Assalamualaikum


Mengukuhkan lagi kenyataan mereka sudah bernikah [RUJUK ENTRY INI], pasangan sensasi, Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin sepakat berkongsi video majlis pernikahan yang berlangsung di hotel terkemuka pada 27 November lalu di akaun Instagram masing-masing, malam tadi.


Menerusi video yang mempunyai tiga bahagian itu, pengikut pasangan terbabit berpeluang melihat serba sedikit perjalanan majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.


" Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana. Terima kasih di atas doa anda semua. Salam sayang dari kami ~ Fattah & Fazura, " tulis mereka sebagai keterangan kepada video berkenaan.


Kelmarin, menerusi siaran media yang diberikan pihak pengurusan aktres itu, pasangan sensasi selamat diijabkabulkan dan Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz.

Pasangan ini sebelum itu bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

Credit to: BH Online
Assalamualaikum

7 Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah | Tips nie ditujukan khas kepada anak-anak yang masih bujang/duda untuk memikat anak dara/janda, atau bahasa mudahnya perempuan masih bujang. Bukan untuk memikat isteri atau tunangan orang lain. Kau nak kena hempuk dengan cameti ke apa?

Wanita nie tak susah pun kalau nak pikat jika kena dengan caranya. Bukan apa, janganlah korang nak memikat menggunakan cara zaman 90an. Zaman dah berubah, gaya perempuan sekarang makin menggila! Harus kena pada tempat, masa dan cara. Macam mana? Jom baca!

1. Sentiasa Membuat Jenaka Intelek; Lawak 'Pandai'
Wanita memang suka lawak jenaka dan gelak ketawa menunjukkan mereka selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, wanita yang kreatif adalah sedikit berlainan dari wanita biasa. Mereka menyukai jenaka yang intelektual atau berkaitan dengan minat mereka.

Anda perlu pandai menyusun jenaka anda secara selamba dan selain itu juga berinformasi. Sedikit lawak juga akan membuatkan jenaka itu lebih berkesan. Ingat! Lawak 'pandai' ya, bukan lawak 'bodoh'.

2. Sentiasa Buatkan Mereka Selesa
Wanita sebegini amat terbuka tentang jantina namun ada batas-batasnya. Pemikiran mereka agak selari dengan lelaki. Maka, topik-topik lelaki boleh dibincangkan dengan mereka asalkan tidak melangkaui batas.

Jangan biarkan mereka terasa terasing dalam topik perbualan anda ketika dalam perbualan kumpulan atau perseorangan. Mereka mungkin akan cuba masuk dalam perbualan anda tetapi ada golongan wanita yang agak malu ketika berbual dengan lelaki. Jadi anda perlu memberi ruang untuknya.

3. Hadiahkan Sesuatu Yang Unik
Jika anda hendak menghadiahkan sesuatu yang unik pada teman wanita anda yang kreatif, jangan berikan sesuatu yang biasa seperti bunga atau aksesori. Berikan sesuatu yang luar biasa bergantung pada minat teman wanita anda. Jikalau anda hendak menghadiahkan sesuatu yang biasa juga, sampaikan dengan cara yang unik dan luar biasa. Wanita yang kreatif amat menghargai kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh teman lelaki mereka.

4. Tonton Cerita Wayang Lain Dari Yang Lain
Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kreatif, pastikan cerita wayang itu menarik dan mempunyai teknik sinematografi dan efek visual yang lain dari yang lain.

Cerita romantik atau seram yang biasa membuatkan teman wanita anda berasa cepat bosan dan mereka mungkin rasa mengantuk atau mahu keluar cepat dari wayang. Selain itu, jika cerita wayang itu amat menyakinkan dan memukau teman wanita anda, mereka akan bercerita topik wayang tersebut selepas keluar panggung wayang.

Pastikan anda membuat kajian terhadap wayang tersebut sebelum menontonnya kerana teman wanita anda mungkin akan bertanya soalan trivia tentang wayang tersebut.

