Saturday, 23 September 2017

My Convocation : Diploma In Information Communication And Technology (Networking)


Assalamualaikum

Dah nak seminggu konvokesyen baru update bercerita pasal konvo. Biasala.. Habis konvo terus pecut balik Dungun sebab esok tu aku ada training di resort. Cuti dibekukan. So, nak atau tak kena balik walaupun badan penat gila. Rasa nak cabut pinggang letak dalam luggage.

Sebenarnya konvo aku tidak berjalan terlalu lancar tetapi alhamdulillah.. Walaupun tidak begitu lancar, Allah swt permudahkan urusan aku. Tak apa, asalkan aku dah naik pentas, dah pakai jubah dan mortar board, parents dah tengok anak bongsu dia nie konvo, itu terlalu cukup untuk aku.

16092017 adalah hari pengambilan jubah dan mortar pada waktu pagi dan raptai konvokesyen pada waktu petang. Waktu free tu sempatlah aku bergambar pre-convocation. Tapi gambar masih tak siap lagi. Photographer still on editing.



Inilah aku dan #gengpekakdotcom. Yang setia daripada semester satu sampai sekarang. Duduk hostel sama-sama, kena tendang duduk rumah sewa pun sama-sama. Sewa dan tinggal di rumah puaka pun sama-sama 😂 Mana nak cari oii sahabat yang sanggup susah senang bersama walaupun kadang kala ada selisih faham.







Okay, aku konvo nie aku ada hired seorang make-up artist gitu. MUA yang berasal dari Sekinchan. Sanggup ya pukul 5.00pagi gerak dari Sekinchan dan 5.30pagi sampai Sabak Bernam terus make-up aku. Simple but sweet look make-up gitu. Murah je! RM60 sahaja.. Kalau ada sesiapa yang nak tengok lebih lanjut gambar-gambar MUA nie make-up, terjah instagram MakeUpByLiyanaJ.


Alhamdulillah.. Setelah tiga tahun berpenat lelah belajar untuk dapatkan segulung diploma, akhirnya aku berjaya! Walaupun dipuji dan pada masa yang sama diherdik oleh pensyarah, aku berjaya! Berjaya buktikan diherdik bukan penghalang untuk aku. TIDAK SAMA SEKALI! Sambung degree tu nanti aku fikir-fikirkan. Nak cari pengalaman bekerja.

TAHNIAH EYQA HASNAN KERANA BERJAYA HABISKAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (RANGKAIAN) DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM SELAMA TIGA TAHUN!

7 comments:

  1. Tahniah dah grad. Dulu saya tak dpt nak bergambar banyak time convo. Ada satu gambar je, itupun gambar atas pentas. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :'D Laa yeke? Nasib baik ada jugak atas pentas. Kenangan tu.

      Delete
  2. Tahniah sis ! semoga berjaya dalam apa jua lapangan

    ReplyDelete
  3. Tahniah Adik Eyqa, masih muda belia lagi.
    Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Eyqa.. Sambung degree cepat. Nanti dah tua macam akak malas dah..hehe

    ReplyDelete