarah pada halaman yang page not found atau 404 page not found. Page not found itu adalah halaman yang tidak ada halamannya.

Broken link berasal dari kata broken dan link, broken ertinya pecah, mati dan link ertinya tautan, link. Jadi, broken link itu adalah link yang mati. Jika di klik maka akan menemukan halaman yang tertera page not found.

Broken link juga dianggap sebagai link web atau url yang tidak terjangkau. Atau menurut bahasa umumnya adalah link yang rosak atau url dalam web atau blog anda yang tidak berfungsi. Banyak di antara anda yang mungkin tidak mempedulikan hal seperti ini sama ada sedar atau tidak.

Apa keuntungan broken link?

Kadang kala broken link itu mampu buatkan pengunjung lain masuk ke dalam blog kita dengan broken link itu. Kadang kala okay!

Apa kerugian broken link?

  • Pengunjung akan merasa kecewa ketika halaman yang dituju tidak ditemui. Kemungkinan mereka akan pergi dan tidak akan kembali lagi ke blog anda.
  • Jika anda sebagai seorang penjual, sebagian besar pelanggan online menganggap hyperlink rosak sama halnya menipu dan terkesan ada rasa tidak hormat pemilik website kepada pengunjung. Hal ini akan merosak reputasi anda secara peniaga online.
  • Yang lebih parahnya lagi, Search Engine Optimization (SEO) ( Google, Yahoo, Bing, dll ) akan memberikan nilai negatif untuk website/blog anda. Mereka menganggap anda tidak profesional dalam membangun blog atau website.

Mengapa ada broken link?

Seperti yang telah dijelaskan diatas, broken link adalah link yang mati atau link yang tidak valid. Jadi, kemungkinan penyebab adanya broken link ini adalah:
  • URL yang dituju sudah berubah atau telah diganti
  • URL yang dituju sudah dihapus.

Bagaimana cara mengetahui adanya broken link?



  1. Masuk ke http://www.brokenlinkcheck.com/
  2. Masukkan alamat blog yang ingin di semak pada kotak yang tersedia, kemudian klik FIND BROKEN LINKS
  3. Tunggu hingga proses semakkan selesai
  4. Broken link pada blog anda akan terpapar. Jika tidak ada, maka blog anda bebas dari broke link
  5. Jika ada, perbaikilah satu-satu

Apa broken link boleh diperbaiki?

Kebiasaannya boleh diperbaiki dengan menggunakan google webmaster tool dan http://www.brokenlinkcheck.com/. Proses perbaiki memang agak sukar, jadi perbaikilah satu persatu.

NOTE!

Broken link aku terdapat pada comments dan backlink. So, cara aku sendiri ialah aku delete comment reader itu dan aku remove backlink. Mata kena tajam sikit untuk tengok list broken link tu. Entry mana yang ada broken link. So, selamat mencuba semua! Harap dapat membantu walaupun sedikit.

Assalamualaikum

Drama Slot Samarinda - Takdir Yang Tertulis Full Episode | Drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' bakal mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin. Drama ini bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Assalamualaikum

5 Alasan Mengapa Cinta Sering Kali Buatmu Kecewa | Ketika menjalinkan hubungan cinta, jangan pernah korang harapkan hubungan itu bahagia semata-mata. Kerana kebahagian dan kekecewaan sebenarnya seiring bersama dalam sesebuah hubungan itu.

Macam aku, sering tertanya-tanya kenapa aku selalu kecewa walaupun saling mencintai. Tapi aku kena sedar bahawa setiap hubungan pasti akan dugaan yang badai melanda. Sekuat mana pun aku cuba pertahankan, dugaan tetap ada. Semuanya bergantung pada pasangan itu untuk pertahankan atau lepaskan genggaman itu.

5 Alasan Mengapa Cinta Sering Kali Buatmu Kecewa

1. Terlalu mencintai melebihi cinta pada diri sendiri

Kalau kita cintakan seseorang itu melebihi cinta pada diri sendiri, jangan persoalkan kenapa kita kecewa. Jika kira terlampau pentingkan dirinya tanpa memikirkan diri kita, kita akan lebih rasa kecewa bila dia tidak dapat penuhi kehendak kita.

Cintakan dia sewajarnya. Jika kita patah hati di kemudian hari, kita tidak akan terus kecewa.

