Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Di KUALA LUMPUR Untuk Keluarga

Assalamualaikum

Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Di KUALA LUMPUR Untuk Keluarga | Siapa yang datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti mesti tertanya-tanya dimanakah tempat yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga. Haaa.. Sekarang aku akan kongsikan 10 tempat menarik di Kuala Lumpur. Aku akan cuba alihkan minda korang yang selalu berfikir jika ke Kuala Lumpur, hanya ada shopping mall.

1. Upside Down House Kuala Lumpur


Kalau sebelum nie pernah terbaca Upside Down House di Sabah, kali ini aku perkenalkan Upside Down House di Kuala Lumpur. Tarikan terbaru rumah terbalik ini di Menara KL. Rumah terbalik pertama di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian dua tingkat. Yang lebih menarik, dalam rumah ini sama seperti rumah yang betul. Ada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur dan bilik air.

Hubungi:
03-2020 5444

Lokasi:
Menara Kuala Lumpur, No. 2 Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Tiket masuk terakhir pada 9.30 malam)

Harga Tiket:
Dewasa: RM19.00 *dengan mykad
Kanak-Kanak
: RM14.00 *dengan mykid
2. District 21 Di IOI Mall Putrajaya


Bagi yang suka aktiviti lasak boleh sertai pengembaraan di taman tema pertama di Malaysia yang menyediakan aktiviti menarik seperti ini. Sangat sesuai untuk seisi keluarga yang stress. Sebab? B0leh menjerit puas-puas dalam nie. Dimana? District 21 di IOI Mall, Putrajaya.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Wall Climbing, Roller Glider, Pump Track, Low Rope, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Trampoline, Tubby Ride, Carousel dan Go Pedal.

Hubungi:
03-8328 8888

Lokasi:
District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.

Waktu Operasi
Park Attractions: Isnin - Jumaat : 12.00 Tengahari - 8.00 Malam ,  
Sabtu - Ahad & Cuti Umum; Cuti Sekolah: 10.00 Pagi - 8.00 Malam
Ticketing & Customer Service Counter: 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Level 2 Amusement: 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Harga Tiket:
Isnin - Jumaat : RM68 (Active Pass) & RM10 (Non-Active Pass)
Sabtu - Ahad & Cuti Umum; Cuti Sekolah :
RM10 (Active Pass & Non-Active Pass)

3. Taman Eko Rimba Bukit Nenas Kuala Lumpur


Hutan Simpan Bukit Nenas merupakan hutan simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Paling menariknya hutan simpan ini berada di tengah-tengah Kuala Lumpur yang berperanan sebagai Green Lung.

Yang lebih menarik, terdapat tiga denai iaitu Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong. Terdapat juga kemudahan aktiviti lain seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta trek untuk jogging.

Hubungi:
03-8000 8000

Lokasi:
Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan, Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari: 7.00 - 6.00 petang

Harga Tiket:
Percuma

4. Rumah Penghulu Abu Seman Di Kuala Lumpur


Rumah zaman dahulu makin luput. Nak tunjuk pada anak-anak pun susah. Rumah batu je banyak. Jadi, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke Rumah Penghulu Abu Seman di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Rumah ini mempunyai ukiran yang sangat cantik sesuai dengan rumah-rumah zaman dahulu.

Hubungi:
03-2144 9273

Lokasi:
Badan Warisan Malaysia di Jalan Stonor, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 3.00 Petang (Isnin - Sabtu)
Harga Tiket:
Hanya derma dengan minimum RM10

5. Blok Space Mont Kiara, Kuala Lumpur


Yang mana ada anak-anak untuk menguji kreativiti mereka, apa kata pergi ke Blok Space. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun - 14 tahun boleh menikmati setiap saat mereka disini dengan memasing lebih daripada 300+ permainan LEGO dan DJECO yang disediakan.

Hubungi:
03-6211 6126

Lokasi:
1. IPC Shopping Centre Damansara
2. The School Jaya One
3. Main Place USJ 21
4. Empire Shopping Gallery
5. 1 Mont Kiara

Waktu Operasi:
10.00 Pagi - 9.30 Malam (Waktu berbeza setiap cawangan)
Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


6. The Cooking House, Bangsar


Sambil bercuti, apa kata kita belajar? Haa di The Cooking House ada buka kelas belajar memasak. Bukan untuk anak-anak sahaja, ibu bapa juga boleh turut serta untuk kelas ini. Pelbagai jenis masakan boleh belajar disini. Tenaga pengajar bukan sembarangan orang okay.

