Assalamualaikum


Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari | Bila malas menjelma tapi perut singgah ketuk-ketuk manja, rasa nak marah berapi betul. Tapi bila fikirkan perut asyik ketuk-ketuk manja tu, aku perlu rajinkan diri untuk sediakan apa yang mudah dan cepat.

Maka, jadilah cendawan enoki goreng menggunakan tepung bestari. Tak perlu letak apa-apa perisa tambahan sebab dah sedap dah pun. Gaul-gaul manja terus goreng. Tapi aku nie suka olah resepi tau. So, aku akan tambah apa-apa yang boleh buatkan lagi sedap. Jom aku tunjuk pada korang!


Bahan-bahan

1. 2 paket cendawan enoki *dipotong bahagian bawah, cuci dan toskan
2. 2 cawan tepung bestari
3. 1 sudu kecil paprika
4. 1/2 sudu kecil blackpepper
5. 1/2 sudu kecil lada sulah

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaulkan bersama cendawan enoki
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cendawan enoki yang telah digaul bersama bahan perapan
3. Goreng sehingga kuning keemasan dan sedia untuk dihidangkan

Mudah je kan? Haa semudah a b c je tu. Pesanan dari aku untuk korang yang ingin mencuba, tak perlu tambah garam. Kang termasin pulak. Sebab tepung tu dah cukup rasa dah. Lada sulah tu pun masin dah sebenarnya. So, tak perlu garam okay!

6 Comments

  1. Dap niii makan cicoh ngan sos cili hehehe ..layan makan petang 2 ngan anak2 best hehehe.

    ReplyDelete
  2. Walah singgah sini ternampak cendawan goreng tu, kemain sedap wooo...mesti rangup..nak buat gak laaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnye cendawan enoki goreng tu. Ni guna tepung bestari yang biasa kan

    ReplyDelete
  4. Oh boleh goreng jugak kan, saya selalu masukkan dalam sayur atau sup je hehe

    ReplyDelete