Resepi : Sambal Kerang Mudah

By Eyqa Hasnan - November 23, 2017

Assalamualaikum

Resepi nie bagi aku paling mudah! Kalau teringin sangat nak makan sambal kerang, memang dalam masa 20minit dah boleh hidangkan dengan syarat bahan-bahan semua dah tersedia. Sambal kerang nie aku lawankan dengan nasi putih. Lepas tu hidangkan jugak dengan lemang. Perghh! Memang mantop gabungannya!

Bahan-Bahan:-
1. Kerang yang siap direbus dan ditoskan
2. Dua biji bawang besar*
3. 4 biji bawang putih*
4. Setengah genggam cili kering*
5. Air asam jawa
6. Kicap *Optional
7. Cuka *Optional

Cara-Cara:-
1. Blend bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi sehingga terbit minyak
3. Masukkan air asam jawa, sedikit kicap dan cuka
4. Perasakan dengan garam dan gula
5. Masukkan kerang dan balik-balikkan
6. Masukkan potongan bawang bulat macam donut itu *Optional
7. Sedia untuk dihidangkan

Mudah tak? Memang aku sediakan tak sampai 20 minit pun. Terus hidangkan. Sedap weyy! Serious tak tipu. Nak lagi sedap lawankan jugak denga telur dadar tabur cili padi. Memang tak pandang kiri kanan dah masa makan.

P/S : Ini cara dan gaya aku masak tau. Bukan cara orang lain sebab nama pun air tangan aku. Hahahahaa.. Sengaja bagitahu awal-awal 😝

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Feveret encik suami ni kalau makan dengan nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergghhh! Sedap tu kalau makan nasi lemak sambal kerang

      Delete
  2. nampak menarik ni. Tapi malas nak kopek kerang T_T

    ReplyDelete