Hubungi:
012-395 1243

Lokasi:
The Cooking House, 173, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.30 Pagi - 6.00 Petang (Isnin - Jumaat)
Sesetengah kelas ada waktu tertentu

Harga Tiket:
Bergantung kepada kelas yang didaftarkan

7. Sky Box, KL Tower


Siapa yang berani dengan ketinggian, boleh menikmati pengalaman terbaru di Sky Box, Menara Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 300 meter, pemandangan menarik sekitar Kuala Lumpur. Yang mana minat bergambar, disini tempatkan!

Hubungi:
03-2020 5444

Lokasi:
Menara Kuala Lumpur, No. 2 Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam

Harga Tiket:
Dewasa: RM75.00 *dengan mykad
Kanak-Kanak
: RM39.00 *dengan mykid

8. Jadi Batek Gallery, Jalan Imbi


Kalau dulu nak mencating batik mesti sinonim ke Terengganu. Sekarang kalau nak belajar mencanting batik, tak perlu ke mana-mana dah. Di Kuala Lumpur dah ada tempat mencanting batik. Kalau nak rasai pengalamannya, pergi je ke Jadi Batek Gallery. Menariknya!

Hubungi:
03 - 2145 1133

Lokasi
:
Jadi Batek Gallery Sdn Bhd, No 30 Jalan Inai, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
-

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


9. Planetarium Negara

Lawatan sambil belajar hanya dengan keluarga. Anak-anak asyik lawatan sambil belajar bersama rakan-rakan. Apa kata bersama keluarga? Jom pergi ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Yang menariknya disini, tarikan utama planetarium ini adalah ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas. Disini juga ada replika jam matahari Stonehenge dan lain-lain balai cerap purba yang dibina berhampiran dengan bangunan kubah ini.

Hubungi:
03-2273 4301

Lokasi:
Planetarium Negara, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, No53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 Pagi - 4.30 Petang (Selasa - Ahad)

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


 10. Cosmos World, Berjaya Times Square Theme Park


Fikir-fikir nak pergi mana, apa kata ajak sekeluarga ke Berjaya Times Square? Taman tema tertutup terbesar di Malaysia yang mempunyai roller coaster terbalik yang paling panjang di Asia Pasifik. Menariknya! Jom anak-anak ajak ibu bapa anda ke sini!

Hubungi:
03-2117 3118

Lokasi:
Berjaya Times Square Theme Park Sdn. Bhd. (352052-U), No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 12.00 Tengahari – 10.00 Malam
Sabtu - Ahad & Cuti Umum : 11.00 Pagi – 10.00 Malam

Harga Tiket:
Sila rujuk rajah dibawah


Post a Comment

45 Comments

  1. Nanti kalau ke KL kita pakat2 terjah tempat2 yang eyka senaraikan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kakya. Terjah ye tempat-tempat menarik tu. Seronok!

      Delete
  2. KL got so many nice nice place to jalan jalan d.. tak payah pergi jauh jauh, kan? hehe~ Visit kl as tourist...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. KL makin banyak tempat menarik sekarang..

      Delete
  3. Ada yg dah pergi tapi banyak lagi yang sebenarnya saya baru tahu. Ada yang tak pernah sampai lagi walaupun dekat hehe. Boleh plan sekeluarga juga jalan2 hujung minggu di lokasi berdekatan yg menarik ni. Thanks sharing info ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa most welcome :) Nanti boleh cuba pergi ye dengan keluarga. Menarik tempatnya!

      Delete
  4. No 2 & no 5 tu best la anak-anak dapat main... Thanks sharing..nanti boleh g..sky box nak g jugak lah...teringin tapi macam gayat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa takpe kalau gayat, tahan kejap je. Bergambar best sana..

      Delete
  5. Banyak juga tempat menarik around Klang Valley. Banyak banyak dalam list tu saya pernah try The Cooking House je. Yang lain tu dalam perancangan lepas tengok blog ni. Boleh la parent rancang untuk cuti sekolah tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Cooking House? So, maknanya ada 9 lagi tempat menarik you boleh try. Hihihii

      Delete
  6. Okey akak dah aimed Skybox untuk my daughter, nanti free nak bawak dia naik KL Tower la...mesti best..akak takut pada ketinggian tapi my daughter tak gayat rasanya..Planetarium pun rasanya blom bawa dia lagi...boleh masuk wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sky box best akak. Wajib pergi tu! Hihihihii.. District 21 pun boleh ajak anak akak pergi sana.