5. Fahami Bidang Yang Mereka Ceburi
Jikalau teman anda seorang yang kreatif, pastikan anda mengetahui atau cuba mendalami apakah bidang yang mereka ceburi. Walaupun anda mungkin tidak mengetahuinya, namun mereka amat gembira apabila anda mengambil tahu apa yang mereka buat ataupun cuba untuk mengetahuinya.

Mereka juga akan sentiasa cuba untuk menerangkan pada anda bidang yang mereka lalui. Jadi cubalah menambat hati mereka dengan mengambil kira minat mereka.

6. Romantik
Jika anda seorang yang romantik, ianya akan memberi kelebihan pada anda. Sajak dan kata-kata puitis akan dapat menambat hati wanita yang kreatif. Namun ianya perlu ikhlas dan lahir dari hati. Jika anda berniat sesuatu yang tidak baik, mereka akan segera mengesannya kerana hati mereka yang sensitif.

7. Sentiasa Ambil Berat
Hati wanita yang kreatif adalah sensitif. Jadi sentiasalah mengambil berat tentang mereka, perasaan mereka dan pendapat mereka. Sifat hormat pada satu sama lain juga adalah bagus untuk perhubungan.

Jeng jeng jeng... Ini sekadar pertolongan mudah atau tips untuk lelaki mendekati wanita yang masih bujang seperti aku *cough*. Tapi kalau korang yang lelaki ada cara tersendiri yang lebih mudah dan ianya menjadi apabila memikat wanita, jom kongsikan!
Assalamualaikum

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam. Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenaan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura, sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial. Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini.


Kronologi Kisah Cinta

Pada sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27 dan Fazura, 34 bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Credit to: BH Online
Assalamualaikum

Nak design hadiah dengan idea sendiri memang susah kan? Yelah, kadang-kadang bila tempah kat kedai nie, kita suruh buat lain, dia ubah jadi lain. Hasilnya, tak sesuai dengan citarasa kita sendiri. Dan kalau beli yang dah siap di kedai, susah nak cari sama dengan kita nak. Tetapi, sekarang ada satu website yang boleh korang design dengan idea dan citarasa korang yang asli. Tak perlu susah-susah nak lukis atas kertas dan hantar ke kedai, hanya drag je kat website tu.

Printcious.comPrecious Gifts From Your Heart
Biasanya kita pun dah taktahu nak bagi hadiah apa kan? Buntu! Fikir, berjalan ke kedai cenderamata tetapi tiada yang berkenan dihati. Nak sambut ulangtahun kelahiran, perkahwinan ataupun segala jenis hadiah yang inginkan abadikan dengan idea tersendiri, disinilah tempatnya. "Printcious.comPrecious Gifts From Your Heart".

Aku nie sejenis suka design dan abadikan sesuatu tu dalam benda yang aku boleh pegang. Contohnya seperti sebelum ini aku design mug yang ada tulisnya nama aku. Memang kalau aku minum je, aku guna mug tu. So, kalau korang teringin nak ada gelas yang macam aku, korang wajib layari Printcious.com nie. Murah pun murah weyy! Hanya RM29.90 je, mana nak dapat weyy dengan harga macam tu dekat tempat lain.

Haaa nampak tak? Nampak? Lagi banyak pilihan yang korang boleh buat dengan Printcious.com nie. Langkah-langkah untuk siapkan hasil design korang pun mudah. Pilih je product yang korang nak, design je macam mana idea korang ada atau apa yang korang nak, edit tambah tulisan sikit, hantar je order korang tu. Tak lama selepas itu, abang posmen hantar ke rumah. Mudah!

Seperti aku tunjukkan video bawah ini, kualiti cushion dari Printcious.com.


Disebabkan aku selalu lenguh belakang nie bila seharian duduk di kerusi office, aku rancang untuk beli cushion nie. Boleh letak atas kerusi kat office. Selesa gitu! Bila penat, boleh bersandar dengan cushion. Tak ada lah lenguh sangat.

Borak punya borak, apa lagi Printcious.com ada ye? Jom tengok gambar-gambar dibawah. Pelbagai pilihan menarik lagi ada. Rambang mata aku! Korang pun confirm rambang mata nak pilih yang mana.

