Muka Breakout Disebabkan Tati Skincare

May 09, 2017

Assalamualaikum

Rajinkan diri nie untuk update blog walaupun busy macam apa je sekarang. Yelaa, tengah siapkan segala mak nenek designs untuk Buffet Ramadhan tak lama lagi. Aku taip entry nie taktahu ada yang baca ke tak. Takpelaa, at least jadi diary aku. Okay, stop mukadimah!

Haritu aku pakai Tati Skincare. Muka aku yang kusam gara-gara tersalah pakai local product Babies Blink jadi flawless. Parut pudar, jerawat tak ada, cerah yang berbeza. Sampai ramai yang tegur dan housemates aku cuba pakai Tati Skincare. Memang lawa oii!

Bila aku stop pakai, jerawat naik satu persatu. Besar besar okay! Lepas tu muncul jerawat pasir atas dahi. Kulit slowly bertukar gelap dan kusam sampai buruk je rasa. Masa tu hanya Allah swt je tahu level confident jatuh merundum sampai sekarang.

Tapi bulan lepas aku cuba beli Nano White di drugstore. Excited tu jangan cakaplaa. Siap terbayang-bayang muka dah cantik tak lama lagi. Bila guna Nano White tu, jerawat tak naik cepat sangat. Tapi muka jadi makin gelap dan kusam. Allahu! Sedihnya!

Sampai masa aku nak meeting dengan bos haritu, bos siap perli lagi tanya makan collagen ke. Sedih weyy masa sebab tahu laa muka aku terlampau teruk breakout. Masa standby sebab ada wedding kat resort, budak barista datang tegur aku depan-depan tanya kenapa makin gelap. Rasa nak menangis je masa tu.

So, aku ambil jalan terbaik! Aku dah set nak mulakan rawatan dari dalam. Hari nie first day aku consume supplements. Aku makan Virgin Coconut Oil (VCO) D'Aura dan Vitamin C Pahang Pharma. Keberkesanan taktahu lagi macam mana. Testimoni banyak yang cakap kulit makin okay. Skincare je taktahu nak guna apa. Ingat aku try Cosmoderm Vitamin E tu. Cuma sunblock taktahu nak try mana satu. Any suggestion?
❝ Doakan supaya kulit muka aku kembali pulih ya. Penat tau bila selfie, kena edit letak filter sebab malu nak upload gambar muka breakout! ❞

You Might Also Like

6 comments

  1. Eyqa.. Sedihnya dengar kisah ni. Huhu. Perkara ni lah yang paling ditakuti kalau cuba produk kan. Huhu. Siqah pun suka cuba banyak produk jugak. Setakat sekarang, mana yang tak sesuai, muka Siqah akan naik banyak bintik2 halus. Sekarang Siqah kembali kepada Olay saja. Malas nak cuba macam-macam.

    Tapi sekarang tengah sunburn. Macam nak cuba Fair & Lovely je pulak :D

    Harap muka Eyqa kembali seperti dulu. Harap supplemen yang Eyqa makan sesuai dengan diri Eyqa <3

    Siqah dah taubat tak nak pakai sunblock lagi. Sunblock lah penyebab muka Siqah berubah sangat beberapa tahun lepas. Huhu. So tak boleh nak bagi suggestion for sunblock. Hope you find the right product for you soon dear <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat Siqah bila tengok muka sendiri. Dah macam tak kenal muka sendiri je. Teruk sangat tau! Hopefully, semuanya akan okay. Thank you dear <3

      Delete
  2. kalau sunblock, anis pakai yg nivea punya sbb dia ada function mencerahkan kulit sekali ,

    Nivea Protect & Moisture Moisturising Sunscreen Lotion SPF50+

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, okay tak? By the way, thank you for your suggestion dear <3

      Delete
  3. Replies
    1. InsyaAllah, aminn. Terima kasih :)

      Delete