Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik

Assalamualaikum

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik | Sebagai bekas pelajar bagi jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), aku ingin berkongsi serba sedikit bagi memudahkan bakal-bakal pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang jurusan ini. Benda baik kena kongsi, gituuuu! Kalau ada silap dalam perkongsian ini, yang mana boleh betulkan, sila tinggalkan komen ya.

Bidang teknologi maklumat ini sangat besar! Dan kalau korang ingin sambung pelajaran dalam bidang ini, pastikan minat korang terlebih dahulu. Jangan dah separuh jalan, nak patah balik. Rugi masa dan duit. Jom sama-sama kita fahami dulu apa jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) ini.

Program ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer. Program ini memberi pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar berpeluang mempelajari dan menggunakan perisian sumber terbuka dalam kursus Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk di dalam program ini adalah Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi baru. Selain daripada kursus teknikal, pelajar juga mempelajari Komunikasi Bahasa Inggeris 1, 2 dan 3, Matematik, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam, Ko-Kurikulum, Soft Skills dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan untuk meningkatkan kompetensi mereka di dalam soft skills.

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:

        a. Lulus Bahasa Melayu
        b. Lulus Bahasa Inggeris
        c. Lulus Sejarah
        d. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

                 i.   Mathematics atau Additional Mathematics
                 ii.  Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

Subjek Semester *Subjek ini mungkin ada perbaharuan


Senarai Politeknik Yang Menawarkan

1. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
2. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
3. Politeknik Mersing, Johor
4. Politeknik Tun Syed Nasir, Johor
5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
6. Politeknik Seberang Perai, Penang
7. Politeknik Balik Pulau, Penang
8. Politeknik Mukah, Sarawak
9. Politeknik Ungku Omar, Perak
10. Dan lain-lain 😅

Prospek Kerja

Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT. Pegetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja seperti Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Ekskutif  Sokongan Maklumat / IT, Penyokong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Meja Bantu Teknikal.

Pesanan Kepada Semua

Pesanan kepada adik-adik yang ingin sambung pelajaran dan masih tertanya-tanya dalam bidang apa yang ingin diteruskan, aku cadangkan bidang IT kalau minat korang mendalam terhadap IT. Bidang teknologi maklumat nie sangat meluas dan pecahan terhadap bidang ini banyak. Jadi, pilih dengan betul dan fokus. Aku pun pelajar lepada Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Alhamdulillah, tak sia-sia pilih bidang nie. IT makin meluas kerana teknologi sekarang makin pantas membangun!

Kepada adik-adik, selamat maju jaya!

52 comments:

  1. Tetiba rasa rindu nak belajar balik. Sebelum subjek pelajaran ni dipecahkan, zaman akak dulu Diploma Teknologi Maklumat akak kena belajar semua. Kemudian zaman degree baru dipecahkan ke programmer atau rangkaian atau multimedia. hahaha. seronok belajar ni. akak serius rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. IT meluas sangat. Sekarang baru ada subcourse. Seronok belajar IT nie. Rindu!

      Delete
  2. Thanks atas perkongsian..baru akak tau..dan boleh buat persediaan untuk anak dara akak nanti...banyak impian dia yg perlu akak amik tahu ni...dia kena lebihkan usaha dari sekarang la kan..walau masa masih jauh lagi..kena buat persediaan dari sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak. Nak pupuk minat dari sekarang. Biar dia dapat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

      Delete
  3. Terima kasih dik atas perkongsian maklumat pengajian di IPT, boleh nant buat rujukan utk ank2 akk bila nak sambung belajar nant...panduan tuk masa depan ank..tq dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Betul tu, semoga bermanfaat untuk semua ya

      Delete
  4. salam eyqa =)
    mmg kalau stdy amik bidang it/pentadbiran senang sikit dapat kje.
    mcm yaya, amik dip office admin,skrng kje dalam IT Department..hehe tp bukan programmer la..admin je.. ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Betul tapi tu lah. Walaupun belajar degree, kena mulakan dari bawah. Kutip pengalaman dulu

      Delete
  5. Perkongsian yang bagus. Kalau nak sambung belajar memang kena ambil bidang yang kita minat. Kalau sebaliknya takut tak dapat nak bawak pulak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan mudah nak pupuk minat dalam sesuatu bidang

      Delete
  6. Zaman sekarang ni memang kepakaran teknologi maklumat amat diperlukan. Iyalah, dengan limpahan maklumat yang sukar nak ditapis memang cukup berbahaya untuk masyarakat secara keseluruhan. Baguslah ada course begini! Perkongsian yang bagus supaya lebih ramai memahami course ini dan menimbangkan untuk mengambilnya. :D

    ReplyDelete
  7. It's hard for me to brain IT stuff coz I am more of an arts person but if I had learned a little more about it..it would have probably been better for me now..hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy, that's right. Hahahahaa.. Jadi blogger nie, IT jugak

      Delete
  8. Terima kasih di ats pendedahan mengenai kos ini. Memang jarang dengar jurusan seperti ini. Bolehlah org2 kt luar sana tu rujuk blog nie sekiranya nak melanjutkan pelajaran dlm bidang nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ya, semoga bermanfaat untuk semua. Course IT (Networking) tak seramai course IT (Programming)

      Delete
  9. Bagus skrg if ramai student yg amik course ni sbb nowadays technology dah maju..mmg nak pki IT byk..lagi2 skrg byk dah cloud based and malaysia akan ke arah tu jgk..hope for the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, betul tu. Sebab tu course IT paling laku sekarang

      Delete
  10. dulu belajar rekabentuk grafik, but to be truth I hate mathematic masa spm tapi bila dekat dalam pengajiaan tinggi mathematic dapat A+, kah kah kah, zaman sekarang ramai dah cebur bidang IT sebab memang zaman kita ke arah dunia IT, hahahahah so coding world !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mathematic masa diploma lagi senang berbanding mathematic SPM. Hahahahaa.. Betul tu!

