Cipta Hadiah Dengan Idea Tersendiri

By Eyqa Hasnan - November 23, 2017

Assalamualaikum

Nak design hadiah dengan idea sendiri memang susah kan? Yelah, kadang-kadang bila tempah kat kedai nie, kita suruh buat lain, dia ubah jadi lain. Hasilnya, tak sesuai dengan citarasa kita sendiri. Dan kalau beli yang dah siap di kedai, susah nak cari sama dengan kita nak. Tetapi, sekarang ada satu website yang boleh korang design dengan idea dan citarasa korang yang asli. Tak perlu susah-susah nak lukis atas kertas dan hantar ke kedai, hanya drag je kat website tu.

Printcious.comPrecious Gifts From Your Heart
Biasanya kita pun dah taktahu nak bagi hadiah apa kan? Buntu! Fikir, berjalan ke kedai cenderamata tetapi tiada yang berkenan dihati. Nak sambut ulangtahun kelahiran, perkahwinan ataupun segala jenis hadiah yang inginkan abadikan dengan idea tersendiri, disinilah tempatnya. "Printcious.comPrecious Gifts From Your Heart".

Aku nie sejenis suka design dan abadikan sesuatu tu dalam benda yang aku boleh pegang. Contohnya seperti sebelum ini aku design mug yang ada tulisnya nama aku. Memang kalau aku minum je, aku guna mug tu. So, kalau korang teringin nak ada gelas yang macam aku, korang wajib layari Printcious.com nie. Murah pun murah weyy! Hanya RM29.90 je, mana nak dapat weyy dengan harga macam tu dekat tempat lain.

Haaa nampak tak? Nampak? Lagi banyak pilihan yang korang boleh buat dengan Printcious.com nie. Langkah-langkah untuk siapkan hasil design korang pun mudah. Pilih je product yang korang nak, design je macam mana idea korang ada atau apa yang korang nak, edit tambah tulisan sikit, hantar je order korang tu. Tak lama selepas itu, abang posmen hantar ke rumah. Mudah!

Seperti aku tunjukkan video bawah ini, kualiti cushion dari Printcious.com.


Disebabkan aku selalu lenguh belakang nie bila seharian duduk di kerusi office, aku rancang untuk beli cushion nie. Boleh letak atas kerusi kat office. Selesa gitu! Bila penat, boleh bersandar dengan cushion. Tak ada lah lenguh sangat.

Borak punya borak, apa lagi Printcious.com ada ye? Jom tengok gambar-gambar dibawah. Pelbagai pilihan menarik lagi ada. Rambang mata aku! Korang pun confirm rambang mata nak pilih yang mana.

Wahhh! Betul-betul banyak pilihan dan design yang boleh korang buat di Printcious.com ini. Serious tak tipu! Haaa tapi jangan lupa tau. Dengan Printcious.com nie, korang boleh dapatkan diskaun sehingga 30%. Diskaun ini akan berakhir pada 25 November 2017 ini. Tak lama weyy! Jangan risau, selepas 25 November 2017 akan ada diskaun lain pulak. Yang penting, kena selalu tengok website itu.

Apa yang sangat menguntungkan dengan Printcious.com nie apabila barang murah, boleh design sendiri dan ada diskaun pulak tu. Siapa nak bagi sampai macam tu weyy! Kat kedai lain pun tak boleh sampai macam tu sekali. Apa lagi ye? Haa seharusnya menjimatkan masa korang. Tunggu apa lagi? Jom terjah website terpenting ini.

Facebook : Printcious.com/my
Instagram : Printcious.com/my

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. terlupa mmg dah ada kupon yg belum reedem hihi

    ReplyDelete
  2. wah bestnya cipta hadiah gambar sendiri..

    ReplyDelete
  3. Memang menarik DIY Printcious ni, nanti nak buat mug sendiri lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, Kak Mas sila buat ye. Nanti boleh tulis tulis nama sendiri

      Delete
  4. dah ada sebiji mug dr printcious nie..mmg cantik

    ReplyDelete