Wahhh! Betul-betul banyak pilihan dan design yang boleh korang buat di Printcious.com ini. Serious tak tipu! Haaa tapi jangan lupa tau. Dengan Printcious.com nie, korang boleh dapatkan diskaun sehingga 30%. Diskaun ini akan berakhir pada 25 November 2017 ini. Tak lama weyy! Jangan risau, selepas 25 November 2017 akan ada diskaun lain pulak. Yang penting, kena selalu tengok website itu.

Apa yang sangat menguntungkan dengan Printcious.com nie apabila barang murah, boleh design sendiri dan ada diskaun pulak tu. Siapa nak bagi sampai macam tu weyy! Kat kedai lain pun tak boleh sampai macam tu sekali. Apa lagi ye? Haa seharusnya menjimatkan masa korang. Tunggu apa lagi? Jom terjah website terpenting ini.

Facebook : Printcious.com/my
Instagram : Printcious.com/my

Assalamualaikum

Resepi nie bagi aku paling mudah! Kalau teringin sangat nak makan sambal kerang, memang dalam masa 20minit dah boleh hidangkan dengan syarat bahan-bahan semua dah tersedia. Sambal kerang nie aku lawankan dengan nasi putih. Lepas tu hidangkan jugak dengan lemang. Perghh! Memang mantop gabungannya!

Bahan-Bahan:-
1. Kerang yang siap direbus dan ditoskan
2. Dua biji bawang besar*
3. 4 biji bawang putih*
4. Setengah genggam cili kering*
5. Air asam jawa
6. Kicap *Optional
7. Cuka *Optional

Cara-Cara:-
1. Blend bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi sehingga terbit minyak
3. Masukkan air asam jawa, sedikit kicap dan cuka
4. Perasakan dengan garam dan gula
5. Masukkan kerang dan balik-balikkan
6. Masukkan potongan bawang bulat macam donut itu *Optional
7. Sedia untuk dihidangkan

Mudah tak? Memang aku sediakan tak sampai 20 minit pun. Terus hidangkan. Sedap weyy! Serious tak tipu. Nak lagi sedap lawankan jugak denga telur dadar tabur cili padi. Memang tak pandang kiri kanan dah masa makan.

P/S : Ini cara dan gaya aku masak tau. Bukan cara orang lain sebab nama pun air tangan aku. Hahahahaa.. Sengaja bagitahu awal-awal 😝
Assalamualaikum


Luruskan Rambut Semudah 1 2 3 | Siapa disini rambutnya kerinting, susah nak lurus ataupun terlalu sibuk sampai tak sempat nak ke salon? Tak payah susah-susah lagi selepas ini. Kini aku perkenalkan satu produk luruskan rambut semudah 1 2 3 sahaja. Mudah, murah dan jimat! Berbaloi-baloi jika dibandingkan pergi ke salon 👍

Produk apakah itu? STRAIGHTPRO! Dengan menggunakan straightpro ini, korang tak perlu pening kepala fikirkan jalan sesak nak pergi salon, wang yang dikeluarkan ataupun kekangan masa korang yang sibuk dengan kerja itu. Guna je straightpro dirumah. Mudah! Jom aku perkenalkan dengan lebih lanjut tentang produk nie.

Apakah Itu Straightpro?
Straightpro merupakan produk pelurus rambut untuk kegunaan di rumah terdiri daripada tiga bahan utama iaitu Straightening Cream, Neutralizer, Sleek & Shine Serum. Dan bahan-bahan asas straightpro ini ialah bahan-bahan yang selamat digunakan ke atas rambut tanpa kesan sampingan yang merbahaya dan straightpro ini mengikut standard dan teknologi German. Yang rambut jenis kering tu sangat digalakkan menggunakan Straightpro ini.

Bagaimana Cara Menggunakan Straightpro?
Cara penggunaan adalah sepantas 30 - 45 minit.

