Follow Us

Tuesday, 11 July 2017

Tips/Petua : Hilang Jerawat Dan Parut Dengan Mudah

Assalamualaikum
Hari nie nak shared tips untuk hilangan jerawat dan parut dengan mudah. Mudah bukan bermaksud dalam masa 24jam akan hilang tetapi mudah untuk kita dapatkan dan guna. Tak leceh pun! Jangan salah faham. Lagipun, aku baru nak masuk tiga bulan kalau tak silap guna produk nie. Bukan local product yang penyebab kulit aku jadi breakout teruk.

St.Ives! Aku guna untuk scrub muka aku yang berjerawat dan berparut nie. Serious talk, selepas aku scrub memang kulit rasa smooth je. Caranya picit je 2cm ke tapak tangan dan sapu ke muka. Buat urutan yang korang suka. PENTING! Sental sikit celah-celah hidung tu. Jerawat suka membiak disitu. Dan selepas puas buat urutan free tu, bolehlaa cuci ya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu!


Paling famous pada abad kali ini! Cetaphil! Okay, please take note ya. Cuci muka guna cetaphil nie selepas buat urutan scrub free tu. Dah scrub tu, kena laa guna cleanser yang macam nie. PENTING! Cetaphil nie tidak berbuih. Jangan ingat expired pulak! Cetaphil nie ada untuk oily skin. Guna sikit pun dah okay. Lepas tu cuci ya.


Selepas scrub dan cuci, aku guna toner Ginvera Marvel White. Super best toner nie! Lepas je spray dimuka, perghh! Fresh weyy! Tak rugi pun kalau cuba. Toner nie ada extract green tea. So, bau tu memang best. PENTING! Toner nie boleh spray terus ke muka dan ratakan dengan kapas atau spray ke kapas dan ratakan ke muka.


Selepas pakai toner, aku sapu nipis moisturizer Organic Aid Vitamin E 1000I.U. Moisturizer nie sangat sesuai untuk hilangkan parut-parut degil. PENTING! Kalau parut teruk sangat, boleh dapat yang 4000I.U.

Bagi yang jerawat masih kembang mekar, jangan pakai toner atau moisturizer sebelum tidur. Selepas scrub dan cuci, just perlu dab dab je Dalacin T. PENTING! Hanya dab dab di jerawat yang kembang mekar tu. Dalacin T nie antibiotik tau. Jangan suka hati nak dab dab merata tempat.

Garnier Make Up Remover. Jangan selepas seharian muka ditempek dengan make up, just scrub dan cuci je. PENTING! Tolong pakai make up remover nie. Buang segala jenis bahan terlarang di kulit muka. Selepas itu, baru scrub dan cuci.

Ini hanyalah tips/petua yang berkesan pada kulit aku. Dan ini semua boleh dapatkan di Watson atau Guardian berdekatan. Harga semua mampu milik mampu dapat. Jangan risau! InsyaAllah bukan seperti local product yang jahanamkan kulit aku.

6 comments:

  1. Thank you for this entry Eyqa! Siqah ada masalah jerawat sekarang. tak tahu nak guna produk apa dah. Siqah cuba lah produk ni nanti terutama Dalacin T. Jerawat suka tumbuh area mulut dan dagu je.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Siqah :) So far Dalacin T sangat sesuai untuk kulit jerawat. Nanti Siqah boleh try tips nie.

      Delete
  2. Cetaphil tue walaupun mahal tapi bekesan pada skin jerawat ni . Biar mahal janji tak memudaratkan skin muka kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Cetaphil sedikit mahal tapi sangat berkesan! InsyaAllah tak memudaratkan. Doktor ramai suggest guna benda nie.

      Delete