2. Letakkan harapan terlampau tinggi dalam sesebuah hubungan

Dalam sesebuah percintaan, elakkan untuk letak harapan yang tinggi. Terbang tinggi di awan, kelak jatuh, sakit semuanya. Faham?

Jika hubungan tidak seperti yang diharapkan, hubungan terputus di tengah jalan, kita akan kecewa sehingga susah untuk bangkit. Maka, jalani hubungan cinta tanpa letak harapan yang terlampau tinggi.

3. Harapkan pasangan memahami sedangkan itu tidak berlaku

Kita sering mengharapkan pasangan kita untuk memahami diri dan hati kita. Sedarlah, kita bercinta sesama manusia bukan robot. Kita tidak boleh kawal dia untuk faham keadaan kita.

Kita perlu berterus terang untuk pasangan kita memahami kehendak dan kemahuan kita. Kalau nak tunggu pasangan kita memahami, kita mungkin akan mengalah awal.

4. Hanya berlandaskan cinta semata

Dalam hidup nie, banyak benda yang boleh kita lakukan. Jika kita fikirkan cinta semata-mata, jangan tanya mengapa kita kecewa. Kita berdiri di bumi yang nyata. Hidup kita bukan untuk cinta semata-mata.

Hayati dan selami benda-benda yang boleh buat kita bahagia dan rasa dihargai. Contohnya bahagiakan kedua ibu bapa, luangkan masa bersama kawan-kawan, bina kerjaya dan sebagainya. Jangan letakkan hidup untuk cinta.

5. Cinta semakin pudar

Kadang kala makin lama kita bercinta, makin pudar rasa cinta. Tak selamanya cinta akan sering mekar. Tapi bila kita seimbangkan dengan kesetiaan, komitmen dan rasa percaya, cinta itu akan sentiasa mekar.

Cinta itu sebagai tambahan dalam hidup kita. Apabila kita jalani kehidupan seharian kita, kita selitkan cinta untuk tidak kelihatan bosan.

Justeru itu, kita kena ingat bahawa cinta bukan berikan kita bahagia sahaja. Dia berikan kita pelbagai rasa untuk kita.

Assalamualaikum

Slot Lestary TV3 - Melastik Ke Hatimu Full Episode | Drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Drama ini bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.

Sinopsis

Mengisahkan Haura (Janna Nick) seorang pekerja kilang yang berpewatakkan kasar, tetapi hidupnya sering diatur oleh ibunya. Percintaan Haura dengan jejaka pilihannya, Naim (Hafidz Roshdi) dihalang oleh ibunya, Mak Limah (Azizah Mahzan) kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga mereka. Naim pula hanyalah seorang peon, yang semestinya dipandang rendah oleh Mak Limah.

Bukan Haura sahaja, malah kakaknya Faida (Puteri Sarah Liyana) juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada juga atas sebab yang sama. Faida sebagai seorang anak yang baik mengikut kemahuan ibunya. Namun, Mak Limah kecewa apabila selepas berkahwin, dia mendapati Azzam walaupun seorang yang berada, tetapi dia juga merupakan seorang yang kedekut.

Naim pula sedar yang Mak Limah enggan bermenantukannya namun dia tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah ditempat kerja mula menarik perhatian Pengurusnya, Ziyyad (Andi Bernadee). Ziyyad pula mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mula mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia. Dalam masa yang sama, Mak Limah bertemu Naim dan mengatakan dia setuju dengan hubungan Naim dengan anaknya tetapi dengan syarat pertunangannya adalah Naim mesti membawa wang hantaran sejumlah RM20 ribu. Naim bersetuju dengan syarat tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut.

Namum, pada hari pertunangannya, Naim tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Haura sangat kecewa dan oleh kerana marah dia menyerahkan kepada ibunya untuk buat keputusan selanjutnya. Dalam pada itu, Ziyyad yang mengetahui situasi Haura muncul menjadi penyelamat dengan menghantar rombongan meminang. Merasa lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran Ziyyad dengan hati terbuka apatah lagi mengetahui Ziyyad merupakan pengurus kilang tempat Haura bekerja.

Adakah Haura akur dengan keputusan ibunya dan menerima Ziyyad? Adakah Naim akan merelakan Haura begitu sahaja?