Assalamualaikum


Masalah Kulit Sensitif Hilang Dengan Produk Koolit | Kulit terlalu tegang dan terasa kering hingga menyebabkan kegatalan antara tanda masalah kulit sensitif. Organ terbesar itu berfungsi melindungi organ dalaman lain daripada kecederaan akibat proses dehidrasi. Masalah kulit sensitif bagi segelintir orang berpunca daripada tindak balas alergi terhadap makanan, produk dan aroma wangian hingga menyebabkan kemerahan, kekeringan serta kegatalan.

Aku pulak mempunyai masalah eczema sejak kecil walaupun tidak seteruk mana. Tapi jika tersalah makan, gatal-gatal tu takleh bawak bincang. Sama juga jika tersalah pakai produk seperti dettol, antabax, lifebouy and sebagainya. Kulit aku akan jadi sangat-sangat kering!

Alhamdulillah, aku dapat atasi masalah sedemikian. Seorang hamba Allah swt perkenalkan aku dengan produk Koolit. Selepas hampir sebulan aku cuba, produk ini sangat serasi dengan aku.

Produk ini diperkayakan dengan ekstrak akar manis anti-radang (Licorice) yang dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit kering dan kulit sensitif, dengan 40 kali antioxidan dan mampu mencerahkan kulit. Dengan penyerapan pantas dan langsung tidak melekit! Wow! Best betul tu. Paling penting, mengandungi Vitamin E yang sememangnya kita maklum Vitamin E nie sangat bagus untuk kulit. Sebab tu bagus produk Koolit nie. Tidak dinafikan lagi!

Jom unboxing bersama aku dulu!


Produk ini terdiri daripada Koolit Body Wash, Koolit Soothing Lotion dan Koolit Calming Cream. Jom aku perkenalkan dengan korang lebih lanjut tentang produk Koolit ini.

Koolit Gentle Body Wash 300ml (RM45)


Dengan menggunakan Koolit Gentle Body Wash, sangat mudah kerana boleh digunakan tanpa air dan tak perlu bilas. Nak pakai kat mana dan bila-bila masa pun boleh. Korang hanya ratakan pada kulit dan tunggu seketika. Kemudian, lap menggunakan tuala lembap ataupun guna je tisu basah.

Koolit Soothing Lotion 200ml (RM35)


Penyerapan yang pantas dalam masa 10 saat tau! Sangat sesuai untuk pakai seluruh badan termasuk wajah. Ia diformulasikan dengan minyak biji jojoba yang berfungsi merangsang pemulihan kulit dan ekstrak licorice yang membantu melegakan kulit yang bengkak dan gatal serta mencerahkan kulit. Dan korang boleh sapu je seluruh badan. Confirm kulit korang boleh lembut seperti kulit bayi.

Koolit Calming Cream 100ml (RM48)


Antara ketiga-tiga produk Koolit, nie paling idaman hati aku tau! Koolit Calming Cream nie diperkaya dengan minyak zaitun yang membantu untuk memberi kelembapan pada kulit korang. Koolit Calming Cream tanpa wangian ini tidak melekit. Mampu menyerap secara pantas serta melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam 24 jam.


Jujur aku katakan, aku terlambat nak cerita dengan korang tentang produk Koolit nie. Sebab aku sungguh-sungguh cuba untuk diri sendiri. Alhamdulillah, lepas nie aku boleh terus setia dengan Koolit. Ehh jap!

Korang mesti tertanya-tanya mana nak dapatkan produk Koolit nie kan? Korang boleh dapatkan di Watson, Farmasi berdekatan dan juga boleh beli online di Shopee dan Lazada.