  • Langkah Pertama
    • Sapukan Straightening Cream dengan rata seluruh rambut. Biarkan selama 15 - 30 minit tetapi bergantung pada jenis rambut. Kalau rambut tebal sikit, biarkan lama sedikit. Selepas itu, bilas dengan air yang bersih.
  • Langkah Kedua
    • Ratakan Neutralizer ke seluruh rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih dan keringkan.
  • Langkah Ketiga
    • Untuk rambut kekal sihat, lurus dan lembut, sapukan Sleek & Shine Serum dengan kerap.
Rosakkan Rambut Tak Kalau Guna Produk Ini?
Tidak! Jika gunakan dengan betul dan mengikut arahan, rambut tidak akan rosak. Perlu elakkan meluruskan rambut atau warnakan rambut dalam masa seminggu pada awal penggunaan. Sapukan Sleek & Shine Serum dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat.

Boleh Cuci Rambut Tak Dan Lurus Kekal Atau Tidak?
Tidak digalakkan untuk cuci rambut selama 3 hari selepas penggunakan produk untuk mengekalkan rambut lurus. Tidak kerana rambut kerinting adalah sebab genetic. Rambut baru akan tumbuh mengikut jenis rambut asal. Boleh guna produk selepas rambut baru mulai panjang.

Ada Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
StraightPro Straightening Cream - NOT170904031K
StraightPro Neutralizer - NOT170903465K
StraightPro Sleek & Shine Serum - NOT170903466K
Berapakah Harga? 
Semenanjung : 1 Set RM65; 2 Set RM100
Sabah Sarawak : 1 Set RM75; 2 Set RM110
Testimoni Pengguna Straightpro
Macam mana? Puas hati tak dengan hasil dan harga? Jom aku tunjukkan testimoni dan video menarik pengguna produk ini. Berbaloi!


Bagi aku sebagai pengguna, memang highly recommended! Rambut aku jenis ikal mayang nie nak jugak merasa rambut lurus tanpa tersekat di skala enam 😆 Finally! Sekarang rambut aku memang lurus dan makin lembut okay. Tak tipu!

Ada sesiapa yang berminat tak? Kalau berminat untuk mencuba product Straightpro nie, boleh hubungi maklumat dibawah okay. Ada special offer sekarang tau! Terjah website sekarang untuk lihat lebih lanjut produk ini.

Facebook : Straightpro
Instagram : Straightpro
Website : Straightpro
Whatsapp : 011-3652 8647
Assalamualaikum


Jom Cantik Dan Kulit Sihat Bersama Beauty In The Drops 9Herbs | Siapa disini yang suka make up? Dan siapa pernah lalui dimana make up bercapuk bila berpeluh dan pernah tengok muka orang sekitar korang yang make up bercapuk? Apa yang korang fikir masa tengok tu? Mesti korang kutuk kan? " Euuwww! Reti make up ke tak tu? Bercapuk semacam je! ". Betul kan? Kalau tak betul, aku je lah tu yang suka kutuk dalam hati. Hahahahahaa..

Sebenarnya aku pun pernah berada situasi dimana make up bercapuk. Masa konvokesyen hari tu. Apa perasaan aku? Haruslah stress. Hari berbahagia aku nak sambut kejayaan aku. Tetapi sekarang aku boleh bergembira kerana aku dah jumpa satu produk untuk make up tahan lebih lama dan tidak bercapuk lagi.


Apa Itu Beauty In The Drops (BitD)?
BitD mempunyai dua fungsi terbaik iaitu sebagai primer sebelum make up dan melindungi kulit wajah kita dari kerosakan radikal bebas. Haa jangan taktahu pulak! Serum nie mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba yang sangat kaya dengan antioksidan, dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Tahu tak? Dalam BitD ini jugak mempunyai Vitamin E untuk faedah berkhasiat dan anti-penuaan. Ia mempunyai wangian yang menyegarkan dari minyak aromaterapi. Memang wangi kulit wajah nie bila pakai BitD.

