Assalamualaikum


Kembara #KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort, Setiu | Siapa pernah dengar Peladang Setiu Agro Resort? Kalau baca entry nie, mungkin korang akan terus plan untuk datang ke sini. Hahahahahaaa serious tak tipu okay! Anak-anak pun confirm seronok datang sini.

Kembara #KBBA9 selama 3 hari 2 malam disini bermula pada 16 sehingga 18 March 2018. Bukan senang nak berkumpul macam nie sambil melakukan aktiviti-aktiviti menarik. Nantikan aku akan cerita semua aktiviti yang dilakukan disini. Sebelum itu, siapa yang sertai program ini?

Credit this picture to Azura Abu *Amazing Terengganu*

Kembara #KBBA9 kali ini didatangkan dari pelusuk negeri okay. Dari Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan paling dekat dari Terengganu. Bukan biasa-biasa nie 😂  So, jom baca selanjutnya sepanjang entry ini.

Masa sampai di resort nie, reaksi aku macam terkejut. Sebab selama nie asyik hotel di tengah bandar, kiri kanan hutan batu dan asap je. Bila sampai sini, ya Allah kehijauan tu terserlah. Yang lebih menariknya, bilik view tasik. Dari beranda tu boleh nampak flying fox okay. 


Apa yang ditawarkan di Peladang Setiu Agro Resort?
Dah nama pun resort, mestilah sediakan bilik. Hahahahahaaa okay gurau je 😑 Resort ini ada 82 bilik yang 58 unit berkonsepkan chalet seperti New Link Chalet, Garden Chalet, Pool View Chalet, Deluxe Chalet, Deluxe VIP, Deluxe Family dan VIP Suite.

Mesti korang dah bosankan lakukan aktiviti biasa je dengan keluarga. Jadi disinilah tempatnya! Aktiviti lebih mencabar dan menyeronokkan. Dapat uji sikit fizikal dan mental bersama anak-anak.


Aktiviti menarik disini?
Bab aktiviti ini jangan risau. Segalanya ditanggung beres oleh pihak resort. Jadi, tak perlu fikir apa yang patut lakukan. Sediakan fizikal dan mental, segalanya beres! Depan bilik nie pun ada mini waterpark untuk anak-anak mandi kolam. Seronok oii tengok!

Antara aktiviti yang disediakan ialah river crossing, kayak, jungle trekking, night agro trekking, obstacle course, abseiling, rafting, solo camping, flying fox, survival program dan water confident. Menarikkan? Rugi tau kalau tak datang sini. Apa aktiviti geng #KBBA9 lakukan? Nantikan entry seterusnya 💃

Korang jangan risau! Segala aktiviti yang disediakan ini dikendalikan oleh jurulatih berlesen dan berpegalaman. Jadi, mereka lebih berpegalaman untuk kawal masalah-masalah penakut korang 😂

Kalau nak datang sini atau nak buat sebarang pertanyaan berkaitan resort ini, boleh hubungi nombor yang tertera dibawah ini:

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Alamat: Lot 3912, Guntong, 22040 Setiu, Terengganu Darul Iman.
Telefon: 09-692 0059/09-692 0039/09-692 0017/019-919 2240
Email: peladang_agroresort@yahoo.com
Website: www.agroresort.com
Facebook: Agroresort Setiu Terengganu