Assalamualaikum
Dah selepas seminggu, baru dapat update pasal benda nie. Bukan apa, busy sangat sepanjang minggu sampai tak sempat update. Bila bos ada di resort nie, memang kerja aku menambah. Design bertambah weyy. Tak boleh dah nak balik awal 😭

15072017 hari tu aku pergi main Ceas Atv Outdoor Tasik Puteri,Bukit Besi. Niatnya nak pergi mandi air terjun situ je. Bila sampai sana, nampak atv. Aku pun apa lagi, terus cakap kat ayah nak naik atv nie. Kumpul semua, terus sewa atv. Atv nie banyak pilihan tapi aku pilih yang paling murah dan tak extremes. Weyy! Menakutkan kot sebab first time nak try. Kalau dah pandai control semua, baru pilih yang extreme.

Aku pilih packages paling rumah iaitu RM10 sebuah atv. Aku sewa lima buah atv sebab cousins aku pun join sekali. Berat! Itu je aku boleh cakap. Susah nak control sebab macam berat sangat sampai susah nak gerakkan masa selekoh. Lama-lama tu baru okay sikit.

Yang bestnya walaupun RM10, bagi aku extreme jugak. Naik bukit, masuk lompak air, lalu celah-celah pokok.. Huhuhuuu menjerit aku sebab takut siap nak terbalik atv aku buat aku. Nasib baik abang atv tu tolong. Dah dah, jom tengok gambar dan video. Taktahu nak update apa dah.. Seriously dalam gambar nie muka gelap sebab kesan burn gotong royong tepi pantai.