BitD Ini Berkesan Kerana
  • Make up tahan lebih lama dan kalis air
  • Wajah berseri dan nampak semulajadi
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Merawat wajah dan anti penuaan
Apakah Kelebihan BitD?
  • Membantu merawat dan mencantikkan kulit wajah
  • Tidak berminyak
  • Mudah dan senang untuk digunakan *menjimatkan masa
  • Sesuai untuk pelbagai iklim dan situasi *seperti Malaysia
  • Selamat dan tiada kesan sampingan *bergantung kepada jenis kulit
  • Mengandungi 100% bahan semulajadi
Apakah Bahan Penting Dalam BitD?
  • Minyak Argan
BitD sangat kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 dan 9 serta sesuai untuk semua jenis kulit. Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit, melembapkan dan menegangkan kulit, menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengatasi masalah jerawat, radang dan sunburn serta menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.
  • Minyak Jojoba
Minyak Jojoba ialah lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia dan minyak jojoba dalam BitD sangat sesuai untuk kulit sensitif. Dapat melembut, melembap dan menghaluskan kulit, mengatasi masalah kulit berminyak; mencegah jerawat, mencegah oksidan kulit; sebagai anti penuaan, anti radang dan menjadikan kulit sihat dan cantik.

Cara Penggunaan
  • Goncang sebelum digunakan
  • Picit hujung getah penitis kemudian lepaskannya
  • Longgarkan pinitis dari bekasnya
  • Picit secara perlahan-lahan getah penitis untuk titiskan BitD sekitar muka
  • Titiskan pada dagu, pipi, hidung dan dahi
  • Ratakan ke seluruh wajah
  • Mulakan make up seperti biasa
  • Untuk hasil lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir

Dibawah ini aku tunjuk cara-cara aku sendiri pakai BitD. Seriously best sebab muka glowing gitu. Semudah 1 2 3 je cara pakainya. Setiap hari aku guna sebelum make up untuk pergi kerja. Maklumlah, nak jaga kulit apabila seharian bekerja dikawasan pantai. Kulit lebih cepat sunburn.


Haa ada sesiapa berminat tak? Kalau berminat untuk mencuba product Beauty In The Drops 9Herbs nie, boleh hubungi maklumat dibawah okay. Ada special offer sekarang tau! Terjah website 9Hers sekarang untuk lihat lebih lanjut produk BitD dan produk-produk lain.

Website : 9Herbs
Facebook : 9Herbs
Instagram : 9Herbs
Whatsapp : 012- 454 0187

Claim the Promo Code NOW! For special offer (Promo Code IMC-BitD#1)
Assalamualaikum
Tergerak hati nie nak update blog dan berkongsi walaupun dah basi. Excited tu dah tak ada walaupun masa kejadian tu dah fikir yang seronok. Yelaa.. Fikirkan hasilnya yang menarik dan lawa untuk tatapan semua tapi musnah akhirnya!

Masa aku tengah excited nak konvokesyen bulan dua bulan lepas, aku dah berpakat dengan #gengpekakdotcom untuk photoshoot pre-convocation. Sanggup habiskan masa sehari suntuk tengah panas untuk bergambar sampai makin hitam muka. Tapi hasilnya non hadoooooooooo! Stress jiwa aku! 😭

Kenapa aku cakap non hadoooo? Bayangkan hanya cd *okay, boleh dimaafkan*, tiada hardcopy *boleh dimaafkan lagi*, gambar tak edit langsung! Tak edit weyy! Gaya bercakap masa photoshoot haritu macam edit semua padahal tidak! Sakit hati aku tahu tak! Dahlah 31 October 2017 baru dapat cd yang tak edit sedangkan photoshoot pada 16 September 2017. Kau buat apa sepanjang tempoh tu?


Mannequin Challenges nie dapat videonya awal pulak melalui telegram tapi gambarnya lambat. Dahlah dalam cd tu tak attach sekali dengan video. Ehh tetiba nak marah sebab sakit hati dan kecewa dengan hasilnya. Kalau anda *you know who you are* baru nak cipta nama, tolong buat kerja dengan betul supaya customer tidak rasa menyesal!

You can have everything in the world but if you don’t have friends, you don’t have anything. Thank you #gengpekakdotcom ❤💋 2013 and still countings 👭