Assalamualaikum


Kuala Lumpur adalah syurga shopping bagi kaum wanita di luar sana tu. Setuju tak? Haruslah setuju, kan? Mana taknya, sekitar Kuala Lumpur nie terdapat banyak tempat shopping yang kita boleh pergi. Nak fesyen apa semuanya ada di Kuala Lumpur! So, apa kata cuti yang akan datang nie korang semua bawaklah anak-anak atau kawan-kawan korang datang menghabiskan masa yang terluang tu datang sini berjalan sambil mencuci mata di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nie. Haaa! Kalau korang tak tahu nak menginap hotel mana dekat Kuala Lumpur nie, haa tak payah pening-pening fikir. Sini aku nak bagi tahu satu hotel yang menawarkan harga yang berpatutan dan yang paling penting hotel nie bertempat di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur okay!

Superior Room
Deluxe Room
Executive Suite Room
Suite Room
Suite Room
Nama hotel yang aku nak kongsi dengan korang tu ialah Premiera Hotel Kuala Lumpur. Uitt! Nama hotel pun dah kerlasss gitu! Hotel nie berhampiran dengan Dataran Merdeka iaitu mengambil masa hanya selama 15 minit dengan berjalan kaki. Terdapat empat pilihan bilik dengan harga yang berbeza iaitu Superior Room, Deluxe Room, Suite Room dan Executive Suite Room. Setiap bilik yang terdapat disini sangat-sangat selesa okay! Aku suka sangat dengan cara penyusunan dan hiasan dalaman dalam bilik di hotel nie sebab it's just a simple room tetapi berkonsepkan elegant gittuu! Kalau korang nak bilik yang lagi selesa, korang boleh pilih Deluxe Room, Suite Room or Executive Suite Room. Kalau korang nak tahu, setiap bilik di sini mempunyai pemandangan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang sangat cantik! Tak nak ke korang oii? Rugi tau! Hihihihihihii...

Okay! Now aku nak cerita antara facilities and service that is provided here. Antaranya ialah fasiliti dalam bilik iaitu Electronic Key Lock System, hairdryer, iron and iron board, coffee & tea making, TV LCD and if korang nak extra bad, korang bolehlah request termasuk surat khabar dan banyak lagi. Facilities yang lain pulak seperti khidmat pembersihan harian, ruang menyimpan bagasi, dobi, tempahan untuk jamuan atau mesyuarat, bilik bebas merokok dan banyak lagi pilihan oiii! Disini juga terdapat restoran yang menyajikan makanan buffet atau ala cart dimana makanan yang disajikan ialah masakan asia dan barat. So, korang bolehlah makan apa yang korang nak. Banyak pilihan menanti anda! Makanan kat sini juga sedap dan lazat! Dan yang penting harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan kelazatan makanan yang disediakan. Tidak rugi!

Macam aku bagitahu tadi, hotel nie berhampiran dengan pusat membeli belah yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Mesti korang nak tahu kan Shopping Mall apa yang berhampiran dengan hotel nie. Antaranya ialah Maju Junction Mall, Sogo, Masjid India, Sunway Putra Mall, Suria KLCC, Berjaya Times Square dan banyak lagi sebenarnya. Haaa banyak kan? Korang boleh berjalan kaki je kalau nak ke tempat yang aku sebut tadi kalau korang stay di Premiera Hotel nie. Tak payah la korang nak pening-pening kepala fikir nak redah jammed nak cari parking lagi. Betul tak? Aku pun tak sanggup nak redah jammed yang gerak macam sifut tu. Hahahaha.. Selain dari tempat shopping nie, korang pun boleh pergi ke tempat yang lebih menarik di sekitar hotel nie antaranya seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan sebagainya..

Haaa.. Selain restaurant yang terdapat dalam Premiera Hotel tu, korang juga boleh makan di Maju Palace Cantonese Cuisine bagi yang menggemarkan makanan Chinese ye. Kalau taknak, korang boleh makan di Sogo dalam tu banyak tempat yang korang boleh pilih untuk makan. Banyak juga pilihan menu yang menarik! Selain itu, di KLCC pun ada tempat makan iaitu di food court KLCC di tingkat atas. Pergghhh! Makanan yang ada kat situ memang sedap weyy! Dahlah banyak pilihan makanan okay. Tak payah korang risau nak makan apa. Tunjuk je!

Untuk pengetahuan korang, Premiera Hotel nie menerima sambutan yang sangat luar biasa dari penginap yang pernah menginap di sini tau antaranya ialah lokasi hotel nie yang sangat strategik, pemandangan yang sangat mengagumkan, bilik yang selesa dan banyak lagi. So, korang jangan buang masa lagi. Apa nie asyik baca entry nie je? Jom la book hotel nie di www.traveloka.com untuk rate yang paling best! JIMAT DENGAN TRAVELOKA DAN NIKMATI HOTEL YANG SELESA!