      Delete
  7. Wow..banyak tempat menarik.. Ada yg kita pernah pergi..ada yg belom... Maklumlah bkn org KL.. Hheehe.. Nnti nak masuk dlm list holiday la kalau ada ke KL nk ke tmpt2 yg eyqa cdgkan ni.. Tq share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah wawa. Hihihihii mampu masuk wishlist je dulu. Most welcome :*

      Delete
  8. Wah..tak sangka ada hutan mcm tu kt tgh2 KL..pernah lalu kat monorail bukit nenas nampk redup2 kt situ...bestnya ada jmbatan gantung gitu utk jalanw kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihii sebab tu ramai yang taktahu. Benda macam nie kena share. Nanti try lah pergi

      Delete
  9. nasib baik baca entry nih. Tgh blur nak bercuti ke mama cuti sekolah nih.banyak juga tpt menarik di kl yg saya tak pernah dtg lg.bolehlah bawa anak anak dtg bercuti di kl nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try bawak anak-anak ye. InsyaAllah anak-anak pun happy dapat buat aktiviti menarik.

      Delete
  10. banyaknya tempat menarik di kl yang tak pernah singgah lagi kena masuk wish list hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihii betul tu. Masuk dalam wishlist ye!

      Delete
  11. KL ni byk tempat best sebenar nyer ekk. cuti skola disember lepas, aida tak ke mana jauh2 tau, eyqa. stay rumah kakak and bwk anak2 gi KL. cuti skola mac ni pun, da plan dgn asben. ke KL. sambil2 cari baju raya. naik mrt. releks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat best cuma kadang-kadang kurang orang tahu. Sambil cari baju raya, cubalah bawak anak-anak ke sana. Banyak indoor games untuk anak-anak..

      Delete
  12. wahhh, banyak lagi tempat nak pergi di kL rupanya...hahaha! bila eyqa up baru tahuuu

    ReplyDelete
  13. info menarik untuk di kongsi ni. saya walaupun stay kat kuala lumpur ni, ada juga antara tempat dalam list ni tak pernah pergi. nanti boleh la nak try p kan.

    ReplyDelete
  14. banyak juga tempat menarik kat KL . sayang tak sempat nk pergi

    ReplyDelete
  15. Upside Down tu memang teringin nak pergi, murah je ek tiketnya. Bolehlah bawak anak² cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak mas. Bawak anak-anak sambil posing sakan. Hihihihii

      Delete
  16. Separuh daripada list ni dah pergi. Nanti nak explore separuh lagi daripada list ni... yeay! exploring time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck dear! Hihihi.. Selamat beraktiviti ya..

      Delete
  17. banyak banyak tempat I paling teruja nak masuk district tu hahahah bila tengok harga rm68 sekepala, telan air liur sat, tapi kalau nak pengalaman tu sekali sekala mungkin nak masuk kot in the future,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telan air liur sekali je masa nak bayar tu. Hihihiii..

      Delete
  18. Banyak tempat saya tak pernah melawat. Saya akan plan untuk cuti sekolah dan bawa keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa boleh boleh.. Nie memang tempat yang sesuai untuk seisi keluarga..

      Delete
  19. dalam list ni ada 2-3 jer pernah pergi. next time round KL nk bawa anak2 teroka tempat menarik di KL ni

    ReplyDelete
  20. I feel so out as 10 of the places I have not visited yet although I stay in Kl for 15 years. Need to plan one weekend and explore those place that suggest in this post.

    ReplyDelete
  21. this year i am making it my goal to go to District 21 and sky box...I really want to challenge myself in various ways.

    ReplyDelete
  22. Awh thank you for compiling this. I am always in search of more interesting places in KL and this is a great list to have in hand when going out and about to explore new areas. Much love <3

    ReplyDelete
  23. Time to visit those places. All seems so interesting and fun especially the upside down house. I have been this only at U.S. gonna check this very soon - Rach

    ReplyDelete
  24. Wow! so many places to discover in Kuala Lumpur and you know some of it I have not visit yet. I am very interested to go to Taman Eko Rimba Bukit Nenas KL. I always pass by but don't have the chance to explore yet.

    ReplyDelete
  25. perlu dicoba nih kalau lagi cuti ke malaysia, penasaran dengan upside downnya, di Medan juga ada upside down tapi tidak semenarik yang diulas di blog ini

    ReplyDelete