Assalamualaikum

Kempen 916 Gold Day Dan Kempen Beli Barangan Malaysia Di PG Mall | Penat dan kebas jari asyik scroll je cari barang keperluan. Nak keluar, malas dengan keadaan sekarang yang banyak virus menyerang. Nak mudah? Beli online je laa. Klik klik pilih, bayar dan tunggu sampai depan pintu rumah je.

Tapi kalau aku, aku akan PG Mall. Platform online shopping; PG Mall nie mula ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Dan PG Mall ini platform e-dagang nombor satu di Malaysia dan satu-satunya e-dagang tempatan. Walaupun PG Mall baru lagi tetapi ia tersenarai sebagai Top 3 Most Visited Online Marketplace di Malaysia oleh ipriceinsight tau! Korang boleh baca disini https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/.

Selain itu, sekarang ramai yang lebih gemar benda yang mudah. Kalau nak buat apa-apa pembayaran pun nak mudah je. Dengan PG Mall, kaedah pembayaran sangat mudah. Kerana PG Mall satu-satunya platform online shopping yang menerima semua kemudahan pembayaran melalui e-wallet dan payment getaway.

Kempen 916 Gold Day

Nak labur duit beli emas, berbaloi atau tidak? Haruslaa berbaloi kerana emas tidak susut nilainya. Setiap hari makin tinggi nilainya. Tetapi bagi peminat emas, tidak menjadi masalah untuk melabur duit. Kerana emas ini aset untuk masa depan katanya.

Kenali Jenis Dan Kualiti Emas

EMAS 999

  • 99.9% adalah emas tulen tanpa campuran kandungan lain
  • Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat)
  • Harga lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain
  • Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan


EMAS 916

  • Mempunyai kandungan emas 91.6%
  • Mempunyai 8.4% adalah dari campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai emas 22K


EMAS 950

  • Mempunyai kandungan emas 95.0%
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali emas 23 karat atau 23K


EMAS 850

  • Mempunyai kandungan 83.5% emas
  • Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya


EMAS 750

  • Mempunyai kandungan 75.0% emas
  • Mempunyai 25% ialah campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai paun atau emas 18 karat (18K)


Untuk pengetahuan, emas 916 ini paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana harga lebih rendah berbanding emas 999. Emas 916 ini juga mudah dibentuk mengikut rekaan semasa.

Tak lama lagi, PG Mall bakal mengadakan Kempen 916 Gold Day pada 15 hingga 17 September 2021. Sempena emas 916, maka Malaysia Gold Association (MGA) akan menjadikan tarikh 9.16 (September 16th) sebagai Hari Budaya Emas yang akan jatuh pada setiap tahun pada 16 September.

Elakkan Di Tipu, Beli Dengan Trusted Seller i.e PG Mall

Zaman sekarang banyak yang perlu kita berhati-hati kerana banyak scammer menggunakan teknik bermacam cara ibarat jarum halus kelindan sutera. Jadi, pastikan korang beli penjual yang diiktiraf seperti PG Mall nie.

Jadilah penggunakan yang tajam akal. Kempen akan berlangsung tak lama lagi nie, korang boleh laa melabur secara online dengan membeli emas 916 di PG Mall.

Diskaun Menarik Untuk Pembeli Emas 916

Untuk pembelian yang pertama, korang akan mendapat diskaun sebanyak RM25 dengan minimum pembelian RM400. Dan jika korang dah pernah shopping dalam PG Mall nie, korang boleh dapat diskaun sebanyak RM20 dengan minimum pembelian RM400 dan diskaun sebanyak RM40 dengan minimum pembelian RM600.

Sertai promosi PG Mall di Live Facebook setiap hari, korang akan mendapat diskaun sebanyak RM200 dengan minimum pembelian RM400.

Set reminder di telefon bimbit korang sekarang kerana opening promosi Kempen 916 Gold Day pada 15 September 2021, tepat pada jam 12.00 tengah malam tau! Korang boleh terus ke link https://pgmall.my/916-Gold-Day.

Kempen Beli Barangan Malaysia

Dalam PG Mall nie, korang nak shopping barang keperluan semua ada. Dalam erti kata lain, tak perlu ke kedai dah. Beli je dengan PG Mall, tunggu abang courier hantar sampai depan rumah. Pandemik macam nie, elakkan bersesak di tempat orang ramai.

Kempen Beli Barangan Malaysia berlangsung 01 September 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini tau! Mesti banyak laa korang boleh membeli di PG Mall nie. Barangan rumah, makanan, keperluan bayi dan kanak-kanak, kesihatan dan kecantikan, aksesori kereta, barangan elektronik dan lain lain. Semuanya ada dengan PG Mall. Cakap je nak apa, semua ada!

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu support barangan tempatan. Jangan nak jaga standard sampai lupa support barangan tempatan. Kita support barang tempatan dengan #jomsapotlokal.

Diskaun Menanti Dengan Kod Disediakan

Untuk pembelian yang pertama, korang guna kod KBBMNEW10 dan korang akan mendapat diskaun sebanyak RM10 dengan minimum pembelian RM30. Dan jika korang dah pernah shopping dalam PG Mall nie, korang boleh guna kod KBBM5 dan korang akan mendapat diskaun sebanyak RM5 dengan minimum pembelian RM30 dan kod KBBM10 untuk diskaun sebanyam RM10 dengan minimum pembelian RM50.

Selain itu, Kempen Beli Barangan Malaysia ini lebih menarik kerana kempen ini termasuk emas tau! So, berganda untung untuk korang membeli nanti. Maklumat lebih lanjut boleh rujuk disini https://pgmall.my/KBBM-2021.

Pada era globalisasi ini, semuanya makin canggih tau! Nak shopping apa-apa pun mudah je sekarang. So, apa kata korang install PG Mall dalam handphone korang sekarang. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web atau media social di bawah. Haa! Takkan baca je? Jom sama-sama kita kongsikan entry ini biar semua tahu kempen yang berlangsung nie. Benda baik kena kongsi!


Website: https://pgmall.my/

Facebook: https://www.facebook.com/PGMallMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/pgmall.my/

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #KempenBeliBaranganMalaysia #916GoldDay2021 #GoldDay

1 Comments