7 Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah

By Eyqa Hasnan - November 28, 2017

Assalamualaikum

7 Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah | Tips nie ditujukan khas kepada anak-anak yang masih bujang/duda untuk memikat anak dara/janda, atau bahasa mudahnya perempuan masih bujang. Bukan untuk memikat isteri atau tunangan orang lain. Kau nak kena hempuk dengan cameti ke apa?

Wanita nie tak susah pun kalau nak pikat jika kena dengan caranya. Bukan apa, janganlah korang nak memikat menggunakan cara zaman 90an. Zaman dah berubah, gaya perempuan sekarang makin menggila! Harus kena pada tempat, masa dan cara. Macam mana? Jom baca!

1. Sentiasa Membuat Jenaka Intelek; Lawak 'Pandai'
Wanita memang suka lawak jenaka dan gelak ketawa menunjukkan mereka selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, wanita yang kreatif adalah sedikit berlainan dari wanita biasa. Mereka menyukai jenaka yang intelektual atau berkaitan dengan minat mereka.

Anda perlu pandai menyusun jenaka anda secara selamba dan selain itu juga berinformasi. Sedikit lawak juga akan membuatkan jenaka itu lebih berkesan. Ingat! Lawak 'pandai' ya, bukan lawak 'bodoh'.

2. Sentiasa Buatkan Mereka Selesa
Wanita sebegini amat terbuka tentang jantina namun ada batas-batasnya. Pemikiran mereka agak selari dengan lelaki. Maka, topik-topik lelaki boleh dibincangkan dengan mereka asalkan tidak melangkaui batas.

Jangan biarkan mereka terasa terasing dalam topik perbualan anda ketika dalam perbualan kumpulan atau perseorangan. Mereka mungkin akan cuba masuk dalam perbualan anda tetapi ada golongan wanita yang agak malu ketika berbual dengan lelaki. Jadi anda perlu memberi ruang untuknya.

3. Hadiahkan Sesuatu Yang Unik
Jika anda hendak menghadiahkan sesuatu yang unik pada teman wanita anda yang kreatif, jangan berikan sesuatu yang biasa seperti bunga atau aksesori. Berikan sesuatu yang luar biasa bergantung pada minat teman wanita anda. Jikalau anda hendak menghadiahkan sesuatu yang biasa juga, sampaikan dengan cara yang unik dan luar biasa. Wanita yang kreatif amat menghargai kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh teman lelaki mereka.

4. Tonton Cerita Wayang Lain Dari Yang Lain
Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kreatif, pastikan cerita wayang itu menarik dan mempunyai teknik sinematografi dan efek visual yang lain dari yang lain.

Cerita romantik atau seram yang biasa membuatkan teman wanita anda berasa cepat bosan dan mereka mungkin rasa mengantuk atau mahu keluar cepat dari wayang. Selain itu, jika cerita wayang itu amat menyakinkan dan memukau teman wanita anda, mereka akan bercerita topik wayang tersebut selepas keluar panggung wayang.

Pastikan anda membuat kajian terhadap wayang tersebut sebelum menontonnya kerana teman wanita anda mungkin akan bertanya soalan trivia tentang wayang tersebut.

5. Fahami Bidang Yang Mereka Ceburi
Jikalau teman anda seorang yang kreatif, pastikan anda mengetahui atau cuba mendalami apakah bidang yang mereka ceburi. Walaupun anda mungkin tidak mengetahuinya, namun mereka amat gembira apabila anda mengambil tahu apa yang mereka buat ataupun cuba untuk mengetahuinya.

Mereka juga akan sentiasa cuba untuk menerangkan pada anda bidang yang mereka lalui. Jadi cubalah menambat hati mereka dengan mengambil kira minat mereka.

6. Romantik
Jika anda seorang yang romantik, ianya akan memberi kelebihan pada anda. Sajak dan kata-kata puitis akan dapat menambat hati wanita yang kreatif. Namun ianya perlu ikhlas dan lahir dari hati. Jika anda berniat sesuatu yang tidak baik, mereka akan segera mengesannya kerana hati mereka yang sensitif.

7. Sentiasa Ambil Berat
Hati wanita yang kreatif adalah sensitif. Jadi sentiasalah mengambil berat tentang mereka, perasaan mereka dan pendapat mereka. Sifat hormat pada satu sama lain juga adalah bagus untuk perhubungan.

Jeng jeng jeng... Ini sekadar pertolongan mudah atau tips untuk lelaki mendekati wanita yang masih bujang seperti aku *cough*. Tapi kalau korang yang lelaki ada cara tersendiri yang lebih mudah dan ianya menjadi apabila memikat wanita, jom kongsikan!

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Semuanya tepat sekali terutama no 2. Apa2 pun, keselesaan paling penting. Kalau tak selesa, macam mana nak teruskan hubungan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul tu. Angkat kaki dan blah kalau tak selesa nanti

      Delete