      Delete
  11. oh.. yang kos yang adik TB ambil masa belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM SKUDAI) dulu.. bagus ada info macam ni.. boleh la bagi tahu anak-anak sedara nanti..

    ReplyDelete
  12. Walaupun ada yang cakap bidang IT ni banyak graduan yang tak dpt kije tapi rasanya bidang IT atau Teknologi Makluma ni yang paling senang buat duit. Paling tidak bukak bisnes sendiri. Sebab sekarang ni, semuanya digital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. IT lagi mudah untuk buka business. Design sticker ke apa, boleh buat duit tu

      Delete
  13. banyak juga prospek kerja. sekarang ni banyak yg nak dalam bidang it

    ReplyDelete
    Replies
    1. IT banyak prospek kerja. Sebab belajar IT, boleh terjah dalam pelbagai jawatan

      Delete
  14. Terima kasih atas perkongsian. Bolehlah nanti suruh yg si kenit kat rumah ni ambik IT..tapi lambat lagi le..hehehe. Anak yg no 2 pun skrg ambik degree dlm it jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama akak. Haa boleh! Pupuk dari awal minatnya terhadap IT

      Delete
  15. Kawan-kawan IT kat office kebanyakkannya dari Poli Engku Umar, terima kasih sebab sharing info ni, Nanti boleh info dekat anak pulak he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh! PUO tu politeknik terbaik! Sama-sama. Semoga info ini bermanfaat untuk semua ya

      Delete
  16. Tips sangat berguna untuk pelajar yang confuse kos apa yang dorang nak ambil. Atleast ada rujukan selepas baca entry ni. Rindunya zaman study.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kongsi untuk rujukan bersama

      Delete
  17. Lepasan bidang IT memang mudah mencari kerja, insyAllah sebab perkembangan dunia IT yang pesat dan keperluannya yang meluas. Bagus perkongsian begini - memberi motivasi pada adik-adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, insyaAllah mudah dapat kerja. Kena berusaha sikit. Terima kasih :)

      Delete
  18. Seeing all this suddenly miss my high school and college life as well and really wonder why i dun put extra effort like how i put effort in work.. lolz... mungkin sebab muda... nak mainnnnn aje... hahaha

    Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaaa.. Biasalah masa tu, darah muda gitu.

      Delete
  19. Betul, prospek kerja bidang ni besar. Kena tengok nanti nak kerja apa baru apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss.. Boleh je usha dari sekarang. Sebagai langkah awal..

      Delete
  20. Dahulu Politeknik dipandang sebagai kelas ketiga. Sekarang tidak lagi kerana melahirkan Teknologis yang berkemahiran tinggi mudah diterima oleh Majikan. Lebih-lebih lagi dah ada Malaysian Board Of Technologies (MBOT) boleh dapat pengiktirafan Teknologis Professional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Dulu dipandang serong sesetengah tempat. Tapi sekarang pelajar politeknik dicari sebelum pelajar universiti

      Delete
  21. Wow! thanks for the detail infor sharing here. I will share it with my niece.

    ReplyDelete
  22. Dulu 2x dapat offer dari Politiknek dalam bidang yang sukar gak la nak dapat... sebab tempat terhad... sampai dorang call tanya kenapa tidak hadir sewaktu pendaftaran... tak pasal2 kelas jd 24 pelajar dari 25 hahahah

    Xpe la... dulu banyak tawaran terpaksa ditolak... last2 masuk swasta, itupun lari bidang sebab dapat motivasi dari pengurus tempat kita kerja dulu... then masa belajar, sempat lagi kerja dekat company lain hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jugak tu. Tak terima tawaran politeknik, dapat yang lebih baik. Gituuuuu :D

      Delete
  23. nk tanya. Sy student psmza diploma programming. Sy mcm keliru, ad yang cakap student programming susah dpt kerja, btul ke? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah pun. Cuma sekarang bidang IT makin meluas, jadi berebut-rebut orang cari kerja.

      Delete
  24. hi, saya dapat course IT kt poli tapi xthu programming or networking, course ni guna bnyk math x? math saya c je time spm , tu pon rezeki je, sebelum ni jarang lulus. nmpk je subject computing math ni start lah gelabah joyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye, math hanya dua semester sahaja untuk IT. Saya pun C masa SPM tapi alhamdulillah, sepanjang di Politeknik, math saya A. Sebab senang je. Huhuhuuu.. Jangan gelabah!

      Delete