Assalamualaikum

10 Cara Penjagaan Rambut | Katakan Tidak Pada Rambut Kusut Dan Rosak | Tak kira sama ada bertudung atau tidak, penjagaan rambut sangat penting. Rambut adalah mahkota wanita yang perlu dijaga dan dirapi sebaik mungkin. Jadi, kali nie aku kongsikan dengan korang penjagaan rambut yang aku sendiri amalkan.

10 Cara Penjagaan Rambut Agar Kelihatan Lebih Sihat

1. Penggunaan syampu yang sesuai

Sebelum membeli syampu, pastikan korang kenali terlebih dahulu jenis rambut korang. Setiap jenis rambut memerlukan kelebihan syampu yang berbeza. Syampu yang terbaik tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben.

2. Perapi rambut membantu menghasilkan rambut yang halus

Perapi rambut; conditioner membantu untuk menghasilkan rambut yang lurus dan tidak kusut. Yang menariknya, selepas bilas rambut, confirm rambut lembut dan halus je.

3. Amalkan penggunaan hair mask dua kali seminggu

Untuk mengurangkan rambut kusut dan melembutkan rambut, pastikan korang mengamalkan penggunaan hair mask dua kali seminggu. Selain itu, hair mask juga membantu mengurangkan risiko kerosakan rambut.

4. Gunakan minyak rambut atau hair serum

Sesetengah orang berfikir hair serum tak penting. Salah! Hair serum atau minyak rambut adalah penting untuk membantu rambut tampak lebih sihat dan terurus. Rambut tidaklah nampak bercabang.

5. Akar rambut lebih kuat dengan hair tonic

Sekarang makin viral dengan hair tonic. Rupa-rupanya hair tonic mempunyai kelebihan yang tersendiri. Untuk mempunyai akar rambut lebih kuat, korang disarankan menggunakan hai tonic. Rambut tidaklah kerap gugur.

6. Sikat rambut sebelum syampu rambut

Sebelum korang syampu rambut, pastikan korang sikat rambut terlebih dahulu. Untuk rambut yang kusut dan rosak, jangan lupa untuk menyikat rambut semasa rambut dalam keadaan basah. Dan sikat yang bergigi jarang sangat sesuai untuk rambut yang beralun.

7. Jangan overheat rambut semasa blow dry

Korang yang suka menggunakan hair dryer, pastikan korang tetapkan tahap kepanasan yang sesuai. Rambut boleh mudah putus dan rosak apabila suhu terlalu panas. Selain itu, jika korang blow dry rambut, tetapkan suhu paling rendah.

8. Jangan ikat terlalu ketat

Korang suka mengikat rambut, pastikan ikat rambut tidak terlalu ketat sehingga rambut nampak tertarik. Kerana rambut korang akan jadi rapuh dan gugur. Pemilihan getah rambut yang berkain lembut juga merupakan langkah penjagaan rambut.

9. Trim bahagian hujung rambut

Bagi mengelakkan hujung rambut bercabang, lebih baik dipotong. Rambut akan tampak lebih sihat dan tidak bercabang.

10. Sarung bantal jenis silk

Untuk pengetahuan korang, sarung bantal dan cadar juga memainkan peranan yang besar. Sarung bantal jenis silk akan mengurangkan geseran rambut semasa tidur. Rambut korang mungkin tidak akan kusut apabila bangun tidur.